Sunday, June 14, 2009

ULAT PUN PANDAI TERBANG

Semalam makan di sebuah restoran terkenal di OU.

Restoran itu ada cawangan di Bangsar Village, Bangsar, Kuala Lumpur.

Tengah sedap makan caesar salad dengan salmon, isteri ternampak ulat kecil.

Serta-merta berhenti makan dan panggil waiteress untuk tunjukkan ulat itu.

Kemudian datanglah supervisor yang minta maaf atas kejadian itu

Tetapi yang pelik beliau memberitahu ulat itu bukan daripada sayur, cheese atau salmon.

Ulat itu datang daripada pokok-pokok yang ada dekat restoran itu.

Waa.. Ulat pun dah pandai terbang ke?

Jumpa blogawan Ena dan rombongannya di restoran itu.

Tak jumpa ulat ke Ena?.

1 comment:

Rini Anthony-Ketua Penerangan Puteri UMNO Pensiangan / Pegawai Pengembang Koperasi Pensiangan said...

Salam...
agaknya dunia dah semakin moden sangat jadi alasan pun terlebih moden..