Tuesday, January 15, 2013

LOGO GENGGAM TANGAN (3)

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa tindakan demonstrasi jalanan dan berhimpun beramai-ramai untuk tunjuk perasaan bukan budaya negara ini. Ia amat berbahaya kerana boleh menimbulkan ketegangan kaum. Belajarlah daripada kejadian 13 Mei 1969.

Walaupun, usaha itu dibuat oleh individu tertentu termasuk DSAI sejak peristiwa 'kematian Baling', budaya merusuh ini ditolak dan ditentang oleh majoriti masyarakat di negara ini. Golongan cinta keamanan ini tidak suka cara merusuh kerana percaya demokrasi tetap subur di negara ini.

Namun oleh kerana terdesak atau pun mendapat idea baru, golongan yang mengamalkan matlamat menghalalkan cara kini semakin rancak dengan hasrat mereka untuk berdemonstrasi dan mengadakan perhimpunan bagi mengajak rakyat menentang kerajaan.

Kaedah yang digunakan oleh golongan ini boleh dilihat jelas iaitu menerusi kaedah perarakan, bertempur dengan pasukan keselamatan dan membuat kecoh yang boleh mendapat perhatian masyarakat antarabangsa terutama media elektronik seperti CNN, BBC dan Al-Jazeera.

Golongan ini tahu jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan atau kejadian kekerasan oleh penguatkuasa undang-undang, matlamat menganjurkan perhimpunan itu sudah tercapai dan yang penting menggambarkan pasukan keselamatan ganas dan zalim.

Pendekatan demonstrasi jalanan dan perhimpunan ini kini disedari oleh beberapa kerajaan di dunia terutama di Russia yang turut diresapi dengan fahaman ini.

Golongan yang mempelopori demonstrasi di beberapa negara di dunia oleh seorang tua dari Boston dan seorang lagi dari Serbia kini dipaparkan di televisyen Russia.

Dalam dokumentari pendek itu, kedua-dua pelopor ini berbangga dengan apa yang sudah mereka lakukan dengan menumbang kerajaan di beberapa negara seperti Mesir menerusi perhimpunan dan demonstrasi jalanan. Mereka juga dikatakan terbabit dalam perhimpunan di Thailand dan Lebanon.

Pendekatan yang digunakan hampir sama termasuk menggunakan logo genggam tangan dan pemilihan warna tertentu bagi menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan. Desakan 'rakyat' ini dibuat berhari-hari sehinggalah kerajaan negara itu tumbang dan mereka terus berpindah ke negara sasaran lain.

bersambung.....




Saturday, January 12, 2013

LOGO GENGGAM TANGAN ASING (2)


Logo genggam tangan yang dipelopori oleh seorang rakyat Serbia. Ancaman kuasa asing di negara ini?

Friday, January 11, 2013

RAMAI TAK PERCAYA ISA AKAN DITIADAKAN

LOGO GENGGAM TANGAN ASING



Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Logo genggam seperti ini yang digunakan dalam kebanyakan perhimpunan dan tunjuk perasaan di luar negara. Ia tidak terkecuali di negara ini yang menimbulkan persoalan adakah usaha terancang untuk membawa budaya menentang kerajaan di kalangan masyarakat di negara ini.

bersambung....


Saturday, January 5, 2013

ZAIRIL BUKAN ANAK KHIR JOHARI?



Oleh Sanggah Tok Janggut

Orang2 lama di kampung Kanchut, Alor Setar memang mengetahui bahawa Pak Khir Johari mengahwini Che Tom Abdul Rahman (Puan Seri Kelsom) pada tahun 1943....dan Che Tom meninggal pada 20 September 1994. UMUM JUGA MENGETAHUI BAHAWA CHE TOM DAN PAK KHIR MEMPUNYAI 7 ORANG ANAK.

Selepas Che Tom meninggal dunia, Pak Khir berkahwin semula dengan Puan Seri Christine Lim pada February 1996, jika Zairil (GAMBAR ATAS) di lahirkan pada 1996 atau 1997 maka Zairil sekarang berumur 17 atau 18 tahun...umur Zairil sekarang 30 tahun.

ALAMAK!!!!!! KACAU!!!!! TERLEBIH 13 atau 14 TAHUN

SAH DAN SAHIH bahawa Zairil Khir Johari BUKAN ANAK KANDUNG PAK KHIR, BELIAU ADALAH ANAK CHRISTINE LIM BERSAMA BAPAK KANDUNG ASALNYA YANG BERBANGSA CINA.

