Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT TAHUN BARU

Apa yang anda mahu berlaku pada tahun hadapan?

Tidak payahlah sebut azam baru.

Azam yang lama pun tidak tercapai....bagi sesetengah orang termasuk saya.

Hanya yang rasional saja.

11 comments:

Ahmad Saabun said...

Kalau boleh ku putar waktu
Kembali sebelas tahun lalu
Mungkin negeri ku tidak bercelaru
Semua teratur semua bersatu
Anwar nombor dua mahathir nombor satu
Kan elok begitu…

Selamat Tahun Baru

Anonymous said...

Salam Dato
Saya menyedari peranan dato sebagai perunding media dan ada pengaruh d RTM.Saya membesar melalui RTM dan sentiasa ada rangsangan (passion) kepada RTM. Namun saya mengharapkan Dato agar menasihati RTM berubah dan RELEVAN kepada kumpulan sasarannya. Saya tidak mengharapkan agar RTM menyaingi stesen televisyen swasta kerana RTM di kawal kementerian penerangan manakala stesen swasta oleh SKMM.

Saya menyedari beberapa perubahan yang akan di buat oleh pihak pengurusan atas (kementerian)yang tidak akan membantu RTM dan juga melemahkan semngat para tenaga dan kakitanganya. Antaranya:

a. Ketua Pengarah yg ada sekarang akan di turunkan pangkat bagi membolehkan sesaorg yg tiada pengalaman mengisi tempat itu.

b. TKPP Dato Adilah akan di sejukbekukan di IPTAR.

c. Perubahan TV1 dan TV2 tidak menyeluruh dan tidak mampu untuk RTM bersaing dgn stesen swasta. Bukalah satu rangkaian lagi.

d. Unit penerbitan TV tidak menepati kehendak semasa. Pn. Rokiah Norma dah sepatutnya pencen.

Mengharapkan Dato memberi pandangan kerana ketika ini,moral dan semangat kakitangan RTM rendah dan tidak bermaya atas tindak tanduk individu yg mempunyai kuasa dan pengaruh.

Alahai RTM, kaya dengan bahan tapi lesu dan tidak mampu memperkayakanya.

Ikhlas

Syahbandar68@yahoo.com.my

Anonymous said...

Salam tok tiger,

Salam Maal Hijrah & selamat Tahun Baru...Wallahualam

azienmat said...

Aku berazam menjadi jutawan pada tahun baru ini.. supaya dapat bersara awal, dapatlah meneroka sudut-sudut kehidupan yang lain.

Pemuda Pelapis said...

Salam DIY,

Salam Ma'al Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009. Azam baru wajar ditekadkan meski pun azam lama masih tidak kesampaian. Mungkin azam yang tidak tercapai itu mampu direalisasikan pada tahun baru ini siapa yang tahu?

Yang lama terus berlalu,
Yang baru kian mendatang,
Kalau dulu bersikap ikut selalu,
Tahun baru kenalah lebih lantang.

Sekian, wassalam!

PEMUDA PELAPIS - PEWARIS PERJUANGAN BANGSA

. said...

Selamat Tahun Baru 2009. Semoga terus sukses. Hidup begitulah, mesti ada peningkatan. Kan? Kan? Kan?

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Tok rimau,

FOR AULD LANG SYNE

Fauziah Ismail said...

Salam Datuk
Peace in our hearts and on earth.
Selamat Menyambut Awal Muharram and Happy New Year.

awi.prt8 said...

Salam Dato`
Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah dan 2009 Masihi.

Anonymous said...

Salam Datuk...
Sedar tak sedar, kita ni semakin hari semakin bertambah umur. 2008 dah pun meninggalkan kita. Kini berada di ambang 2009. Masih banyak azam-azam yang lepas yang belum tercapai. Inilah masanya untuk kita bermuhasabah diri. Apa yang tak baik diperbaiki dan apa yang baik ditambah lagi...

rayliew said...

Selamat Tahun Baru 2009... Semoga tahun 2009 membawa berkat kepada kita semua... sama-samalah kita mengharungi cabaran krisis ekonomi dunia... sepertimana yang kita berjaya atasi pada tahun 1997...