Tuesday, December 29, 2009

AKU TIDAK PEDULI LAGI



Pagi ini, isteri bercerita mengenai kisah seorang wanita.

Selepas kematian suaminya, barulah beliau sedar bahawa ada 'orang kedua' selain beliau.

Ertinya, suami beliau ada isteri seorang lagi.

Sejak mengetahuinya, hidup beliau dikatakan tidak menentu. Semuanya tidak kena.

Beliau amat kecewa kerana merasakan dirinya ditipu. Ditipu oleh suami sendiri.

Sejak berkahwin, segala jiwa raganya diserahkan kepada 'sang suami'. Tidak berbelah-bahagi.

Tapi kini, semua hancur lebur.

Tiada lagi kasih sayang. Hancur.

Kubur suami dibiarkan berumput dan tidak dijaga.

Anak yang ingin membuat semua majlis doa selamat tidak dipedulikan.

Buatlah, aku tidak masuk campur. Aku kecewa. Ditipu.

Bagaimana perasaan anda?

6 comments:

Yb Raz said...

adeh benda inipun nak runsing. orangpun dah arwah, buat apa lagi nak berdendam. hidup bukan setakat didunia malah hubungan suami isteri boleh dibawa hingga akhirat.

kalau marah sangat suami kawin lain, nanti di syurga suami dpat juga dapat layanan bidadari. Time tu masih nak marah mengamuk lagi ke?

hehehe perempuan perempuan..

awangsulungmerahmenyala said...

salam sejahtera,

barang yang lepas jangan dikenang.adakah arwah si suami mengabaikan segala tanggungjawabnya semasa hayatnya bersama isteri pertama?nampak seperti semuanya dalam keadaan baik.
si isteri mengetahui rahsia selepas kematian si suami dan mengapa harus pula nak berasa kecewa sehingga mengabaikan tugas sebagai seorang ibu.

isteri yang soleh ialah isteri yang taat dan patuh terhadap suami,jikalau tidak mahu berdoa dan menjaga kubur arwah suami jagalah anak itu dengan sebaiknya supaya tidak merampas suami orang atau melukakan hati si isteri sebagaimana dia merasakan di dalam cerita itu.

kalau itu untuk kepuasan hati si isteri.ah...orang perempuan ini suka bermain dengan emosi.hati lelaki tidak pernah mahu dimengertikan.

Anonymous said...

Bagus Dato! RTM tak terjaga ...alih perhatian orang...

Iksan said...

Kenapa nak panjangkan 'perkara' yang dah lepas dan tidak mungkin boleh diubah kerana 'pesalah' yang melakukannya dah tak der kat dunia ni...seorang isteri yg bersabar dgn perlakuan si suami besar ganjarannya di akhirat...mungkin pengorbanan yg dilakukan ini akan memberi kelebihan yg tiada tolok bandingnya di akhirat kelak..insyAllah..

Anonymous said...

Jahat macam mana pun orang tu dah meninggal. Buat apa nak dikenang?

Cuma doakan jelah kesejahteraan dia "disana"..

Erm,RTM apa khabar dato'?

Dakwaan semua ok?hahah..

jangan dok citer pasal orang jer..bawak2 la jenguk masjid.. kubur pn dah panggil..

Selamat Tahun baru 2010

Anonymous said...

who cares?kalau aku jadi perempuan tu, aku rasa aku akan melakukan perkara yg sama.