Sunday, October 9, 2011

PRU13 NOVEMBER INI?

PM, DS Najib Razak, berkata BN boleh menang besar jika tidak ada tindakan mengsabotaj calon BN pada PRU13 ini.

Jika BN telah memilih calon yang boleh menang, semua ahli BN perlu memberi sokongan kepada calon itu, katanya dalam Majlis Perjumpaan BN Wilayah di PWTC hari ini.

Beliau mahu semua petugas BN bekerja keras dalam tempoh seminggu pada PRU13 yang akan diadakan 'tidak lama lagi'. Selepas PRU13, mereka bolehlah bercuti.

DS Najib juga mahu BN WP memastikan orang bandar menyokong BN bagi memastikan semua golongan dari luarbandar dan bandar besar menyokong kerajaan sekarang.

No comments: