Saturday, August 14, 2010

SULTAN AZLAN SHAH BIMBANG

IPOH 13 Ogos – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah (gambar) menzahirkan kebimbangan baginda dengan sikap sebahagian daripada generasi baru yang semakin jauh fahamannya dengan salasilah dan asal-usul sejarah tanah air walaupun negara kini di ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-53.
Ini kerana titah Sultan Azlan Shah, kebelakangan ini telah terdengar suara-suara tuntutan yang sangat bercanggah dan bertentangan dengan semangat penyatuan warga di negara ini sebagai sebuah negara bangsa merdeka lagi berdaulat.

Dalam titah baginda sempena Mesyuarat Dewan Negara Perak Ke-147 yang diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam, baginda turut mengingatkan, Malaysia telah memilih sistem berkerajaan berteraskan prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

‘‘Sistem tersebut dicapai berdasarkan formula persepakatan di antara istana dan rakyat; masing-masing ada peranan tertentu terutama dalam suasana yang genting dan kritikal.
‘‘Ia memberi satu perimbangan peranan dan perimbangan kuasa demi menjamin kesejahteraan warga dan kestabilan negara,” titah baginda.

Malah titah baginda, kemuliaan institusi raja perlu didokong secara bersama dan peranan itu harus dilaksanakan dengan bijak oleh Raja Bergelar, Orang Besar dan Ahli-Ahli Dewan Negara Perak dalam menjaga nama baik dan imej institusi raja agar tidak tercemar.- UTUSAN.

(Renungan Rimau : Ampun Tuanku, patek amat bersetuju dengan titah Tuanku. Orang yang minta macam-macam itu perlu melihat cermin. Orang itu juga perlu membaca banyak buku sejarah negara ini agar beliau tahu di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Jangan bertilamkan duit tetapi maki semua orang termasuk mempertikaikan dasar kerajaan yang kononnya berat sebelah. Piirraah.)

3 comments:

Anonymous said...

harap si Nizar dapat medalami apa yg dititahkn oleh Tuanku tu...jgn dok menyalak mcm org gila

Anonymous said...

Sejarah adalah kisah lampau yang boleh dijadikan pedoman untuk generasi akan datang.Hari ini adalah hari ini dan akan menjadi sejarah pada masa depan.Jadi bagi pihak kerajaan bertindaklah bagi sesiapa yang mempertikai perlembagaan.Tidak perlu takut kerana semuanya adalah perlembagaan yang merupakan tiang negara.Jangan sampai dah hancur baru mahu bertindak kerana kehancuran yang terjadi akan menjadi sejarah dan akan dicaci maki oleh generasi akan datang. -ASP-Z-

Bingai @ Bangang said...

Menjunjung titah. IsyaAllah kami akan terus berjuang mempertahankan institusi Raja-Raja.

YB = Yang Bingai @ Bangang
Menantu Hantu di Tendang Terajang