Monday, July 7, 2014

MCA KENA SEDAR DIRI

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Tulisan Tan Sri Zainuddin Maidin mengenai MCA baru-baru ini perlu dilihat oleh parti itu sebagai teguran seorang wartawan atau seorang Melayu yang melihat pemimpin parti itu yang bersikap seperti melepaskan anjing tersepit. Selepas dilepaskan anjing itu akan menggigit mereka yang membantunya.

Hakikat ini ternyata selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri, Presiden MCA begitu lantang mengecam Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi yang bercakap sebagai seorang Naib Presiden Kanan UMNO, kecewa kerana ada ahli dewan undangan negeri DAP yang bersikap kurang ajar mengatakan UMNO Celaka.

Maka itu, tidak hairanlah orang Melayu begitu marah dengan Adun itu dengan melemparkan kepala lembu ke rumahnya. Moralnya, jangan buat orang lain marah dan jangan marah orang lain bertindak.

Apakah beliau tidak sedar bahawa tindakan itu dilihat oleh orang Melayu sebagai golongan tidak berterima kasih yang sebelum ini menjadi pengkhianat tidak mahu masuk Kabinet tetapi kini beria-ia mahu menjadi Menteri atas alasan untuk membantu kaum Cina.

Jika MCA mahu bantu kaum Cina perkara pertama yang perlu dilakukan ialah kerja kuat untuk menarik lebih ramai orang Cina menyokong parti itu. Bukan menjerit atau melalak membelasah pemimpin UMNO seperti nada yang dibuat oleh pemimpin DAP untuk menarik perhatian.

Pemimpin MCA perlu ingat bahawa macam mana mereka lakukan termasuk mengecam atau menghina pemimpin UMNO atau Melayu mereka tidak dianggap sebagai parti DAP kerana orang Cina kini mungkin menganggap parti itu sudah tiada taring lagi.

Tidak tahu apa yang MCA ada sekarang?

1 comment:

Anonymous said...

Apa mereka ingat orang Melayu ni pengecut tidak berani melawan? Tanyalah diri mereka sendiri adakah mereka mampu untuk menahan gelombang kebangkitan itu apabila masanya sudah sampai. Jadi, MCA jangan cari pasal!