Monday, August 16, 2010

TAHNIAH SPRM. TERUSKAN USAHA MURNI

PUTRAJAYA 15 Ogos – Di saat rakyat Malaysia memandang jijik perlakuan rasuah, namun sebahagiannya dilihat cuba memperlekehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mengemukakan aduan ‘sampah’ iaitu tidak disertakan dengan maklumat berasas.

Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kira-kira separuh iaitu 3,293 daripada 6,793 aduan yang diterima SPRM boleh dikategorikan sebagai aduan ‘sampah’.

Ini bermakna, 48.5 peratus daripada laporan yang diterima SPRM pada tahun ini terpaksa ‘diketepikan’ kerana pelbagai faktor termasuk mengandungi maklumat palsu, tidak berasas dan tidak lengkap.

Cuma 3,500 daripada keseluruhan aduan itu adalah berasas dan benar-benar mempunyai unsur rasuah. Daripada jumlah itu, SPRM telah membuka 675 kertas siasatan manakala selebihnya masih dalam peringkat analisis.

Timbul persoalan mungkinkah ia disengajakan atas kepentingan tertentu atau pengadu benar-benar ikhlas mahukan rasuah yang diketahuinya dibanteras? - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Kena tabik usaha yang dilakukan oleh SPRM bagi membanteras rasuah. Bukan mudah untuk 'menangkap' seseorang kerana sebelum individu itu mahu 'melakukannya' sudah pasti mereka sudah membuat perancangan terperinci. Dalam ertikata lain 'tidak meninggalkan kesan' dan kelihatan bersih. Oleh itu, jika ada pengadu yang tahu dengan sesuatu kegiatan kotor itu pasti sukar untuk dibuktikan di mahkamah jika 'semuanya kelihatan bersih' atau 'mengikut buku'. Dalam pada itu, mereka yang suka menghantar aduan kepada SPR perlulah membuat penyelidikan lagi untuk menyakinkan pihak berkuasa bahawa ada perkara yang tidak betul dalam sesuatu organisasi tertentu. Tahniah sekali lagi kepada SPRM.)

2 comments:

Anonymous said...

Salam,
Mana bolih percaya di Malaysia ni.. ............mana tahu orang SPRm pun ada yang rasuah. tegok aja kes Dato'saidin Tamby. Selangor

adila said...

Salam DIY,

Masalah imej SPRM skrg ni dah jatuh merudum di mata masyarakat kerana nampak sangat tidak bebas dan terikat. Ni la yang dikatakan sebagai lebai malang..dulu masa jadi BSN atau BPR kata tak boleh nak buat kerja sebab kuasa kecik..tapi bila jadi suruhanjaya pun sama jugak..tukar kulit jer..elok-eloklah timbangkan supaya SPRM diletakkan di bawah parlimen..tapi bahaya jugak..nanti jerung-jerung dan kroni-kroni tak boleh cari kekayaan pulak. Datuk pun makan suapkan? Ye la..takkan makan cara sedut ke sondol ke..jangan marah aa!!