Monday, October 20, 2014

PILIHLAH PEMIMPIN BERANI BERTINDAK

Oleh Ibrahim Yahaya (datuktiger60@yahoo.com)

KUALA LUMPUR : Sejak AKJ @ Datuk A Kadir Jasin menulis mengenai YB KJ bakal jadi pemimpin nombor dua negara jika DS Najib Razak berundur sebelum PRU14 ramai yang kini berminat kepada isu peralihan kepemimpinan dalam UMNO dan juga kerajaan.

Minat itu timbul kerana isu yang disentuh itu agak luar biasa atau terlalu awal daripada biasa. Kebiasaannya isu peralihan ini tidak dibincangkan secara terbuka sebelum sampai masanya. Namun perkembangan terkini termasuklah desas-desus mengenai 'keletihan' TPM pasti merancakkan suasana termasuk penulisan Rocky @ Datuk Ahiruddin Atan..

Antara peristiwa yang menyentuh isu peralihan ini apabila  ada desas-desus mengenai 'keletihan' TS Muhyiddin Yassin untuk meneruskan jawatannya sebagai TPM dan mahu meletakkan jawatan. Sudah tentulah selepas TSMY orang bercakap mengenai 3 Naib Presiden iaitu DS Zahid Hamid, DS Hishamuddin Hussein Onn (H2O) dan DS Shafie Afdal.

Namun, AKJ telah memulakan penulisan dengan mengetengahkan nama KJ yang dianggap berjaya secara pintar menyusun langkah menuju ke kemuncak. Ini juga disokong oleh media tertentu seperti The Star yang yakin pemimpin yang dianggap 'liberal' ini akan diangkat menjadi orang utama negara.

Rocky dalam tulisan susulan juga menyebut mengenai ketidakperluan untuk meneruskan tradisi mengambil pemimpin utama dari kalangan keluarga bekas PM seperti H2O, DS Mukhriz Mahathir ataupun KJ.

Sebaliknya beliau mengemukakan beberapa nama pemimpin muda seperti Menteri Luar , DS Anifah Aman, DS Rahman Dahlan, DS Ahmad Shabery Cheek, DS Azeez Rahim dan Datuk Seri Idris Haron.

Persoalannya adakah rakyat negara ini sudah bersedia untuk menerima pemimpin yang bukan ada kaitan dengan bekas PM menjadi peneraju utama negara ini? Antaranya ialah DS Zahid Hamidi ataupun DS Shafie Afdal selain pemimpin muda yang disebutkan dalam blog Rocky.

Ini perkara yang perlu direnung bersama bagi membentuk satu aliran pemikiran yang boleh diketengahkan kepada rakyat agar memilih pemimpin yang layak tetapi di luar 'kepompong tradisi' iaitu anak atau cucu bekas PM mahupun menantu bekas PM.

bersambung.....






1 comment:

Anonymous said...

DS zahid Hamidi adalah terbaik diantara kalangan yang lain mungkin boleh digandingkan bersama DS Anifah aman @ DP Mukhriz Mahathir. cuma dari segi senarionya mungkin pucuk pimpinan akan memilih yang lebih senior. Pendapat ini banyak yang terpaksa menpersetujui kerana mungkin terpaksa patuh pada pucuk pimpinan. Bagi orang utara sudah semetinya perlantikan DP Mukhriz dinanti2kan kerana ketokohan beliau dalam memimpin jentera negeri tidak perlu disangsikan lagi. cuma perlu diberi peluang berkemungkinan segala wawasan akan menjadi kenyataan berbanding sebelum ini.