Oleh Nizam Yatim.
KUALA LUMPUR : KELMARIN Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) dalam satu sidang akhbar meluahkan kekesalan berikutan sikap Pejabat Peguam Negara yang belum membuat pengesahan terhadap laporan tuntutan kerugian pihaknya akibat perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 tahun lalu.
Menurut Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah, laporan setebal 365 muka surat itu adalah tuntutan kerugian sebanyak RM817,205 daripada 317 peniaga di sekitar Kompleks Pertama, Kuala Lumpur yang mengalami kerugian akibat demonstrasi haram pada 9 Julai 2011.
"Apa yang mengecewakan, sehingga kini Peguam Negara tidak memberi sebarang maklum balas. Oleh kerana tiada tindakan undang- undang, kini Bersih 3.0 muncul dan semakin berani mengganas sehingga meninggalkan impak kepada banyak pihak termasuk peniaga," katanya.
Dalam demonstrasi terbaru itu, jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung 486 peniaga di Kompleks Pertama dianggarkan melebihi RM1 juta.
Apa yang diluahkan oleh Mohd. Ridzuan adalah sebahagian daripada rintihan suara majoriti rakyat yang tertanya-tanya kenapa kerajaan masih berlembut dengan 'dalang' dan peserta perhimpunan haram berkenaan yang telah bermula dengan Bersih 1.0 pada 2007.
Yang kedengaran selama ini hanyalah ungkapan yang sudah kerap kali disebut seperti "kertas siasatan akan dibuka" dan "tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang" sedangkan tiada sebarang tindakan diambil terhadap ribuan laporan polis yang dibuat oleh pencinta kedamaian.
Mengikut laporan media massa, pada perhimpunan Bersih 1.0, dua penggeraknya iaitu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua hanya ditangkap seketika dan kemudiannya dibebaskan.
Ketika Bersih 2.0 pula, daripada 235 orang yang ditahan sebanyak 29 telah didakwa di mahkamah. Malangnya hukuman yang dikenakan pihak mahkamah sangat ringan dan daripada senarai yang didakwa, tidak kelihatan pun nama Pengerusi perhimpunan itu, Datuk S. Ambiga.
Dalam pada itu, kekecewaan Mohd. Ridzuan itu sudah pasti dirasai seorang pembaca Utusan Malaysia yang pernah menghantar e-mel panjang lebar membantah layanan baik yang diberikan polis kepada peserta Bersih 2.0 yang ditahan pada tahun lalu.
Macam menonton filem yang diulang tayang, dia sudah pasti merasa mual melihat peserta demonstrasi yang tidak menunjukkan sebarang perasaan bersalah, sekali lagi diberi makan dan 'tempat berehat' yang selesa siap dengan kemudahan untuk bersolat.
Dengan berlangsungnya Bersih 3.0 pada Sabtu lalu, jelas kelihatan pihak penganjur semakin berani. Ini kerana mereka tahu kerajaan tidak berani bertindak tegas, ketidak berkesanan laporan polis dan keengganan mahkamah mengenakan hukuman berat.
Jika tidak kenapa Ambiga, bekas Presiden Majlis Peguam yang begitu arif soal undang- undang begitu berani bertindak melanggar perintah mahkamah yang melarang aktiviti diadakan di sekitar Dataran Merdeka?
Dua perhimpunan sebelum ini tidak kedengaran kejadian anggota keselamatan dipukul, tetapi kini seramai 11 anggota polis telah dicederakan dan empat kenderaan polis turut dirosakkan.
Ini belum dikira kata-kata cacian yang dihamburkan kepada anggota keselamatan yang bertanggungjawab menjaga keamanan.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak yang diminta mengulas perkara itu berkata, sudah sampai masanya tindakan tegas diambil terhadap pihak penganjur yang motif mereka sangat jelas sekali bukan untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tetapi lebih kepada agenda politik tersendiri.
Beliau berkata, perhimpunan haram Bersih 3.0 hanyalah helah pihak pembangkang untuk mewujudkan momentum keraguan rakyat terhadap kekuatan pemerintah hari ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
"Mereka percaya dengan mengadakan demonstrasi atau perhimpunan jalanan, ia mampu mewujudkan satu keadaan yang boleh menggugat keyakinan orang ramai terhadap kerajaan serta pihak polis," katanya.
Mohamed Mustafa berkata, pembangkang terdesak melakukan perkara tersebut bagi mengalih pandangan rakyat terhadap setiap kelemahan mereka.
Tambahnya, penganjuran perhimpunan haram jalanan itu juga dilihat satu taktik dan helah untuk menunjukkan kehebatan serta kelantangan mereka membantah kerajaan.
Mengulas isu sama, pemerhati politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling yang mahu tindakan undang-undang dikenakan berkata, Ambiga sebenarnya dilihat tidak 'bersih' dalam perjuangan itu kerana terlibat dalam konspirasi politik dengan pembangkang.
Beliau berkata, penganjuran perhimpunan haram Bersih 3.0 itu membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang hanya memperalatkan Ambiga.
"Apa yang penting mereka memang hendak berhimpun bagi menunjukkan kebolehan mengumpul ramai penyokong dan menggugat kerajaan serta menarik perhatian dunia.
"Kumpulan ini juga akan menggunakan taktik kekerasan dan keganasan bagi mencapai cita-cita untuk berkuasa," katanya.
Pemerhati politik, Che Hamdan Mohamed Razali pula mahu penganjur dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 kerana gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan di bawah akta berkenaan.
Beliau berkata, antara garis panduan yang telah dilanggar adalah perlakuan ganas, merempuh sekatan polis serta membawa anak kecil di bawah umur 15 tahun.
"Dari segi mengumpulkan orang untuk berhimpun memang Ambiga serta pemimpin pembangkang lain telah berjaya tetapi beliau selaku Pengerusi Bersama NGO itu gagal untuk mengawal para pesertanya supaya berkelakuan baik dan sopan.
"Tindakan membawa kanak-kanak ke perhimpunan tersebut juga secara tidak langsung memberi isyarat bahawa tidak salah menentang pihak berkuasa," katanya yang juga pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu.
Rentetan daripada apa yang berlaku Sabtu lalu, membuatkan kita bimbang Peristiwa 13 Mei 1969 mungkin akan berulang jika pihak berkuasa masih tidak berani bertindak tegas.
Tragedi hitam itu boleh berlaku jika pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang inginkan keamanan dan kesejahteraan sudah tidak dapat membendung kesabaran dan bertindak.
Jika ini berlaku, hanya negara yang rugi. Oleh itu, kerajaan perlu bertindak tegas dan jangan takut kalah dalam pilihan raya.
Kita yakin majoriti pengundi senyap akan terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRU-13 kerana paling utama bagi mereka adalah sebuah negara yang aman dan kerajaan yang kuat.

No comments:
Post a Comment