Thursday, November 4, 2010

SIAPA PILIHAN PENGUNDI HARI INI?

Posting Keenam - 8.55 malam

Pengumuman di Dewan Sivik Gua Musang, Kelantan. Pengumuman secara rasmi dalam siaran langsung TV1. Abdul Aziz Yusof (BN)....5,324 undi dan Dr Zulkifli Mohamad (PAS)....4,134 undi. Majoriti........1,190 undi ( diumumkan 8.54 malam)

Posting Kelima - 8.37 malam

BN menang di Batu Sapi ....Yong Teck Lee ...2031, Ansari...3414....Datin Linda Tsen (BN)....9,773. Undi majoriti.... 6,359. Keputusan itu diumumkan di TV1 sebentar tadi.

Posting Keempat - 8.12 malam.

Keputusan Batu Sapi akan diumumkan dalam jam 8.30 malam atau 9 malam. Beg undi pos dalam perjalanan.

Posting Ketiga - 7.59 malam.

BN menang di Galas dengan 816 undi, BN menang di Batu Sapi lebih 5,000 undi.

Posting Kedua - 7.30 malam.


BN mendahului kiraan undi di kedua-dua kawasan - Batu Sapi dan Galas (lebih 650 undi) - sehingga jam 7.30 malam. Ini laporan yang disampaikan kepada DIY oleh Ejen Kenit.

Posting Asal - 1.37 petang.

ANGKASAPURI : PRK Galas dan Batu Sapi akan berakhir malam ini. Siapakah yang akan memenangi di kedua-dua kawasan itu? Di Galas, calon BN ditentang oleh calon PAS manakala di Batu Sapi (bukan Batu Api) ditandingi oleh tiga calon iaitu BN, SAPP dan PKR. Kali ini tiada calon Bebas.

Bagi penyokong BN, mereka yakin kedua-dua kawasan akan dimenangi oleh BN kerana telah bekerja keras untuk menyakinkan pengundi bahawa BN adalah yang terbaik.

Di Batu Sapi, pengundi perlu memberi kepercayaan kepada BN kerana untuk meneruskan perjuangan MP terdahulu, mendiang Datuk Edmund. BN diwakili oleh isteri mendian, Datin Linda Tsen. Lebih 25,000 akan menentukan nasib tiga calon PRK Batu Sapi.

Begitu juga di Galas yang diyakini akan memberi kelebihan kepada BN. Ini kerana usaha yang dilakukan oleh Pengarah Gerakan PRK Galas, Tengku Razaleigh Hamzah, termasuk bertemu dengan penduduk setempat menerusi kaedah bersekemuka secara kecil-kecilan. Ini memudahkan urusan mendapat maklumat daripada rakyat di samping menyatakan apa yang ingin dilakukan oleh BN di kawasan berkenaan.

Bagi pembangkang di Batu Sapi, mereka mengharapkan bekas Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee memberi saingan kepada calon BN. Seorang calon lagi dari PKR iaitu Ansari Abdullah dijangka tidak mendapat sokongan kerana pelbagai faktor termasuk 'kegagalan' beliau terdahulu dan keyakinan pengundi terhadap apa yang boleh dilakukan. Namun, pengundi sudah mengetahui apakah sumbangan Datuk Yong yang dikatakan kurang memberi perhatian kepada penduduk di kawaan itu ketika beliau menjadi Ketua Menteri.

Apapun, selamat mengundi dan menunggu keputusan malam ini.

1 comment:

Anonymous said...

kenapa penyampai berita rtm tadi (berita pukul 12pm, 5hb november) sebut 'selamat menyambut aidilfitri'?? semua tahu hari ni hari deepavali! walaupun dia betulkan semula...tapi amatlah memalukan! ramai yg tergelak!sebagai penyiar ulung negara, perkara seperti ini tidak patut berlaku. dimana letaknya kredibiliti seorang penyampai berita jika hari deepavali dan aidilfitri pun tak dapat nak bezakan????