Tuesday, July 1, 2008

JANGAN LIWAT TENGAH MALAM




(Gambar oleh EF)

TIADA HATI PERUT. Ketika penduduk BUKIT LANCHONG dan PUTRA HEIGHTS sedang nyenyak tidur, ada orang yang "main belakang" atau "meliwat" mereka demi kerakusan dan tamak haloba.

Peliwat ini sebenarnya buta hati.

Mereka yang membakar sampah pada waktu malam ini sebenarnya "peliwat" yang tidak berperikemanusiaan. Mereka ingin menikmati keuntungan di atas penderitaan orang lain.

Sikap tidak bertanggungjawab membakar sampah tanpa mengikut peraturan boleh menyebabkan kesihatan penduduk Bukit Lanchong dan Putra Heights berada dalam keadaan amat bahaya. Sesak nafas dan kegatalan adalah penyakit yang melanda.

Pembongkaran akhbar The Star di sini menyelesaikan misteri dalam kehidupan saya selama enam tahun yang seringkali terhidu bau asap setiap pagi pada hujung minggu.

Bau asap itu dibawa oleh angin daripada kawasan pembakaran yang terletak lebih kurang 700 meter daripada rumah saya.

Setiap kali terhidu bau asap itu di laman rumah, saya sentiasa memikirkan "siapa gerangan" yang membakar sampah pada waktu pagi. Rupa-rupanya ada peliwat.

Terima kasih The Star dan pengadu, EF.

Mungkin, ada peguam yang boleh membantu saya menyaman "peliwat" malam ini.

25 comments:

Anonymous said...

salam kelegaan,
hah baru saya berasa lega dengan entri dati kali ini.untuk pengetahuan dato semenjak saya menetap di selangor selama lima tahun ini `peliwat`yang tak berhati perut ini memang gemar membuat pembakaran secara terbuka khususnya di klang,alahai setiap pagi hidung disajikan dengan kuntuman asap-asap.kalau dato melalui jalan kebun menerusi kesas hah lagilah dapat menghidu segala asap yang dilakukan oleh peliwat ini.
bandar klang juga merupakan bandar asap tahap kronik,perkara ini telah diadukan oleh pembaca melalui the star beberapa tahun yang lalu namun bagaikan mengadu kepada orang yang bisu dan pekak langsung tiada sebarang tindakan.
di kawasan kejiranan saya sendiri para `pekebun`yang tak bertauliah membuat kebun masing-masing di atas tanah milik pemaju perumahan yang belum dibangunkan lagi,namun iyelah kan saranan PM untuk bercucuk tanam maka tersedaklah kita apabila menegur dengan jawapan yang diberi`haiya lu hidung sikit-sikit tahan la,kita musti kasi bakar ini sampah-sampah ini laun-laun ini,itu`hah bak kata semua lah yang perlu dibakar.bukannya sebulan sekali setiap dua,tiga hari ada saja pembakaran yang dilakukan.
mereka ini bukan lagi tiada hati perut tetapi memang spesis yang tak berperut dan hanya ada otak di belakang bontot.
NOTE:PEMBAKARAN DI KAWASAN JALAN KEBUN SEPANJANG KESAS ADALAH PERBUATAN PATI.NAMUN DARI DULU TIADA TINDAKAN WALAUPUN ADUAN TELAH DIBUAT BERTAHUN YANG LAMPAU.APA INI...APA NI?

Anonymous said...

Mungkin depa nak tolong halau nyamuk kot. Maklumlah, kes denggi pun ada banyak juga di Selangor ni.

Ada hamba Allah nak melaksanakan tanam semula getah di ladang getah usangnya.

Dia pohon bantuan RISDA. Masa mula tanam getah dulu pun, RISDA yang tolong. RISDA setuju.

Persiapan dibuat untuk tanam semula. Pokok getah tua ditebang. Batang pokok getah laku dijual untuk pelbagai hasil kayu getah seperti perabot. Namun tunggul dan akar pokok-pokok getah itu tak siapa nak beli. Bukannya sedikit.

