Wednesday, January 2, 2013

HADI PERLEKEH ZAINON ISMAIL


"DIA cikgu sekolah Melayu dan sekolah rendah sahaja," kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tentunya untuk merendahkan pemikiran dan tindakan bekas penyokong tegar parti itu, Zainon Ismail dan lebih dikenali dengan nama C.N al-Afgani melalui bukunya Kafirkah Aku?

Seolah-olah Zainon dengan tahap pemikirannya tidak layak untuk mempersoal, menegur dan memperingatkan Abdul Hadi tentang keburukan kesan ucapannya - Amanat Haji Hadi yang menjadi intisari buku itu.

Zainon yang menyerahkan seluruh jiwa dan penghidupannya bagi memperjuangkan parti itu mendedahkan betapa Amanat Haji Hadi yang masih menjadi pegangan ramai penyokong parti itu turut membawa musibah kepada bangsa dan agama ketika Pas semakin jauh terpesong daripada landasan asal.

Zainon yang terlalu kecil di depan Abdul Hadi itu telah menunaikan tanggungjawabnya dan kini ramai ingin melihat sama ada Presiden Pas itu mempunyai jiwa yang besar.
...

No comments: