Wednesday, July 3, 2013

PEMBANGKANG BUAT PARLIMEN HAMBAR

Oleh Yazid Othman

Saya pasti rakyat Malaysia yang menonton siaran langsung dari Parlimen terbitan RTM setiap pagi dan siaran ulangannya dimalam hari berkenaan, (sewaktu persidangan parlimen berlangsung), menjadi hampa kerana persembahan yang tawar hambar tanpa kualiti.

Hal ini disebabkan sikap pihak pembangkang yang berfungsi semacam perlawanan badminton/bulu tangkis yang mempastikan setiap hantaran pihak lawan mesti ditangkis dan dipukul kembali ke gelanggang pihak lawan.

Sedangkan apa yang kita semua faham sbelum ini, bahawa apabila sebarang pernyataan atau keterangan atau jawapan dari menteri-menteri yang berkenaan dengan isu yang dibangkitkan, pihak pembangkang akan memberikan respon atau reaksi yang positif demi menambahbaikan sesuatu isu itu untuk kepentingan rakyat dan negara ini, dengan fakta-fakta yang meyakinkan.

Sebaliknya, apa yang terjadi, sebaik saja pihak Kerajaan memberikan jawapan terhadap soalan-soalan bertulis atau soalan-soalan tambahan dari ahli-ahli parlimen, pihak pembangkang akan bangun menyelar kerajaan dengan menggunakan bahasa yang kesat, yang tidak sesuai diucapkan oleh orang dewasa.

Saya cepat2 alihkan saluran tv dirumah kami bila anak2 kami keluar dari bilik mereka utuk menyertai kami menonton tv di ruang rehat...saya takut anak2 saya berkata, "oh ini kah pa cara orang berbahas di parlimen tu.." Saya merasa amat malu negara kita yang sebaik ini, mempunyai pembangkang sperti yang ada sekarang ini, semacam orang yang tidak berpelajaran dan bertamadun bercakap.

Tiga hari yang lalu, ketika Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Mohyiddin Yassin sedang memberikan jawapan mengenai soalan yang dikemukakan berapa ramaikah pelajar keturunan India diberi tempat di pusat pengajian tinggi awam, dimana beliau memberikan fakta, bahawa pelajar India diterima memasuki universiti awam mengikut qota yang dipersetujui walaupun ramai mereka tidak layak kerana pencapaian akademik mereka rendah...tiba-tiba beliau dijeritkan dengan lantang perkataan "penipu !..penipu !. berikan nama mereka sekarang" oleh ahli parlimen DAP keturunan India..dan terus melaungkan perkataan itu walaupun diminta ditarik balek oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pendekar Amin Mulia.

Saya nampak Timbalan Perdana Menteri agak tersentak dengan perkataan yang amat kasar itu...tetapi kembali tersenyum apabila menyedari bahawa itulah cara pembangkang berbahas di parlimen !

Saya terfikir, alangkah baiknya, para ahli parlimen pembangkang membuat 'homework' mencari fakta-fakta kajian yang mendalam bagi setiap isu yang hendak ditimbulkan, untuk dikemukannya di parlimen semasa bersidang, demi kebaikan pengundi yang memilih mereka, serta negara ini amnya. Buktikanlah bahawa anda tidak disalah pilih oleh pengundi anda ! 

Satu hal lagi, saya mendengar sungguh sumbang bahasa Malaysia yang dituturkan dengan pelat dailek cina yang sukar difahami, seolah-olah dia 
ini bukan seorang Warganegara Malaysia...padahal parti DAP kira-kira lebih 10 tahun dulu membuat syarat kepada mana-mana kaum cina yang mahu menjadi calon DAP dalam pilihanraya mestilah fasih berbahasa Malaysia.

Keadaan2 ini menjadikan sidang parlimen tawar hamabar...lebih-lebih lagi bila ketua pembangkang sendiri, setiap kali beliau bangun berdiri, tentulah kata-kata kesat memaki hamun pihak Kerajaan, semacam api keluar dari mulut naga dari kesah dingeng orang2 China. 

Kritikan 'hentam kromo' ini juga tidak terkecuali kepada Karpal Singh, Lim Guan Eng dan beberapa pebangkang Pas seperti Mahfuz Omar dll menjadi 'nasi tambah' kepada ahli2 DAP dan PKR yang lebih berupa pengacau parlimen dari Ahli Parlimen Yang Berhormat dan Mulia...alahai pembangkang salah strategi tu...!

(renungan rimau : dah lama dah tahu mangkuk hayun yang suka buat kacau)

No comments: