Monday, May 28, 2012

MELAYU YANG BUKAN MELAYU (3)

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Apabila ada pihak yang ingin memastikan mereka mesti berjaya menumbangkan kerajaan dengan apa cara sekalipun, ia pasti menimbulkan kerisauan kepada Perdana Menteri. Keadaan ini tidak seperti PRU yang terdahulu. Apakah kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan pembangkang ingin membuat keganasan jika kalah PRU13 boleh berlaku? Apa akan jadi?

Sebagai orang nombor satu negara, sudah tentu DS Najib mahu Malaysia terus aman makmur  menuju ke arah negara maju pada 2020. Beliau mahu rakyat hidup dalam sejahtera sepanjang masa bukan bermusuh-musuhan antara satu samala lain. Bergaduh kerana isu-isu remeh dan perkauman.

DS Najib Razak juga tidak mahu diingati di mana kekecohan negara berlaku pada zamannya seperti juga kejadian 13 Mei 1969 pada zaman Tunku Abdul Rahman yang memaksa Tun Abdul Razak Hussein mengambilalih tampuk pemerinthan. Malah, DS Najib pasti tidak mahu negara ini hancur semata-mata kerana ada pihak yang sengaja menimbulkan angkara semata-mata bagi mendapat kuasa.

Beberapa kali, DS Najib mengulangi agar semua pihak perlu bertindak sebagai anak jantan untuk sama-sama bertanding pada PRU13 dalam keadaan aman damai .Sebagai anak jantan mereka akan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan masa depan hidup mereka, bukan membuat kacau bilau.  Lihatlah resmi ayam jantan yang bergaduh untuk mendapatkan perhatian ayam betina. Jika mereka kalah, ayam itu akan terus berlalu. dan pastinya tidak membuat demonstrasi atau kacau bilau. Pemilihan rakyat adalah muktamad bagi membolehkan mana-mana parti yang menang menubuhkan kerajaan.

Penubuhan Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya adalah manifestasi bahawa DS Najib bersedia untuk memperbetulkan apa yang ditimbulkan oleh pembangkang. Malah wakil pembangkang dijemput untuk menganggotai jawatankuasa ini. Malangnya, pembangkang bermain politik setelah bersetuju dengan pelbagai perkara terutama memastikan SPR dapat menjalankan tugas secara profesional mereka masih tidak puas hati dan membuat pelbagai desakan termasuk ingin mengemukakan Laporan Minoriti.

Apa yang disyorkan pembangkang ialah untuk menyokong kumpulan yang menganjurkan Bersih 3.0 yang ingin menghasut rakyat bahawa PRU13 akan datang tidak bersih sehingga membolehkan  BN menang. Begitu mudah tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan dan SPR sehingga menyebabkan usaha memperbetulkan keadaan dilaksanakan secara berterusan.

Kebimbangan DS Najib membuatkan beliau mengambil langkah berhati-hati sebelum mengumumkan tarikh pilihan raya akan datang. Walaupun ramai di kalangan ahli politik yang mengesyorkan ia diadakan pada September depan, DS Najib pasti mempunyai tarikhnya sendiri setelah mendapat pandangan daripada kumpulan penasihatnya. Kita tunggu.

bersambung....




No comments: