Sunday, September 23, 2012

MANGKUK HAYUN DAN ORANG KECEWA

Oleh Ibrahim Yahaya

KUAL LUMPUR : Tertarik juga membaca isu terbaru yang dibawa oleh Rocky mengenai ada orang Melayu yang kini suka membelasah kerajaan dalam pelbagai isu kerana sudah melompat ke parti DAP. Mereka kini bertindak sebagai 'orang pandai' untuk memperlekehkan UMNO. Malah bagi mereka, orang yang menyokong UMNO dan kerajaan ini adalah pembodek terbilang.

Orang Melayu ini ada yang pernah menjadi wartawan, pensyarah dan ADUN tetapi kini giat membelasah kerajaan pimpinan DS Najib Razak terutama isu yang mereka kata mereka mahir dan faham. Secara tidak langsung mereka mahu melondehkan apa yang mereka tahu mengenai kerajaan. Mereka mahu memalukan kerajaan dan UMNO dalam masa terdekat sebelum PRU13.

Penulis tidak kaya, cukup makan, tidak dapat projek kerajaan, tidak menjadi ADUN atau Ahli Parlimen dan adakalanya kecewa dengan telatah pemimpin parti dan kerajaan. Penulis juga dengar pelbagai cerita mengenai gelagat pemimpin dan keluarga mereka yang adakalanya memualkan.

Namun, apa yang diketahui, dilihat dan didengar, tidaklah sampai untuk penulis menyeberang ke parti  lain apatah lagi parti DAP yang semua orang tahu satu parti yang perkauman yang diterajui oleh pemimpin anak beranak. Tidak sampailah ke peringkat untuk membelot parti yang banyak membantu orang Melayu dan penulis turut menerima pelbagai faedah dari sekolah menengah sehingga sekarang, yang ada orang kata 'tanggungjawab kerajaan' .

Tetapi kini, ada juga orang Melayu yang penulis anggap tertipu dan kini berjuang bermati-matian dalam DAP. Mereka bukan saja menyanjung tinggi pemimpin DAP yang ada baru-baru ini mempersendakan umat Islam tetapi juga sanggup mempersoalkan apa yang dilakukan oleh pemimpin orang Melayu di negara ini selain membuat pelbagai tuduhan dan tohmahan.

(nota : makin nak tulis makin mual dengan pembelot ini. berhenti dululah)




3 comments:

Anonymous said...

Adakah kerana Melayu dah cerdik sekarang dan tak mudah diperbodohkan oleh propaganda media?

Cerita tentang orang-orang poliik yang kaya-raya dah ssampai ke akar umbi dah.

Tak payah kelentong lagi dah. Ramai tak makan umpan tu lagi.

Elok bertaubat cepat dan berubah sebelum diubahkan oleh rakyat yang dah mual dan jemu dengan permainan politik macam ni.

jebat said...

Salam takzim, Dato',

Memang malang nasib orang Melayu:

Luncai terjun ke Sungai berarus deras. bukan nak menolong tapi di SORAKKAN

Mendapat Cincin tapi jari dah kodong

Menang bersorak tapi kampung TERGADAI

Ada jagoh cuma JAGOH KAMPONG,

Ada anak tapi KERA DIHUTAN yang disusukan.

....dan lainlain lagi...

Anonymous said...

apa yang hendak dibanggakan sangat dengan UMNO, memang sudah jelas tanpa perlu bersuluh, yang "UMNO sudah busuk ke usus", itu ulasan pemimpin UMNO yang kini dapat merasakan hasil kerja tangannya membentuk UMNO selama 22 tahun memegang tampuk pemerintahan negara dan parti UMNO.

.... kalau mengikut rumusan doktor pakar, kalau usus UMNO tu dah kena cancer, tak ada pilihan lain UMNO terpaksa menjalani pembedahan buang usus dan semua bahagian tubuh yang sudah terjangkit, tapi mungkin tahap penyakit UMNO sudah kritikal dah sudah tidak dapat diselamatkan lagi, tapi sebab ilmu tradisional orang Melayu UMNO, jerangkung yang didalam tubuh tak mahu-mahu mati kecuali di panggil ahli-ahli dari Darussyifa untuk membuang saka yang sudah membarah dalam UMNO. Kiasan nya sudah sampai masa PAS yang mempunyai ilmu agama mengubati UMNO yang sudah parah diserang saka.

UMNO mungkin tidak sempat bertaubat, sebelum nazak, kerana walaupun diberikan tempoh dalam PRU12, UMNO masih belum mahu bertaubat ... UMNO masih meneruskan perangai lama, yang jelas terlapor yang menerima RASUAH terlalu ramai, yang MENYALAH GUNA kuasa terlalu ramai, yang ZALIM dan BERKHIANAT juga terus menjadi-jadi, sampai setiap jiwa RAKYAT memberotak dan terus berdoa memohon UMNO ini dimatikan saja.

Kejahatan UMNO sekarang lebih teruk kerana mungkin kerana ada pemimpin yang LEMBIK, ahli UMNO yang merasakan sakit hendak NAZAK bertindak diluar batas parti dengan bertindak memlampau melalui pertubuhan seperti PERKASA dan PEKIDA dan NGO Pro UMNO yang lain dengan memainkan sentimen pergaduhan antara orang MELAYU, sebagai contoh insiden membaling/meletakan kepala BABI di MASJID, insiden mengoyang BONTOT, insiden membuat MAJLIS KEMATIAN kepada orang yang masih hidup, membaling CAT dan terakhir MEMBALING KASUT ke JEMAAH dalam MASJID ..... tanpa sebarang tindakan dari Menteri yang bertanggung jawab dan pehak berkuat kuasa yang sedia maklum tentang setiap kejadian.

Kesemua ini seperti telah di SKRIPKAN oleh UMNO buat PERKASA dan PERKIDA, mencetuskan pergaduhan antara ORANG MELAYU sebagai TRIGGER untuk kerajaan UMNO mengekalkan KUASA dengan mengambil langkah-langkah KESELAMATAN AWAM. Ini skrip yang terpakai di INDONESIA sewaktu kejatuhan SUHARTO dan ini juga skrip yang terpakai dari peristiwa 13 MEI .... tapi yang pasti seolah-olah UMNO sudah menghalalkan darah ORANG MELAYU untuk memastikan mereka terus memerintah ....

Apakah itu bukan satu KEJAHATAN YANG TERCELA .... sepertinya perbuatan FIRAUN yang terkenal ZALIM .... perbuatan HOSNI MUBARAK yang juga terkenal ZALIM ... mungkin sudah sampai masa UMNO mengundur diri dengan terhormat, sebelum tersisih dari sejarah SEBAGAI PARTI MELAYU TERJAHAT