Tuesday, July 9, 2013

ZAM MINTA MAAF KAT AIR ASIA

Tan Sri Zainuddin Maidin penulis blog zamkata telah meminta maaf kepada AirAsia berikutan dengan sebuah rencananya yang memberikan implikasi seolah seolah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan Air Asia X.

Setelah penjelasan dari AirAsia, beliau yakin bahawa syarikat penerbangan itu adalah prihatin terhadap senstiviti keugamaan kesemua penumpang mereka.Dibawah ini  adalah permohonan maaf darinya.


APOLOGY.

Saya tidak menyedari bahawa pekara- pekara yang tesiar dalam artikel di bawah tajuk " Hidangan Babi Dalam Penerbangan Air Asia, Orang Islam Patut Tangguhkan Dulu Terbang dengan Pesawat ini"(artikel tersebut) dalam blog zamkata memberikan implikasi buruk kepada nama baik AirAsia dan AirAsiaX.

Bagaimanapun setelah menerima surat tuntutan dari Peguambela dam Peguamcara AirAsia Berhad kira -kira sebulan dari tarikh penyiarannya,maka barulah saya menyedari bahawa artikel tersebut memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan-penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Ini adalah tidak benar samasekali.

Saya mohon maaf kepada AirAsia Berhad diatas sebarang kecederaan yang menimpa mereka kerana artikel tersebut, dan saya berharap orang ramai tidak mempunyai sebarang pransangka bahawa babi ada dihidangkan dalam masa mana penerbangan AirAsia dan AirAisa X.

Saya yakin dan percaya bahawa AirAsia  dan AirAsia X adalah sangat prihatin terhadap sensitiviti keugamaan kesemua penumpang mereka.

Tan Sri Zainuddin Maidin.

No comments: