Thursday, September 15, 2011

MAHFUZ PULAK YANG MENANGIS

Oleh Noor Hasilah Ismail

Jarak masa antara kedua-duanyanya tak jauh. Waktunya pagi Rabu. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bagi sidang akhbar di ibupejabat PAS, Kuala Lumpur. Beliau cuba spin kononnya kini Tun Dr Mahathir Mohamad tengah set nak jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pembangkang memang diketahui tidak seronok tengok hubungan rapat antara mereka berdua. Macam-macam cuba dijolok untuk beri gambaran kepada orangramai keduanya sudah renggang.

Yang peliknya, di Putrajaya bekas Perdana Menteri itu tersenyum riang bersama DS Najib menghadiri majlis penyerahan kereta Proton Eletrik kepada kementerian-kememnterian di lobi Jabatan Perdana Menteri.

Ini yang dikatakan orang Mahfuz yang selalu cakap tidak tengok kiri kanan.

Mahfuz cuba Dr Mahathir jadi mastermind untuk desak DS Najib berundur macam tekanan ke atas Datuk Seri Abdullah Badawi dulu.

Alasannya ciput saja. Mahfuz membuat dakwaan ini berasaskan cadangan Dr Mahathir supaya pilihan raya umum dilewatkan.

"Ini memberi mesej dia (Najib) tidak lagi boleh memberikan kemenangan kepada BN ," dakwa Mahfuz.

Dakwanya Dr Mahathir nak cuba agar DS Najib berundur sebelum pilihan raya.

Sementara Mahfuz mungkin gigit jari kalau tahu waktu beliau bercakap itu di Putrajaya kemesraan seperti biasa jelas tergambar antara Dr Mahathir dan DS Najib.

Bekas Perdana Menteri itu memang beberapa kali ketika ditanya wartawan tentang piliharaya umum ke 13 menyatakan pendapat ia tidak harus diadakan tahun ini.

Baginya kerajaan tidak perlu tergesa-gesa adakannya segera kerana banyak masa lagi sebelum tempoh Parlimen penggal init tamat pada April 2013.

Dr Mahathir memang dikenali sebagai orang yang sentiasa "speak his mind".

Malah ketika Agendadaily selepas majlis di Putrajaya bertanya soalan mengatakan khabar angin bertiup kencang kata PRU13 akan diadakan pada bulan Februari tahun depan, beliau lantas kata,“mana ada bagitau. Saya kenal Datuk Seri Najib tapi tak boleh baca hati dia.”

Apapun ketika ditanya soalan pekatan pembangkang cuba desak kerajaan supaya berbincang dengan mereka untuk tentukan tarikh PRU bekas Perdana Menteri itu selamba menyatakan:

“Di dalam dunia ini tidak ada perbincangan (kerajaan dengan pembangkang) berkenaan dengan tarikh pilihanraya. Itu adalah prerogative (hak istimewa )kerajaan. Di mana-mana negara pun macam itu. Kalau dia (pembangkang) nak tentukan, biarlah dia jadi kerajaan dulu.

“Selepas itu dia tak nak bagi kita pula. Bila dia jadi kerajaan dan kita ajak bincang, dia tentu tak hendak. Jadi ini prerogative kerajaan untuk membubarkan parlimen. Bila masanya ditentukan oleh pihak kerajaan.”

Ditanya mengenai pembangkang yang banyak kenakan syarat untuk sertai jawatankuasa terpilih Parlimen untuk reformasi proses pilihanraya, beliau berkata ,” saya fikir pihak kerajaan sudah tubuhkan satu badan untuk mengkaji dan kalau sesuai cadangan mereka, saya yakin pihak kerajaan akan terima. Tetapi kerajaan mungkin mempunyai pendapat yang berbeza.”-14/9/2011- AGENDADAILY.

(Renungan Rimau : Kita boleh pusing (spin) berita, tapi jangan tersalah pusing. Macam main boomerang di mana jika salah pusing, ia boleh kembali kepada kita atau orang putih kata 'backfire'. Silap-silap kena di kepala kita boleh mendatangkan malapetaka yang amat sangat. Mungkin boleh mati. Maknanya jangan suka menipu la.)

No comments: