UMNO Cheras hari ini mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan ekoran sikapnya yang hanya berdiam diri berhubung tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum yang membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini.
Ketuanya, Datuk Syed Ali Alhabshee, berkata pendirian 'membisu seribu bahasa' yang diambil Zaid adalah sesuatu yang sangat mengecewakan.
"Ketika ribuan umat Islam bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam, menteri yang kononnya mahir dalam bidang undang-undang hilang entah ke mana, ini amat mengecewakan seluruh ahli UMNO dan orang Melayu.
"Di mana Zaid yang kononnya menjaga hal ehwal undang-undang apabila Majlis Peguam secara terbuka cuba mencampuri urusan dan kepentingan umat Islam di negara ini. Mengapa tiba-tiba membisu?," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Syed Ali berkata, dalam isu lain, Zaid cepat melatah, tetapi apabila kesucian dan hak umat Islam dicabar dan diganggu-gugat oleh pihak bukan Islam, beliau mengambil sikap membisu.
“Jadi eloklah berundur sahaja daripada Kabinet,” kata beliau.
Katanya, apabila menteri yang menjaga hal-ehwal perundangan negara hanya membisu dan tidak berkata apa-apa berhubung isu Majlis Peguam, sudah tentu rakyat akan membuat tafsiran beliau kononnya tidak begitu sensitif terhadap kepentingan Islam. - Utusan
(Renungan Rimau : Saya boleh memahami kemarahan Syed Ali itu. Begitu juga bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini. Apa pun alasan yang mungkin ada pada Zaid, kita jangan membiarkan orang lain membincangkan mengenai agama Islam secara terbuka apatah lagi jika ada agenda tertentu. Gunakan forum tertutup seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.)
Monday, August 11, 2008
SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (7)
PENANTI
Jumlah pemilih - 15,421
Keluar mengundi - 12,667 (82.14 peratus)
Undi Rosak - 184
Melayu - 72.51 peratus
Cina - 24.32 peratus
India - 2.43 peratus
Lain-lain - 0.57 peratus
1. Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN) - 5,127
2. Mohamad Fairus Khairudin (PKR) - 7,346
Majoriti - 2,219 (2008)
Penyandang : Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN)( majoriti 667)
Saya difahamkan lebih 60 peratus pengundi di Permatang Pauh ialah golongan wanita yang memberi sokongan kuat kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Golongan wanita simpati dengan nasib yang menimpa DS Wan Azizah kerana daripada isteri seorang Timbalan Perdana Menteri bertukar menjadi isteri kepada orang yang dihadapkan makhamah kerana tuduhan rasuah dan liwat.
Apakah kali ini, mereka terus bersimpati dengan DS Wan Azizah? Apakah kali ini mereka tetap memberi undi kepada DSAI sedangkan mereka tahu beliau kini menghadapi dakwaan liwat oleh Saiful Bukhari Azlan?
Apakah mereka akan menyetujui dengan apa yang diperkatakan oleh DSAI bahawa dakwaan liwat terhadapnya itu satu konspirasi politik?

MONSOON CUP TIADA TAHUN INI?:
Kejohanan Kapal Layar Piala Monsoon Disember ini mungkin tidak akan diadakan ekoran penganjurnya mengalami masalah kewangan.
Menurut news alert AgendaNews, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, berkata pihaknya akan meneruskan dengan sukan rakyat seperti perahu panjang seperti yang dirancang sempena dengan Piala Monsoon sebelum ini.
(Renungan Rimau : Masalah kewangan?)

Sunday, August 10, 2008
SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (6)
PERMATANG PASIR
Jumlah Pemilih - 20,350
Keluar mengundi - 16,803 (82.57 peratus)
Undi Rosak - 227
Melayu - 72.31 peratus
Cina - 25.94 peratus
India - 1.61 peratus
Lain-lain - 0.14 peratus
1. Ahmad Sahar Suib (BN) - 5,571
2. Mohd Hamdan Abdul Rahman - 11,044
Majoriti - 5,433 (2008) Majoriti - 679 (2004)
Panglima Perang BN untuk Permatang Pauh, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, semalam mahu semua pihak dalam UMNO Bahagian PP mengetepikan pertelagahan dan pertandingan antara mereka, sebaliknya memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Kecil PP.
Dalam ertikata lain, mereka yang bertanding merebut jawatan Ketua Bahagian UMNO PP ketika ini terutama Datuk Pirdaus Ismail, Datuk Abdul Jalil dan Datuk Ahmad Saad, tidak payahlah bersusah payah berkempen untuk pemilihan UMNO tetapi memberi tumpuan kepada usaha memenangkan calon BN, tidak kira siapa yang dipilih.
Memanglah sukar untuk berbuat demikian dalam sekelip mata kerana perkara itu sudah berlarutan sejak beberapa bulan lalu, tetapi demi parti dan BN mereka perlu melihat agenda yang lebih besar iaitu memenangkan calon BN.
Hanya mereka yang mementingkan diri sendiri saja yang tidak menghindarkan nasihat Panglima Perang.