Orang RISDA tu nasihatkan bakar sahaja tunggul-tunggul tersebut.

Hamba Allah ni kata kalau orang lapor pembakaran terbuka macam mana?

Orang RISDA tu jawab, "Kalau begitu nak buat macam mana? Memang selalunya orang bakar aje."

Jadi hamba Allah ni pun bakarlah tunggul-tunggul tu. Tapi bakar sikit-sikitlah. Dan pada waktu malam je. Maklumlah, dibuatnya datang si Karam Singh Walia tu berpantun-pantun, tak ke haru?

Tapi orang kampung tak komplen pun. Mungkin dah biasa dengan pembakaran tunggul getah sewaktu penanaman semula.

Anonymous said...

lain mcm je bunyinya.hahaha

Anonymous said...

YBHG. Datuk.... saya cadangkan dato' sebagai org yg berpengaruh terutamanya dalam media, bolehla menggunakan pengaruh itu untuk buat bising dalam media... pembakaran terbuka ni memang dah jadi trend di Selangor ni, apatah lagi diwaktu malam..... JAS terlebih tidur kot..

JONLABUYABEDABEDU

p/s:macam mana pula dengan peliwat remaja dan juga peliwat bekas penuntut pusat pengajian tinggi?

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Kejadian mencuri pasir, merompak kekayaan alam sekitar, kontraktor yang membakar sampah sesuka hati atau tidak pungut sampah sudah berlaku sejak sekian lama. Yang menjadi mangsa ialah rakyat jelata dan pembayar cukai.

Pencuri, perompak, penipu, pengelat dan pembakar ini sebenarnya hanya memikirkan keuntungan tanpa memikirkan penderitaan orang lain.

Rakyat terseksa pergilah mengadu kepada pihak berkuasa. Maka dilawatilah tempat itu. Tetapi jika ada unsur rasuah, pencurian dan pembakaran itu teruslah berlaku. Kita tanya lagi, maka jawapannya pula tidak cukaup pegawai.

Jadilah pegawai yang bertanggungjawab dan takut kepada tuhan. Tangkap mereka dan dakwa penyangak atau peliwat ini di mahkamah. Jangan kerana wang beratus ringgit kita sanggup melihat rakyat kita menderita dengan batuk, gatal-gatal ata segala macam penyakit. Insaflah. Jangan jadikan duit itu sebagai tuhan kita tetapi gunakanlah duit yang diperolehi secara halal, walapun sikit untuk menyara hidup keluarga. Ingatlah.

ibrahim yahaya said...

Sdr GJ,

Semua orang hendak hidup senang atas penderitaan orang lain. Semua orang hendak kerja mudah atas kepayahan rakyat bawahan. Tabiat inilah yang menghancurkan kita. Menghancurkan anak cucu kita. Menghancurkan negara.

Sekarang ini, tiada siapa yang akan menegur kecuali "terkena" batang hidung mereka. Ada juga yang menegur tetapi tidak sanggup berhadapan dengan mereka yang rakus dan tamak haloba. Mereka ini tidak peduli dengan kepayahan rakyat kerana tinggal di rumah mewah yang jauh daripada tempat mereka membuat "kekotoran" itu.

Sikap tidak peduli itu sentiasa dalam sanubari kerana bagi mereka pihak berkuasa akan tutup mata dan telinga. Pihak berkuasa boleh dibeli dengan wang ringgit. "Aku tidak peduli dengan rakyat yang suka merengek ini. Pergi mampus sama dia. Biarlah mereka terus susah, aku tetap senang" - itulah pemikiran dalam hati kontraktor yang lintah darat dan pelesit yang menghisap darah.

Bagi mereka, duit adalah tuhan. Sungguh memalukan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Saya rasa negara ini akan hancur apabila semua pihak tidak mempedulikan undang-undang. Negara ini akan hancur apabila semua pihak melihat duit sebagai tuhan. Negara ini akan hancur apabila ada pegawai dan kakitangan PBT mengambil wang serta membenarkan "kekotoran" terus berleluasa. Mengaibkan.

