Wednesday, April 3, 2013

PARLIMEN BUBAR HARI INI

PM akan mengadakan sidang media siaran langsung pada 11.30 pagi ini.

11.32 pagi - belum ada apa-apa lagi.

11.33 pagi - PM dan TPM masuk ke Pejabat Perdana Menteri, Perdana Putra, Putrajaya.

11.33 pagi - PM mula berucap. PM umum bahawa beliau sudah mengadap dan sembah warkah kepada YDPA supaya parlimen ke 12 dibubarkan. TPM disebelah beliau. Mereka pakai tie merah.

11.35 pagi - PM kata pada 3 April 2009, beliau mengangkat sumpah dan memikul tanggungjawab sebagai PM. PM berkata beliau perkenalkan 1Malaysia yang mementingkan Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan berlandaskan transformasi.

11.37 pagi - Kerajaan sekarang janji ditepati dan bukan menanam tebu dibibir. Rekod kerajaan boleh dilihat dalam tempoh empat tahun yang dibuat selama ini.

11.38 pagi - TV1 tunjukkan gambar Menteri Kabinet yang memakai tie merah mendengar pengumuman PM.

11.39 pagi - PM minta jangan sebar perkara tidak baik sehingga mendatangkan keburukan kepada negara. Amalan ini tidak sihat kerana di negara lain pun dibuat dan negara itu yang mendapat masalah berterusan dan pelabur pun lari kerana tidak stabil.

11.40 pagi - Pilihan raya di negara ini dijalankan dengan baik. Semua pihak perlu yakin dengan amalan yang subur ini sejak dari dulu lagi. Perbezaan pendapat bukan penyebab malapetaka atau punca perpecahan. Malah jika diuruskan baik ia mendatangkan rahmat dan membahagiakan negara.

11.41 pagi - PM minta semua pihak berdoa agar PRU13 berjalan dengan baik.

11.42 pagi - PM janji jika ada peralihan kuasa sama ada di peringkat Persekutuan dan Negeri perlu dijalankan dengan tertib. Kerajaan komited dan mendahulukan kepentingan negara. Rakyat Sabah jangan takut dan tunaikan tanggungjawab mereka.

11.43 pagi - Pengundi perlu guna undi dengan baik demi anak cucu mereka akan datang.

11.44 pagi - PM kata beliau dan rakan-rakan amat menghargai kepercayaan rakyat. BN rakam setinggi penghargaan kepada rakyat kerana beri kepercayaan kepada BN. Pemimpin BN akan turun ke seluruh pelusuk negara dan beritahu mengapa BN perlu diberi peluang untuk mendapatkan mandat yang kukuh. Ini untuk membolehkan usaha melakarkan negara yang lebih baik dan sempurna.

11.45 pagi - PM ajak rakyat bersama-sama untuk terus mencapai kejayaan menerusi usaha yang dijalankan selama ini. Mari bersama berganding bahu dan mencapai impian ini. Malaysia maju dan penuh peluang.
Kepada Tuhan kita berserah.

11.46 pagi - PM tamat berucap dan bersalaman dengan TPM dan Menteri Kabinet yang lain.

sekian secara langsung sidang media. lepas ni, pilah mengundi.

No comments: