Friday, March 30, 2007

JADI PENJAMIN BAWA MALAPETAKA?

Sekarang ni, jika ada orang suruh saya jadi penjamin, saya kata tidak boleh. saya kata sudah disenaraihitamkan atau blacklist. sebab jadi penjamin sekarang boleh mendatangkan malapetaka. tidak kira saudara atau kawan. ada masa kawan makan kawan.

Ketika mereka hendak kita jadi penjamin, macam-macam perkataan manis diberikan untuk memujuk kita. setelah kita menjadi penjamin, maka apabila berlakunya "ketidakupayaan" membayar hutang, yang menjadi mangsa ialah penjamin.

Bank kini amat sensitif, jika lambat bayar sikit, mereka akan hantar surat amaran kepada penjamin. apatah lagi jika kita tidak bayar langsung. mereka akan kejar penjamin. saya juga ada penjamin dan sentiasa memastikan nama baik penjamin dijaga. pernah dulu-dulu penjamin tanya sama ada saya bayar tak pinjaman kerana beliau dapat surat daripada bank. saya kata kena bayar...mesti jaga nama baik member.

Banyak cerita di mana penjamin kena bayar hutang orang yang dijamin. ada penjamin yang tidak mahu membayar hutang orang yang dijamin, maka nama mereka akan disenaraihitamkan. maka penjamin itu, tidak boleh membuat pinjaman lain kerana nama sudah "naik" di agensi tertentu seperti [ CTOS ].

Berhati-hatilah ketika menerima "tetamu" yang memujuk untuk meminta kita menjadi penjamin. saya rasa elok kita mempunyai koleterol (bukan kolesterol) dengan orang dijamin supaya jika mereka tidak boleh membayar balik hutang, kita boleh mengambil barang atau geran tanah yang dijadikan koleterol dengan kita.

2 comments:

Kimizo said...

kalau jadi penjamin utk orang sambung belajar camne plak yer

Anonymous said...

Hey guys. do you all ever heard BASISNET before? It is doing credit reporting agency and I found the website at www.basisnet.com.my