SAH. DAN SAHIH ZAIRIL ADALAH CINA BUKAN MELAYU SEPERTI YANG DI BOHONGKAN OLEH Lim Guan Eng hanya ahli dan pemimpin serta penyokong PAS - Parti Islam Se-Malaysia (فاس) yang boleh di bohongkan oleh CM Lim Guan Eng.

Thursday, January 3, 2013

KERAJAAN MENDENGAR SUARA RAKYAT


KUALA LUMPUR 2 Jan. - Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini berkata, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian tersebut hari ini.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip ‘siapa cepat dia dapat’.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.

SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.

Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.

SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.

Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm. gov.my.

Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan. - BERNAMA.

Wednesday, January 2, 2013

5.5 RIBU DAFTAR UNTUK REBAT RM200


CYBERJAYA: 1 Januari, 2013 --- Hampir 5,500 orang belia yang berumur dari 21 hingga 30 tahun telah mendaftar setakat jam 7 malam hari ini untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) untuk pembelian telefon pintar peringkat permulaan pada hari pertama pendaftarannya dibuka. 

Bilangan pendaftaran terus meningkat ketika kenyataan ini dikeluarkan. Skim PKB dilaksanakan oleh tujuh syarikat telekomunikasi, yakni Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications dengan koordinasi  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kami bersyukur dan gembira dengan sokongan yang diberikan orang ramai terhadap skim ini. Sambutan menggalakkan ini menunjukkan bahawa masyarakat, khususnya golongan belia, bersedia bergerak dalam zaman ICT dan menerima baik perkembangan teknologi dunia internet,” kata Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM.
Menurut beliau, kesan daripada sambutan yang menggalakkan itu, laman sesawang PKB iaitu komunikasibelia.skmm.gov.my dan nbi.skmm.gov.my telah mengalami sedikit gangguan kesesakan sejak ianya dibuka mulai jam 7 pagi tadi. 
SKMM meminta orang ramai yang masih mencuba untuk mengakses laman sesawang tersebut agar bersabar untuk sedikit masa lagi. Masalah itu sedang ditangani oleh pasukan teknikal dan SKMM amat menghargai kesabaran orang ramai dan memohon maaf di atas kesulitan yang dialami.
Pendaftaran di bawah Pakej Komunikasi Belia dan skim Get Malaysian Business Online boleh dilakukan secara online dari jam 7 pagi hingga 11 malam. Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh hubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.
SKMM juga ingin memaklumkan bahawa pihak penyedia perkhidmatan masih mengemaskinikan model-model telefon pintar dan senarai ejen-ejen mereka di laman sesawang masing-masing. 
Setakat ini terdapat lebih 20 jenis telefon pintar 3G yang ditawarkan. Syarikat penyedia perkhidmatan yang melaksanakan skim ini telah komited untuk terus menambahbaik pilihan model-model telefon pintar dari semasa ke semasa dengan menawarkannya pada paras dan harga yang kompetitif seperti yang telah diumumkan sebelum ini.
Para belia yang berdaftar juga dinasihatkan untuk membuat pilihan dengan bijak, meninjau pasaran terlebih dahulu dan membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing. - SKMM.

HADI PERLEKEH ZAINON ISMAIL


"DIA cikgu sekolah Melayu dan sekolah rendah sahaja," kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tentunya untuk merendahkan pemikiran dan tindakan bekas penyokong tegar parti itu, Zainon Ismail dan lebih dikenali dengan nama C.N al-Afgani melalui bukunya Kafirkah Aku?

Seolah-olah Zainon dengan tahap pemikirannya tidak layak untuk mempersoal, menegur dan memperingatkan Abdul Hadi tentang keburukan kesan ucapannya - Amanat Haji Hadi yang menjadi intisari buku itu.

Zainon yang menyerahkan seluruh jiwa dan penghidupannya bagi memperjuangkan parti itu mendedahkan betapa Amanat Haji Hadi yang masih menjadi pegangan ramai penyokong parti itu turut membawa musibah kepada bangsa dan agama ketika Pas semakin jauh terpesong daripada landasan asal.

Zainon yang terlalu kecil di depan Abdul Hadi itu telah menunaikan tanggungjawabnya dan kini ramai ingin melihat sama ada Presiden Pas itu mempunyai jiwa yang besar.
...