Sunday, June 19, 2011

EMPAT T UNTUK RAKYAT

JELEBU : Datuk Seri Panglima Musa Aman mahu semua ahli dan pemimpin UMNO meneruskan semangat empat T untuk memastikan rakyat terus memberi sokongan dan kepercayaan menerajui kerajaan pada masa akan datang.

Empat T itu ialah Telus, Taat, Tunai dan Turun padang yang sudah menjadi formula terbaik UMNO untuk menjadi kerajaan yang bertanggungjawab dan sentiasa mendahulukan rakyat.

Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak, memberikan penekanan kepada pemimpin parti dan kerajaan untuk selalu mendahulukan rakyat dengan turun padang serta menunaikan semua janji mereka. Ini berbeza dengan pembangkang yang sentiasa berjanji kosong dan membangkang semua program kerajaan untuk rakyat.

DSP Musa berkata demikian dalam ucapannya merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Jelebu di sini. Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim.

DSP Musa berkata rakyat perlu terus memberi sokongan kepada BN dan UMNO kerana sudah mempunyai rekod kerja yang terbaik dalam membangunkan negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, DSU Dr Rais memuji pentadbiran DSP Musa yang berjaya mengamalkan konsep 1Malaysia sejak dari dulu lagi. Kekuatan dan perpaduan dalam kerajaan negeri Sabah menyebabkan PM menyifatkan Sabah sebagai 'simpanan tetap' BN untuk memenangi PRU pada masa akan datang.

3 comments:

Wake UP! said...

Kalau 4 T tu digunakan sebaik-baiknya, 4 negeri di bawah pembangkang boleh kita ambil balik.

ibrahim yahaya said...

Sdr,

pemerhatian yang baik dan perlu dijadikan panduan kepada semua pihak dalam UMNO dan BN. ada yang masih lalai bahawa mereka seolah-olah masih memerintah di negeri tertentu. atau mereka mahu sedemikian rupa?

Anonymous said...

Yang bak tunai tu tak sedap di dengar tu....ada orang memaklumkan di dalam mahkamah bahawa kerja pengubahsuaian serta landskap rumah di bayar tunai bernilai berjuta juta...