Yang amat menyedihkan, rakyat bawahan yang terpaksa berbelanja lebih membawa anak ke klinik, terpaksa membeli ubat asma, ubat gatal dan segala macam ubat semata-mata untuk melihat anak mereka membesar seperti anak orang lain yang tinggal di taman perumahan mewah dan mendapat wang saku RM200 sehari. Anak mereka hanya diberikan 50 sen sehari. Nasi lemak di kantin sekolah pun sudah berharga RM1. Maka, makanlah si anak itu kacang atau junk food dengan bersulamkan air paip.

ibrahim yahaya said...

Sdr Jon,

Sebagai wartawan saya hanya boleh menulis dan melontarkan. Itupun jika ada orang yang sudi membacanya dan membuat tindakan.

Sebenarnya saya mahu jadi Perdana Menteri yang akan memastikan mereka yang tidak memperdulikan rakyat atau mengamalkan rasuah dibuang jauh ke tengah laut untuk dinikmati oleh jerung bergigi tajam. Barulah mereka sedar.

Saya mahu menghantar menteri yang menjadi kaya raya dalam sekelip mata kerana mengarahkan semua projek diberikan kepada kroni-kroni mereka, ke suatu tempat di mana mereka tinggal dengan orang Asli yang serba daif dan kekurangan. Barulah mereka tahu.

Saya mahu menghantar pengurusan tertinggi GLC yang hanya tahu menaikkan gaji mereka dan terbang ke sana ke sini dalam kelas pertama tetapi tidak mengendahkan pegawai bawahan yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan maggie. Anak buah yang bekerja kuat untuk menaikkan nama mereka tidak dipedulikan atau dinaikkan pangkat semata-mata mereka saja yang mahu merasai "nikmat dunia" dan orang lain tidak payah, ke kandang singa agar mereka tahu siapa yang berkuasa ketika itu. Barulah mereka menyesal.

Sebenarnya, saya sudah mula meluat dengan sikap segelintir pihak yang masih tidak takut dengan tuhan dan menganggap mereka akan hidup di dunia ini selama-lamanya.

Akar Umbi said...

Apa punya istilah dahhh. Kalau anak aku terbaca posting ni dan gunakan pula istilah ni dalam karangan.... Jawabnya makan penampar BMlah..

Anonymous said...

My deepest sympathy to you! Aku tak tahu kau pun mangsa "liwat" Apa nak jadi dunia ni....

terubuk jantan said...

SALAM DATO...
WAH GARANG betul dato SEKARANG NI NAMPAKNYA...TERUSKAN DATO "harimau kena sentiasa garang dan bertaring"kita tidak mahu "harimau garang tapi dalam sarkas".Dato tulisan Dato dalam akhbar sinar hari ni saya baca dan saya amati kesimpulanya bukan saya nak memuji dato atau "bodek" Dato,Tulisan dato mencerminkan 'dato memang harimau".Malam semalam saya baru habis membaca sebuah buku sdr A KADIR JASiN,"RAKYAT SAHUT CABARAN"menarik dan tertarik juga saya....Dato bila pula nak menulis buku?

ibrahim yahaya said...

Sdr Azlan,

Sementara orang banyak berbincang mengenai liwat ini, saya sukalah menggambarkan orang yang tidak bertanggungjawab membakar sampah di waktu malam itu sebagai orang yang suka "main belakang".

Orang main belakang atau peliwat ni sebenarnya penakut. Ketika orang sedang tidur, barulah mereka berani keluar (macam cencorot) untuk membakar sampah dan bahan toksid yang boleh menjejaskan kesihatan. Merekalah peliwat yang hanya mahu seronok dapat duit dan keuntungan manakala orang lain perit menderita. Ada ke patut? Ada yang kegatalan, sesak nafas dan mungkin ada yang melecet. Entahla.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Nasib baik jadi mangsa "liwat" secara rohani daripada menjadi mangsa "liwat" fizikal. Apapun, tengok sejarah hidup Sdr, ada kot banyak kali kena liwat atau meliwat. Maksud saya ditipu atau menipu. Sendirilah yang tahu. Bolehla jumpa doktor.

