Wednesday, October 3, 2012

MEMBUANAKAN MALAYSIA (1)

MINGGU MALAYSIA LONDON (MML) 2012

1.Usaha mempromosikan MALAYSIA sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dengan pelbagai kaum dan bangsa diteruskan menerusi kesinambungan penyertaan Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) serta Kementerian Pelancongan dalam program Minggu Malaysia London di South Bank, London, United Kingdom pada 6 hingga 10 Oktober 2012.

· 2. Penyertaan Malaysia buat kali ke-4 ini bertemakan “Faces of 1Malaysia” selaras dengan tujuan program untuk memperkenalkan seni budaya, warisan dan kepelbagaian cara hidup di Malaysia yang mencerminkan kehidupan bersatu dalam kepelbagaian (unity in diversity) ke peringkat antarabangsa.

3. Minggu Malaysia London 2012 diadakan pada 6 hingga 10 Oktober 2012 mulai jam 11 pagi hingga 6 petang bertempat di South Bank, London.

4. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Menteri PKK, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim (gambar) pada 6 Oktober 2012 jam 3 petang.


5. Majlis penutupan akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (gambar) pada 10 Oktober 2012 jam 3 petang.


6. Sebanyak 25 buah gerai dibuka bagi melaksanakan program selama seminggu ini dengan pengisian beberapa aktiviti yang telah diselaraskan seperti berikut :

                     i.        Persembahan kebudayaan dan seni silat berkonsepkan 1Malaysia

                    ii.        Demonstrasi kraf dan jualan kraf.

                   iii.        Pameran dan jualan karya-karya seni visual.

                  iv.        Peragaan fesyen dan tekstil.

                   v.        Permainan tradisional Malaysia.

                  vi.        Uji rasa buah-buahan oleh FAMA.

                 vii.        Gerai-gerai makanan oleh MATRADE.

               viii.        Travel fair oleh Tourism Malaysia.

                  ix.        Senam seni.

                   x.        Sesi interaktif seperti tarian bersama pengunjung, lukisan jalanan dan mencanting batik.


7.   Aktiviti berkenaan melibatkan beberapa Kementerian selain daripada KPKK dan Kementerian Pelancongan. Pihak lain ialah Kementerian Luar, MATRADE dan FAMA serta Jabatan dan agensi KPKK iaitu Istana Budaya, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Balai Seni Visual Negara, ASWARA, RTM dan BERNAMA.


1 comment:

beritartm radio said...

Usaha mempromosikan MALAYSIA sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dengan pelbagai kaum dan bangsa diteruskan buat kali ke-4 menerusi program Minggu Malaysia London di South Bank, London, United Kingdom pada 6 hingga 10 Oktober 2012. Tema kali ini ialah "Faces of 1Malaysia"