Wednesday, December 2, 2009

BELAJARLAH BAHASA AL-QURAN

JEDDAH, Arab Saudi : Saya amat menghormati bangsa Melayu yang boleh berbahasa Arab. Pengalaman tahun ini membolehkan saya mendekati dua individu yang boleh berbahasa Arab. Di tanah Arab ia satu kelebihan yang amat sangat terutama ketika berurusan dengan orang Arab atau jemaah lain yang boleh berbahasa Arab.

Pertama ialah Sdr Abdul Rahim Abdullah yang fasih berbahasa Arab. Macam air. Apakan tidaknya, beliau dibesarkan dan bersekolah di Mekah. Kemudian, beliau melanjutkan pelajar ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Sebagai perunding program televisyen, amatlah mudah beliau berinteraksi dengan pegawai kerajaan di sini terutama ketika ingin mendapatkan khidmat dan bantuan mereka.

Malah dalam sidang media yang diadakan oleh Timbalan Perdana Menteri Kedua Arab Saudi, Putera Naif Abdul Aziz, baru-baru ini, beliau dipilih untuk bertanyakan soalan kerana mampu bertutur bahasa Arab. Soalannya itu menggerakkan hati Putera Naif memuji Malaysia yang mampu menguruskan hajinya dengan baik. Malah Putera Naif meminta agar negara lain mencontohi Malaysia.

Seorang lagi ialah Haji Ahmad Che Leh yang dikenali ketika membawa saya menaiki motosikal untuk meninjau jemaah haji di Malaysia dan ketika mencari pembekal 'kegiatan mengepol' atau gudang garam di sekitar maktab Indonesia.

Beliau mengambil upah membawa jemaah haji yang memerlukan kenderaan untuk pergi ke sesuatu tempat. Upahnya adalah antara 100 hingga 200 riyal untuk 'satu perjalanan' yang mungkin hanya 500 meter saja. Tidak mengapa 'duit terbang' semata-mata untuk mendapat sedikit keselesaan atau badan sudah tidak 'larat' lagi.
Bayangkan upah yang banyak itu berbanding hanya 50 riyal untuk pergi dari Mina ke Mekah iaitu kira-kira 5 kilometer. Jika motosikal itu boleh dinaiki tiga orang maka, tambangnya sudah turun menjadi 25 riyal saja. Selain itu, ada juga perkhidmatan 'wheelchair' atau kerusi beroda bagi yang sudah 'keletihan' berjalan. Perkhidmatan itu disediakan di Mina dan Mekah oleh golongan remaja.

Berbalik kepada Haji Ahmad, beliau dibesarkan di Mekah dan kini sudah berkahwin dengan 'orang Arab'. Ironinya ibu mentuanya ialah orang Kelantan. Maka tidak hairanlah pelat Kelantan ketika bercakap Melayu dengan saya.

Selamat berbahasa Arab. Syukran (terima kasih).

2 comments:

Abu Ammar Al Madini said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

انما الاعمال بالنيات وانما لكل امرىْ مانوى فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها او امرئة ينكحها فهجرته الى ماهاجر اليه

سيا بنجا كرانا الله كورنياكن ساي بهاسا القراءن تيتافي سيا راسا برت تنجونج جاوبنيا كفدا امتنيا

موجا دي رحمتي دان دي بركتي الله

عبدالرحيم بن عبدالله المدني

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Selamat kembali.

Bukan kena sabar ketika nak balik aje. Dah sampai kat malaysia pun kena banayak sabar terutama dalam membuat komen ISU politik.

Saya cukup terkesan artikal-artikal Dato' ketika perjalanan HAJI dan berharap artikal begini mengisi ruang BLOG Dato' selepas ini.

Semoga ALLAH menganugerahkan HAJI MABRUR kepada Dato'


.... ex MHS Cadet Corp..