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Bahan dah ada. Cuma tak cukup fulus.

Apabila kita ada blog, macam-macam cerita yang kenkawan suruh tulis.

Ada kawan yang berniaga secara profesional dalam bidang kejuruteraan tidak mendapat projek kerana projek itu hendak diberikan kepada seseorang. Yang peliknya, ia hampir menjadi miliknya kerana semua prosedur lengkap dan syarikatnya layak, tetapi akhirnya kecundang kerana arahan pihak atas. Apa ni? Inilah yang saya kata pelesit, yang tidak puas-puas mahu kaya dan terus kaya.

Yang sedihnya, kawan saya tu ialah bekas Ketua UMNO Bahagian yang amat setia kepada pemimpin dan parti. Yang membuat saya terharu ialah itulah kali pertama beliau mencuba projek kerajaan, tetapi hampa kerana semata-mata untuk memenuhi kegelojohan sesetengah kroni pihak atas.

Beliau tidak marah dan terus berusaha mencari projek lain di luar. Inilah baru dikatakan pemimpin berjiwa besar. Walaupun diperkotak-katikkan, beliau tetap dalam UMNO kerana sayangkan parti yang mungkin dihancurkan oleh jembalang tanah dan pelesit penghisap darah. Insaflah.

terubuk jantan said...

Pelesit dan jin memang ramai Dato saya sokong 100%...

Dato bolehkah Dato huraikan atau di terjemahkan berkenaan politik dan perniagaan?adakah politik itu ada kaitannya dengan perniaagaan atau mungkinkah perniagaan itu bersangkutan dengan politik?

Dato rasanya sampai bila pelesit dan jin ini akan berleluasa?im so curios....

epain said...

ayat lain, liwat ialah "main belakang"....

kalau ikut citer bukit lancong...mmg diorang ni kaki main belakang....

tp soal main belakang ni takkan timbul kalau org yg cukup celik utk melihat nampak apa yg berlaku...

dan plg penting, jgn tengok je...bertindaklah...takkan nak tunggu buat polis report...then buat roadshow...pastu nyorok kat istanbul...hahahah

Razlan said...

Salam Tuan,

Kaki liwat selalu buat kerja senyap-senyap, takut nanti orang tahu, MALU.

Kaki liwat tu mesti selalu pegi Arab, sebab dengar cerita Orang-2 belah sana suka LIWAT, main bontot.

Tak salah lah kalau Kerajaan belah-belah Arab ni tak rasa BERSALAH atas sebab main belakang, boleh kasi perlindungan lagi.

Alamak.. Tuan tulis liwat yang mana satu ni ..

Tapi, bak kata Tuan, JAGA KUBUR MASING-MASING ...

Tapi Tuan, Kalau Pemimpin itu tak nampak bersih dan kalaulah memang tak bersih, macam manakah corak kepimpinan nak dibawanya .. Jual Tanah, Jual Maruah, Jual Negara, dan macam-macam lagi...

Jangan kita nanti disebabkan PEMIMPIN yang TAK BETUL, nak pakai TUDUNG PUN TAK BOLEH (MACAM KAT TURKI)

Ramai lagi yang boleh dijadikan PEMIMPIN, dan MELAYU Tidak KEHAUSAN PEMIMPIN, kenapa selalu ORANG MELAYU suka mengambil RISIKO?

Tuan, saya pelik kenapa tidak diambil tindakan kepada mereka telah menderhaka kepada MELAYU dan MALAYSIA. (MAJLIS PEGUAM)

Dan pelik, Seorang DR yang Menjadi BINATANG PELIHARAAN Orang-orang Kafir memberikan komen seumpama BELIAU BUKAN MELAYU, tapi tak heran la beliau DARI SINGAPURA kut.. tengok jela apa jadi dengan MEDIA kita apabila orang SINGAPURA mengambil tempat ...

