Tuesday, August 3, 2010

AMAT MALU DAN MENGECEWAKAN

SHAH ALAM 2 Ogos - Kerajaan Negeri Selangor akan menghadap Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bagi memohon maaf terhadap insiden memalukan yang berlaku ketika baginda hadir merasmikan acara Festival Lagu-Lagu Islamik Antarabangsa 4 Julai lalu.

Menurut laporan akhbar The Malay Mail hari ini, antara insiden memalukan itu termasuk kegagalan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menjemput ketibaan Seri Paduka pada acara tersebut.

Selain itu, hanya kira-kira 200 pengunjung hadir pada festival yang diadakan di Stadium Tertutup Melawati yang mampu memuatkan 5,000 orang penonton itu.

Lebih memburukkan keadaan apabila kerajaan negeri turut gagal memaklumkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kehadiran Raja Permaisuri Agong ke acara tersebut.

Pengurus Besar Pelancongan Selangor, Noorul Ashikin Mohd. Din berkata, kerajaan negeri sedang menunggu pihak istana bagi memaklumkan tarikh untuk pihaknya menghadap Seri Paduka bagi menjelaskan perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya yang diketuai Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong akan menghadap Tuanku Nur Zahirah nanti.

Noorul Ashikin berkata, pihaknya tidak dapat bertemu dengan baginda lebih awal memandangkan jadual ketat Raja Permaisuri Agong sebelum ini.

Dalam pada itu, Exco Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, Abdul Khalid sebelum ini telah mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor ekoran insiden tersebut.

Katanya, kerajaan negeri telah membincangkan perkara tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu.


(Renungan Rimau : Sahabat memberitahu DIY hanya lebih kurang 100 orang datang dan beliau dalam rombongan Permaisuri Agong amat kecewa dengan keadaan sedemikian. Apalah kamu labu...hormatilah sikit.)

3 comments:

Anonymous said...

JANGAN DIBENARKAN SAMA SEKALI ELIZABETH WONG MENEMUI DYMM PERMAISURI AGONG DAN DYMM SUTAN SELANGOR.

TIDAK LAYAK SAMA SEKALI

PEREMPUAN MURAHAN .....! LOW CLASS.

NANTI GAMBAR2 PERTEMUAN TERSEBUT AKAN DIEKPLOTASI / DIGUNAKAN PADA TEMPAT YANG KOTOR !

Daulah-alWatan said...

Perkara ini tidak menghairankan kerana sememangnya matlamat Gerombolan Pakatan Pembangkan ingin menghapuskan semangat Perlembagaan Malaysia. Yang tragisnya ialah peranan cauvinis DAP di belakang pentas tetapi pelakon utama adalah wajah-wajah Melayu!

LIMAUDONG said...

Salam DIY

No points for them to seek audience with our King to explain the Protocol Errors.
To hell with them !!!!!!