Monday, June 22, 2009

PETUGAS RTM BERAKSI DI MIRI

Selama seminggu petugas RTM akan beraksi di Miri, Sarawak dalam sukan Jabatan Penyiaran mulai hari ini.

Semoga semua pihak mengambil bahagian dengan semangat kesukanan yang tinggi di samping berusaha mempereratkan ikatan silaturahim di antara mereka.

Selama ini, petugas RTM hanya melaporkan kegiatan pihak yang bersukan tetapi kali ini mereka pula yang mengambil bahagian dalam sukan.

Sudah pasti segala pengalaman digunakan dengan sebaik mungkin dalam membantu memperkemaskan laporan sukan selain memahami masalah kegiatan sukan di negara ini terutama persatuan sukan.

Seperti dinyatakan oleh TPM, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, peneraju persatuan sukan tidak payahlah 'berpolitik' tetapi berusaha untuk memperbaiki persembahan ahli sukan dalam persatuan mereka.

Eloklah tu, biarlah orang politik saja yang 'berpolitik'.

Tetapi ada juga orang politik yang bergiat cergas dalam persatuan sukan.

Mereka ni boleh ke berpolitik dalam persatuan? Orang politik katakan, mestilah tidak boleh lari daripada 'berpolitik'. Amacam?

7 comments:

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Tapi betul bak kata perpatah “takkan tumpah kuah kalau bukan ke nasi” Itulaa yang berbeza ...

rizal hashim said...

Salam, datuk.

Sejak zaman Tunku Bapa Malaysia, masyarakat sukan kita dinaungi political patronage untuk menggerakkan pembangunan sukan. Tunku, Tun Razak dan Tun Hussein turut memegang jawatan presiden FAM, OCM dan MHF. Tiga tokoh ini membawa mutu kepemimpinan yang tinggi, sambil dibantu pegawai yang ikhlas dan berminat dalam sukan.

Juga ramai pemegang jawatan dalam persatuan sukan berlatarbelakangkan civil service, antaranya Tan Sri Jamil Rais, bekas secgen Kementerian kewangan dan seterusnya Ketua Setiausaha Negara, maka banyak kerenah birokrasi membabitkan penyertaan luar negara atau masalah kewangan diselesaikan di peringkat tertinggi. Itu zaman yang saya suka rujuk sebagai short on cash, long on integrity!

Bercakap mengenai pembangunan sukan di peringkat negeri, nampaknya kita tidak dapat lari daripada hakikat negeri masih bergantung harap kepada pemimpin politik, terutama Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Kita masih perlukan political will from political masters untuk menghidupkan program kita.

Kalau orang macam saya nak pegang jawatan, kucing bertanduk lah!

Datuk, kenapa ada live netball tapi tak de live Junior World Cup hockey?

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Bro
Politik di negara kita byk yg memudaratkan minda.Sukan sudah pasti menyihatkan segala2nya.

rafabenitez_subang said...

rugi tak dapat pegi miri...nama dah ada tapi takde rezeki nak sampai sana.......

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

politik paling asas bermula dalam keluarga. ada ayah, ibu dan anak. ayah sebagai presiden. kalau ayah kaki judi dan tak betul, maka anak2 akan jadi rakyat tidak baik...

sama dengan apa yang berlaku sekarang

dan menurut ibnu khaldum, pemikir politik islan tersohor- politik bermula dari rumah dan rumah sebenarnya melambangkan politik negara itu...kalau di rumah sudah rosak maka negara akan rosak...

setuju datuk?

Z-MAY said...

salam datuk,

nak tegur sikit fasal H1N1 (kenapa RTM sekarang sebut H satu N satu?) khabarnya atas arahan. arahan siapakah itu?

yang sebetulnya adalah H one N one. sebab nama khas dari perkataan Inggeris.

begitu juga formula satu. sebenarnya formula one. asal dari perkataan Inggeris kenapa dimelayukan?

sepatutnya perlu diperbetulkan semula.

sekadar teguran.

junkopile said...

assalamualaikum tok tiger

xda salahnya kalau kalau ahli politik nak bersukan cuma kepentingan politik sukan tu harus diutamakan dan jangan sampai terbawa bawa budaya politik

...politik sukan bagus dengan strategi dan perancangan tetapi sukan berpolitik yang harus dielakkan keranan menggunakan sukan utk berpolitik