Pikirkan bersama ....

Anonymous said...

depa patut lantik dato tiger jadi presiden putra heights la saya ingat.baru senang media cover

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Ini kena buat kertas kerja panjang.
Namun, saya ringkaskan bagi memudahkan Sdr, jika bercadang untuk membuat tesis BA, MA atau PHD dalam bidang sains politik.

Sebelum membicarakan kaitan antara politik dan perniagaan, elok juga Sdr memahami perjalanan parti politik di negara ini sebelum dan selepas merdeka.

Bagi saya, politik sebelum merdeka berasaskan kepada perjuangan tulen iaitu untuk mencapai kemerdekaan daripada British. Tidak hairanlah setiap ahli parti akan pergi ke majlis politik dengan keinginan mereka sendiri sama ada berjalan, berbasikal, bermotosikal atau berkereta. Tiada bayaran wang atau nasi bungkus seperti ini. Jika ada, hidangan ala kadar. Oleh itu, tidak hairanlah apabila parti politik memerlukan wang, mereka sanggup menghulurkan emas dan perak untuk memerdekakan negara.

Selepas merdeka, maka rakyat negara ini sudah mula membeliakkan mata terhadap kekayaan negara.

Majlis politik dianjurkan dengan tarikan habuan tertentu atau nasi bungkus. Mereka datang untuk menikmati habuan/makanan ini di samping mendengar amanat pemimpin. Daripada hotel kecil sehinggalah ke PWTC. Ia berterusan sehinggalah hari ini.

Untuk membawa pemimpin bawahan bertemu Presiden, Timbalan atau Pengerusi Perhubungan di sesuatu tempat, mungkin memerlukan usaha membawa mereka dengan beratus bas. Ini tidak pelik.

Apabila memperkatakan majlis politik, maka persoalannya daripada mana wang itu datang untuk menaja majlis itu. Mungkin daripada tabung politik atau tabung lain yang perlu diperkukuhkan dari semasa ke semasa agar sesuatu majlis politik itu berjalan lancar.

Tidak hairanlah, setiap Bendahari UMNO yang dipilih akan berusaha untuk mengisi tabung parti bagi membolehkan majlis politik dijalankan. Bagi UMNO, Tun Daim Zainuddin telah menjalankan tugas yang baik. Mendapatkan duit, bukannya memboroskannya.

Setiap parti politik juga mempunyai vehicle mereka sendiri untuk menjana wang bagi mengisi tabung parti. Maka muncullah Fleets Holdings, Maika Holdings atau MPH. Di samping itu, ada pelbagai GLC bagi membantu syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan parti.

Bagi individu, mereka juga berusaha mengisi tabung politik peribadi dengan mencari sebanyak mungkin projek dalam tempat yang diterajui. Ia mungkin kementerian atau agensi tertentu. Ia boleh dilakukan dengan melantik kroni sendiri atau memberikan kepada syarikat yang kemudiannya menjadi kawan rapat.

Sebagai kawan rapat, sudah tentu mereka akan menghulurkan sejumlah wang untuk tabung politik "pemberi". Wang ini untuk melicinkan perjalanan Majlis Politik atau membantu mereka mencapai cita-cita dalam mendapatkan jawatan tertentu. Tidak hairanlah istilah politik wang muncul kerana wang bertaburan untuk meraih undi menyokong mereka. Adakalanya wang itu dalam bentuk tunai atau pun tawaran melancong atau pembelian barang-barang mewah tertentu.

Yang menjadi masalah dulu dan kini ialah kumpulan pelesit dan jembalang yang tidak puas-puas mengumpulkan kekayaaan seolah-olah mereka mahu hidup 1000 tahun lagi. Mereka ini bukan saja tamak haloba tetapi merampas hak orang lain kerana mereka mempunyai pengaruh serta kuaa. Selagi tiada usaha untuk menghapuskan pelesit dan jin ini, selagi itulah mereka akan mengaut dan mengikis keuntungan negara. Seperkara lagi usaha tegas ini perlu berterusan kerana jika tidak muncul pula kumpulan pelesit dan jembalang yang baru. Patah tumbuh, hilang berganti. Yang tidak tumbuh menderita, yang hilang projek merana. Inilah dunia. Bukan Dunia Tiger.