Saturday, August 9, 2008
JANGAN BAKAR TANAH GAMBUT KERING
Oleh Ibrahim Yahaya
Kejadian amokan bangsa Melayu yang beragama Islam pagi tadi berhubung usaha Majlis Peguam mengadakan forum Memeluk Islam perlu difikirkan secara mendalam semua pihak.
Walaupun angka yang mengamok terlalu kecil relatifnya berbanding bangsa Melayu dan Islam di negara ini, ia cukup memberi gambaran bahawa ada perkara yang tidak perlu dibincangkan secara terbuka apatah lagi digayakan dengan angkuh.
Amokan kecil ini sebenarnya asap yang baru keluar daripada tanah gambut yang kekeringan kerana kebodohan segelintir pihak yang membaling mancis ke tanah gambut itu setelah puas menyedut cigar dengan kepulan asap membanggakan.
Lontarkanlah apa saja yang difikir di kepala mengenai tindakan pengamok sedikit ini seperti penakut, pengecut, bahalol, taksub, pengacau, penceroboh atau apa saja, namun hakikatnya mereka juga adalah penyelamat kepada satu kebakaran besar.
Kebelakangan ini, kesabaran bangsa pengamok ini sudah sampai ke tahap puncak ibarat tanah gambut yang kering menunggu masa untuk berasap. Mungkin sinaran mentari yang berpanjangan akan mencetuskan bahang yang boleh membakar tanah gambut itu.
Tanah gambut ini, jika terbakar sukar untuk dipadamkan. Percayalah.
Bangsa yang sentiasa beradab dan bersabar ini tidak perlu diuji sepanjang masa. Sudah tentu mereka ada had dan batasnya. Yang lebih penting mereka ada maruah dan martabat yang perlu dijaga apatah lagi agama yang dianuti.
Cukuplah dengan keterlanjuran yang diasaskan kepada kejahilan untuk memahami bangsa pengamok ini. Cukuplah dengan kebebasan untuk menyuarakan apa saja seperti yang dibenarkan oleh pemerintah yang dilihat oleh bangsa sendiri sebagai lembut.
Jangan diteruskan keterlanjuran itu sehingga menimbulkan rasa mual, resah dan gelisah. Ketika itu pasti tiada pihak lain yang perlu dipersalahkan selain mereka yang ingin menguji kegaringan tanah gambut dengan percikan api yang tidak diperlukan.
Bangsa yang cukup sinonim dengan perkataan amok ini sentiasa mahu berkongsi rumah dan sedia bertolak ansur dalam semua segi. Bangsa ini akan menghormati tetamu dan jiran mereka sepanjang masa. Jangan biarkan mereka merasa bosan dan mual.
Berhentikanlah keterlanjuran itu. Insaflah.

TAMAN PERUMAHAN MESTI DIJAGA BAIK
Tengah hari tadi saya menghadiri satu majlis perkahwinan seorang rakan di sebuah taman perumahan yang dipanggil SB Country And Resort.
Pertama, ia sukar untuk mencari tempat itu kerana terletak jauh ke dalam seolah-olah kita mahu masuk ke dalam kawasan perladangan. Papan tanda di situ juga cacamarba sehingga sukar untuk mencari kawasan yang dinyatakan dalam peta disediakan.
Kedua ialah keadaan sekitarnya yang tidak dijaga dengan baik dengan sampah terutama bungkusan minuman plastik bertaburan dan lalang panjang. Kawasan yang menempatkan lot banglo juga seperti hutan kecil yang terbiar. Mesti ada ular sawa di situ.
Siapa yang berani tinggal di kawasan berdekatan semak samun. Melainkanlah Sdr Osman Ayob dan pasangannya yang mencatatkan rekod tinggal dengan ular berbisa seperti tedong selama 88 jam berakhir hari ini di Langkawi.
Ini membuat saya bersyukur tinggal di taman perumahan Sime UEP, pemaju yang sentiasa menjaga kawasan perumahannya dengan baik dan teratur.
Tapi.... tolonglah tengok sikit pelesit seperti yang dilaporkan oleh The Star yang masih membakar sampah di Bukit Lancong tu.

