Monday, December 21, 2009

LIMA INSENTIF INDUSTRI PELANCONGAN

ANGKASAPURI, Kuala Lumpur : Lima insentif baru bagi memperkasa industri pelancongan kesihatan diumumkan hari ini.

Ia bertujuan memastikan pertumbuhan pesat industri itu menjelang 2010 dan tahun seterusnya. Insentif termasuk pengecualian cukai seratus peratus terhadap perbelanjaan modal yang layak bagi tempoh 5 tahun pembinaan hospital baru atau ubahsuai hospital sedia ada.

Kementerian kesihatan, Majlis kesihatan dan Persatuan Hospital Swasta akan membuat kajian semula peraturan serta panduan pengiklanan.

Ia bagi menyesuaikannya dengan peranan hospital swasta kini yang mempromosikan pelancongan kesihatan.

Perbelanjaan bagi hospital swasta untuk mendapatkan penarafan tempatan mahupun antarabangsa juga akan mendapat potongan insentif dua kali ganda dibawah akta cukai pendapatan 1967.

Pakar tempatan atau luar negara terus digalak untuk kembali berkhidmat di hospital tempatan.

Pasangan pakar perubatan yang bukan rakyat Malaysia secara automatik ditawar pekerjaan jika berdaftar dengan badan profesional bersesuaian.

Tiga langkah tambahan turut disediakan bagi memastikan ketibaan, penginapan dan pelepasan pelancong kesihatan berjalan lancar.

Ini termasuk pengeluaran permit releven dari badan perlesenan kenderaan komersial, CVLB bagi membolehkan kenderaan hospital untuk membawa pesakit dari lapangan terbang dan hospital atau hotel.

Pesakit asing yang memasukki Malaysia bagi rawatan kesihatan kecemasan melalui visa-on-arrival dibenar menukar status kepada pas lawatan sosial.

Kelulusan tempoh lanjutan penginapan bagi pelancong kesihatan di peringkat kebangsaan turut dipercepat.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada pelancaran majlis pelancongan kesihatan Malaysia di ibu negara hari ini.

(Renungan Rimau : Adalah lebih murah rakyat Indonesia (yang berduit) mendapatkan perkhidmatan kesihatan berbayar di Malaysia berbanding di Jakarta. Satu lagi, sekarang pun hospital awam turut dipenuhi oleh 'rakyat luar' dari pelbagai negara yang sudah tentu membabitkan perbelanjaan kerajaan yang tinggi.)

2 comments:

Unknown said...

DIY,
idea memang baik, cuma jangan sampai nasib pesakit domestik "di secondclasskan". pengalaman saya di sebuah hospital swasta di melaka memang terasa bila "pelancong pesakit" juragan indonesia seringkali diutamakan. Bahkan pesakit dari kota singa mendapat layanan VIP kerana nilai dollarnya.
akhir-akhirnya pesakit domestik hanya mampu bermaustatin di GH sahaja kerana bukan sahaja tak mampu malahan juga merajuk.
peniaga di malaysia memang terkenal dengan sikap double standard bila melayan "kera di hutan" berbanding "anak di rumah", misalnya JB, taraf hidup kota JB meningkat berganda kerana dispoiltkan oleh pelancong singapura. di JB nasi campurpun paling murah RM6, di KL pun masih dapat lagi RM3.50. bayangkan betapa peritnya warga JB mengharung survival akibat dari sikap tamak peniaga-peniaga di JB
pemerintah jangalah terlalu ghairahkan meraikan pengunjung semata-mata, perlu ada garis panduan dan pelan bersepadu untuk survival domestik

bRAVEhEART said...

Salam tuan, mohon link-kan blog saya dari blog tuan dan saya akan lakukan perkara sama dari blog saya untuk tuan, terima kasih ~ bRAVEhEART