Minta maaf. Ini tulisan ringkas yang terkeluar daripada fikiran.

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Manusia memang digalakkan melihat sejarah. Jika boleh dibuat analogi melihat sejarah ini seperti melihat cermin kereta untuk melihat apa yang ada di belakang.

Jika berundur, kita perlu melihat cermin kereta kerana jika tidak kita akan melanggar kereta lain, tiang, pokok waima manusia sekalipun.

Melihat sejarah bukan memandang ke belakang semata-mata tetapi mempelajarinya dan mengubah sebarang kesalahan atau kelemahan. Jika kita tidak belajar sejarah, apatah sejarah diri, maka kita akan mengulangi kesilapan yang dilakukan. Ketika itu, jangan salahkan orang lain.

Masalahnya, ada orang yang suka menyalahkan orang lain seperti tindakan anjing yang menyalak kita. Sebenarnya anjing itu takut jika kita ambil kayu dan memukulnya. Oleh itu, anjing itu menyalak dulu untuk menakutkan kita. Jika kita takut, kita akan melarikan diri dan anjing tersenyum riang.

terubuk jantan said...

DATO TIGER,
Terima Kasih kerana sudi menerangkan persamaan dan perbezaan antara jin dan pelesit,perniagaan dan politik dan perkara-perkara yang memerlukan saya satu pengamatan yang kritikal kerana kembimbangan saya sekiranya sampai satu tahap perkara ini menjadi satu kemestiaan dan natijahnya sampai kepada kita. Dato, saya kuat mengatakan serta yakin satu hari nanti akan muncul didalam UMNO seorang pemimpin yang lahir bukan dari pendekatan-pendekatan yang biasa,InsyAllah.Terima Kasih Dato ..

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Allah SWT sedang memerhati kita. Itu yang sesetengah pihak tidak sedar dan tidak mahu faham.

ibrahim yahaya said...

Sdr Razlan,

Sejak dari dulu bangsa Melayu adalah golongan yang setia. Setia kepada Sultan, setia kepada pemimpin dan tentulah taat setia kepada ibu bapa. Namun, adakalanya rakyat menderhaka kepada Sultan seperti cerita Hang Jebat dan Laksamana Bentan. Ada pihak yang mengatakan cerita ini direka-reka untuk memaparkan kejahatan Raja-Raja Melayu. Ia adalah satu penentangan kerana rasa tidak puas hati.

Namun, yang menakutkan ialah apabila orang Melayu bukan saja setia tetapi taksub kepada pemimpin. Ketika itu, mereka sebenarnya sudah buta hati dan tidak mahu melihat lain daripada keindahan dalam diri pemimpin mereka. Jika ia terus berlaku, bangsa Melayu akan runtuh dan hanya dijadikan boneka. Melayu perlu bangun menentang penjajah baru ini seperti mereka membantah Malayan Union yang menyelamatkan bangsa Melayu dan Raja-Raja Melayu.

ibrahim yahaya said...

YM Tunku Malik,

Saya bimbang jadi Presiden PH. Takut-takut nanti ada pula yang buat SD bernilai RM4 yang membuat tuduhan dan fitnah berdasarkan hearsay mengenai saya.

Walaupun tidak betul, sudah tentu mengganggu fikiran saya setiap masa dan ia pasti mengancam kehidupan yang sempurna. Seperti juga tuduhan kepada DS Najib sekarang. Tetapi beliau sudah berpengalaman dan lama dalam politik. Tentu boleh menghadapinya.

Unknown said...

dato'

saya pun tinggal di putra height! suka saya mengajak dato' pekena teh tarik di restoran al jennah sambil bertukar-tukar pendapat

Kamrul