Friday, June 26, 2009

MICHAEL JACKSON DAN SENAM SENI

Raja pop, Michael Jackson sudah meninggalkan kita. Secara langsung lagenda hiburan itu meninggalkan banyak perkara termasuk kisah kontroversialnya dan alam kehidupan perkahwinan termasuk berkahwin dengan anak Elvis Presley.

Antara rencah kehidupannya ialah ada yang mengatakan beliau menganut agama Islam. Malah ada laporan yang menyebut beliau mati dalam Islam.

Apapun, salah satu tarian yang tidak dilupakan ialah tarian moonwalk. Saya pernah cuba dan boleh dikirakan 'boleh tahan' juga. Nasib baik tidak jatuh telentang ke belakang. Sekadar mencuba, apa salahnya.

Pagi esok, sempena pelancaran logo 1Malaysia oleh PM di Dataran Merdeka, akan diadakan senam seni - bersenam mengikut rentak lagu Malaysia.

Majlis pelancaran yang turut dihadiri oleh TPM dan Menteri Kabinet akan membolehkan semua peserta bersenam dan ia pasti akan menggerakkan otot dan minda mereka. Badan yang sihat membolehkan minda berfikir secara waras.

Bagi mereka yang ingin mencuba 'moonwalk' bolehlah melakukan selepas senam seni yang menampilkan pelbagai lagu Malaysia termasuk zapin dan lagu Orang Asli atau Orang Kita.

RTM akan menyiarkan siaran langsung Majlis Pelancaran Logo 1Malaysia.

Selamat bersenam.

5 comments:

Real Woman said...

Sedih. Itu saja yg mampu diucap bila mengenang kembali waktu membesar dikelilingi lagu2 raja pop itu. Sedih kerana MJ pergi dalam keadaan hidup yg sengsara dan bankrup. Bila terdengar lagu Heal The World tadi tak disangka air mata tiba2 bergenang. To me there will never be another MJ, there will never be another King of Pop.

ryann said...

wahh...boss terror moonwalking

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Saya amat berbangga melihat perubahan yang berlaku dalam RTM sejak kebelakangan ini. Dengan penampilan yang lebih informasi bagi siaran TV1 dan Ceria di TV2. Saya mengesyorkan agar RTM menambah program berbentuk dokumentari di TV1 yang berkaitan dengan kisah sejarah Malaysia. Semoga RTM terus maju ke hadapan.

Manek Urai said...

Assalamualaikum tuk.. sila ke blog manekurai2009 utk pkembangan tkini PRK Manek urai. terima kasih..

呉 和豪 said...

ARKIB : 30/06/2009
Perkenal Senam Seni Malaysia
TAHNIAH saya ucapkan kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan serta pihak yang terlibat menjayakan pelancaran Logo
1Malaysia yang diadakan di Dataran Merdeka pada 27 Jun 2009.
Sebagai Ahli Jawatankuasa Kampung Kassipilai saya berasa sangat bangga
dan gembira mengetuai rombongan yang terdiri daripada penghuni Kampung
Kassipilai untuk mengambil bahagian dalam senam seni beramai-ramai.
Program ini telah memberikan kenangan yang mendalam kepada penghuni
Kampung Kassipilai.
Dua daripada anggota kampung telah dijemput untuk menyertai perarakan
mengusung Logo Raksaksa 1Malaysia ke atas pentas, bersama-sama peserta
lain yang terdiri daripada pelbagai kaum Malaysia.
Bagi kami kejayaan ini memberikan beberapa mesej yang sangat penting.
Melalui Senam Seni Malaysia kami mengetahui dengan lebih mendalam
pengertian 1Malaysia.
Seperti yang dikatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, peserta yang
memakai baju merah, biru, kuning dan putih yang menari serentak itu
adalah seumpama pelbagai kaum yang mempunyai matlamat dan wawasan yang
sama.
Senam Seni Malaysia beramai-ramai bukanlah sekadar hiburan dan
persembahan tetapi juga satu cara untuk membantu membina badan yang
kuat dan sihat.
Pihak penganjur juga sangat prihatin dengan memberikan setiap peserta
sebiji epal.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib yang mengilhamkan Konsep 1Malaysia. Syabas
juga kami ucapkan kepada Datuk Seri Rais Yatim dan rakan-rakannya yang
menjayakan program ini.
Saya harap program ini akan terus diadakan di seluruh pelosok negara.
Tay Lai Feng
KAMPUNG KASSIPILAI
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0630&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm&arc=hive