Friday, May 20, 2011

SKANDAL SEKS DAN IMEJ

KUALA LUMPUR 19 Mei – Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss- Kahn, 62 dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, 64, serta bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz, 68, dikatakan menghadapi nasib yang sama apabila mereka telah didakwa terbabit dengan dakwaan berkaitan skandal seks.

Ketiga-tiga individu terkenal itu, sama ada Strauss-Kahn, Anwar mahu pun rakan rapatnya, Wolfowitz, kesemuanya pernah didakwa terbabit dalam hubungan skandal mereka dengan wanita.

Kecuali Wolfowitz yang lebih menjurus kepada skandal bersama teman wanitanya, Strauss-Kahn atau Anwar terpaksa melalui tindakan dalam bentuk undang-undang.

‘‘Bukan itu sahaja dalam kes mebabitkan Anwar, selain dikaitkan hubungannya dengan wanita, Ketua Pembangkang Malaysia itu turut didakwa terbabit dalam kes liwat (bersama lelaki),” menurut laman web http://newledger.com, baru-baru ini.

Menurut laman itu lagi, berdasarkan sejarah, Strauss-Kahn yang merupakan bekas Menteri Kewangan Perancis dan beliau kini dikatakan calon pembangkang terbaik bagi menentang Presiden Perancis pada masa ini, Nicholas Sarkozy pada pemilihan akan datang.

‘‘Namun begitu pada 2008, kariernya hampir terjejas apabila didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kakitangan IMF pada tahun yang sama.

‘‘Pada Isnin depan, Strauss-Kahn akan berhadapan pula dengan tuduhan melakukan serangan seksual yang bakal menamatkan kariernya sebagai Pengarah Urusan IMF,” kata laman itu lagi. (Beliau meletakkan jawatan semalam)

Anwar pula berdasarkan sejarah kata laman itu, beliau merupakan bekas Menteri Kewangan dan amat berharap dapat merampas jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka diadakan tahun 2012.

Bagaimanapun, beliau kini berhadapan dengan tuduhan liwat terhadap bekas kakitangan lelakinya yang boleh menyebabkannya kehilangan jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

‘‘Anwar juga telah dikaitkan dengan dakwaan sebagai pelakon dalam satu lagi rakaman video seks melibatkan seorang wanita yang bukan isterinya hingga mencetuskan kontroversi.

‘‘Terbaru, beliau telah diminta oleh mahkamah membela diri dalam dakwaan kes liwat yang dilihat boleh menamatkan kariernya,” kata laman itu.

Wolfowitz pula, berdasarkan sejarah merupakan Timbalan Setiausaha Pertahanan dan juga rakan baik Anwar.

‘‘Kariernya dalam perkhidmatan awam tamat pada tahun 2007 selepas dipaksa meletakkan jawatan sebagai Presiden Bank Dunia apabila beliau telah membayar gaji yang sangat tinggi kepada teman wanitanya.

‘‘Akibatnya, ia telah menyebabkan berlaku krisis paling buruk dalam sejarah institusi itu,” kata laman web berkenaan.

Menurut satu laporan pada tahun 2010 iaitu berdasarkan satu dokumen, telah menunjukkan bagaimana teman wanita Wolfowitz, Shaha Riza telah menerima gaji lebih tinggi daripada Setiausaha Amerika Syarikat (AS) ketika itu, Condoleeza Rice. - Utusan.

(Renungan Rimau : Jadilah pemimpin yang budiman - berbudi dan beriman)

2 comments:

Anonymous said...

ingat ALLAH lagi BERIMAN

Anonymous said...

Sebab Kahn buat kerja di US maka dia kena tangkap dan di dakwa.Kalau kes ni berlaku di Malaysia oleh orang Malaysia tentu di lantik sebagai duta di mana mana.