PAK GUS DUR PERLU BUKA HATI
Malaysiakini melaporkan bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid dan Sandra Day O'Connor mahu dakwaan terhadap DSAI digugurkan.
Mereka memberi amaran bahawa integriti Malaysia kini dipersoalkan berikutan dengan pendakwaan terhadap orang kuat PKR itu.
Saya tidak mahu mengulas apa yang dikatakan oleh tukang cakap Amerika Syarikat itu tetapi hanya mahu menasihatkan Pak Gus Dur agar tidak payahlah campur tangan dalam hal ini kerana tidak manis dan kurang beradab sebagai satu rumpun Melayu.
Saya yakin Presiden Indonesia, SBY amat menyetujui dengan pandangan agar tidak mencampuri urusan jiran apatah lagi ia diambil mengikut undang-undang Malaysia. DSAI didakwa bukan tanpa sebab tetapi atas laporan liwat oleh Saiful Bukhari Azlan.
Oleh Pak Gus Dur yang pernah satu ketika dikaitkan pelbagai "cerita-cerita" kurang sedap oleh media Indonesia, membiarkan isu DSAI ditangani oleh kerajaan Malaysia.
Jika Pak Gus Dur tahu apa yang saya diberitahu berlaku sebelum ini, mungkin mantan Kepala Bapak RI itu akan memahaminya. Mungkin menyetujui dengan saya, kecualilah mahu berlaku songsang.

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (5)
SEBERANG JAYA
Jumlah Pemilih - 22,171
Keluar mengundi - 18,493 (83.41 peratus)
Undi rosak - 222
Melayu - 62.36 peratus
Cina - 23.97 peratus
India - 13.13 peratus
Lain-lain - 0.54 peratus
1. Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) - 9,395
2. Ramli Bulat (PKR) - 8,862
Majoriti - 533 (2008) Majoriti - 4,464 (2004)
Walaupun memenangi kawasan ini, majoriti Barisan Nasional (BN) pada PRU 2008 merosot sebanyak 3,931 undi daripada PRU2004.
Bagaimanapun, BN dengan majoriti yang kecil, berjaya menghalang daripada penguasaan 100 peratus pembangkang di kawasan Parlimen ini.
Ejen kenit memberitahu saya, kejayaan ini sudah tentulah boleh dikaitkan dengan calon BN, Datuk Arif Shah Omar, yang masih mendapat tempat di hati pengundi terutama masyarakat bukan Melayu.
Kelebihannya boleh berbahasa Mandarin berjaya memikat hati pengundi Cina selain sikap mudah mesra yang disenangi oleh peringkat akar umbi.
Malah, ada pihak yang mencadangkan ADUN Seberang Jaya ini diketengahkan sebagai calon BN di Parlimen Permatang Pauh menentang DSAI.

Friday, August 8, 2008
TIGA PETISYEN DITOLAK..
Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak petisyen Barisan Nasional bagi membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
1. DUN Lubuk Merbau (PAS menang majoriti 72 undi),
2. DUN Kuala Sepetang (PKR menang majoriti 564 ) dan,
3. DUN Kuala Kurau.(PKR menang majoriti 467).
(Sumber : AGENDADAILY (8/8/2008).
Ada ke golongan yang akan mengatakan Institusi Kehakiman di negara ini tidak adil?

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (4)
(DIY membuat tinjauan di PP pada PRU12)
P.044 PERMATANG PAUH
Jumlah pengundi - 58,449
Keluar mengundi - 47,442 (81.17 peratus)
Undi Rosak - 110
Melayu - 68.5 peratus
Cina - 24.79 peratus
India - 6.3 peratus
Lain - 0.41 peratus
1. Datuk Pirdaus Ismail (BN) - 16,950
2. Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR) - 30,338
Majoriti - 13,388 (2008) Majoriti - 590 (2004)
Saya pernah menulis mengenai Datuk Pirdaus Ismail pada 5 Mac 2008.
Salah satu faktor yang menyebabkan Datuk Pirdaus kalah pada PRU12 ialah kerana parti pembangkang terutamanya DAP yang memainkan sentimen agama dan perkauman sempit di kalangan pengundi bukan Melayu.
Ejet kenit memberitahu saya, antara perkara yang ditimbulkan ialah "Mengapa pengundi Permatang Pauh diwakili oleh seorang imam?".
Ini seumpama kita bercakap dengan orang Melayu atau Islam bahawa seorang sami mahu bertanding di situ dengan mengemukakan persoalan , "Mengapa pengundi Permatang Pauh diwakili oleh seorang sami?".
Taktik sebegini sudah tentu menyebabkan pengundi bukan Melayu menolak Datuk Pirdaus sedangkan semua orang tahu bahawa seorang yang mempunyai pegangan agama sudah tentu seorang manusia yang baik dan rasional.
Namun, mereka tetap berusaha memburuk-burukkan imej Datuk Pirdaus dengan memaparkan beberapa tindakannya termasuk apa yang dikatakan "menendang kotak undi" setelah beliau gagal dengan majoriti kecil pada PRU 2004.
Penyebaran maklumat itu dibuat dalam bentuk risalah atau pun kain rentang di merata tempat di PP termasuk menggunakan pantun.
Apakah kali ini, UMNO memilih Datuk Pirdaus?
Subscribe to:
Posts (Atom)