Saturday, April 7, 2007

ORDER AYAM...DAPAT UDANG....

Mula-mula nak makan di Tesco, Puchong. Tak jadi. Sebab fikir kena bayar tol RM3.20 pergi balik. Tahun lalu, hanya bayar RM2 pergi balik. Dah naik RM1.20. Perrrgggh.

Pilihan kedua ialah di KAFE STRAWBERRY FIELDS di Taipan, Subang. Is not the first time. Almost every week. Coz my kids like the place. Food? Oklah. AJ said they need to find a good chef for the western food. Yang lain, bolehla. Price? Reasonable.

Nak jadi cerita, petang ini Cynta, Iyra and I dilayan oleh "uncle". Nothing against old man ya. Sebelum ini, "uncle" pernah buat kita ketawa. Bayangkan bagi kita dua sudu instead of giving us a fork and a spoon. Ada sekali minta lada potong...perlu bagitau dia hampir tiga kali. Perrrgggh.

Maka kami orderlah food from "uncle". " Minum...bla..bla..bla. Makan, saya nak kuew teow dan dua mee hoon sup ayam bukan seafood ya. (OK..OK..CHICKEN MEE HOON SOUP. TAU..TAU) Yang satu tak mahu sayur...plain ya, mee hoon dan ayam saja. Ok uncle. OK...OK...OK. (dalam hati - Minta-minta OKla).

Guess what? Pertama minum dahlah lambat. Dulu cepat, sekarang ni tak tahu le mungkin dah ramai customer. Lambat sikit. Air - mineral water, teh tarik and choc milk shake saja. Masa tu..customer pun dah tak ramai.

Kedua, masa nak ambil makanan "uncle" sibuk berbual dengan "orang kat dapur". Bukan menghina, "uncle" gigi kurang sikit. Lamanya bercakap. Maka ada rasa suspicious kemungkinan ada elemen lain melompat dalam mee hoon sup. Jadi bagi tahu diri, tak mahu makan. Tak makan....tapi bayar je. Sebelum ini.. yang layan ialah pelayan muda..

Apabila makanan sampai. kuew teow tu okla. Mee hoon sup yang datang ialah Seafood Mee Hoon soup. Ada udang dan macam-macam lagi. Saya nak daging dan takboleh makan udang ketika ini. Tapi yang datang mee hoon sup udang. Perrrgggh. Tukar. "Uncle" sendiri masuk dapur. Lama juga tak keluar. Tunggula kita.

Lepas tu keluar. Bawa dua mee hoon sup. Satu ada ayam dan sayur. Satu lagi mee hoon saja. Apa ni? Kita order dua mee hoon sup ayam, di mana satu tak mahu sayur. Aduhai. Maka tak makanlah saya dan biarlah mee hoon tu bersendirian.....

Apabila bayar bill....semuanya RM29.16. Dua mee hoon soup RM11.60. Kuew teow RM5.80. Mineral water RM1.80. Teh tarik RM2.30. Choc Milk Shake RM5. Govt Tax RM1.33. Service charge RM1.33.

Oleh itu, pertama, pemilik restoran perlu memastikan apa yang "diorder" itulah yang diberikan kepada customer.

Kedua, mereka boleh ambil "orang tua" bekerja tetapi pastikan pelayan itu ok dan mampu mengendalikan order. Yang utama, uncle atau auntie perlu mempunyai ingatan yang baik.

Ketiga, pastikan service yang diberikan sentiasa cepat dan bukannya lepas popular....makin menurun.

Keempat, apabila pelayan membawa makanan tidak dibenarkan BERBUAL dan MUKA MENGHADAP MAKANAN. Takut ada terjahan berlaku. DILARANG KERAS.

Kelima, pelayan tak perlu masuk dapur, hanya sekadar tunggu di "window makanan" untuk menggelakkan prasangka melakukan "pembetulan" sendiri apabila order tidak betul. Kalau silap, buat lain. Jangan biarkan customer fikir.... buang udang, masuk ayam.

Keenam, yang paling penting ialah pastikan semua pelayan mempunyai gigi penuh. Kalau dah tiada, pakai gigi palsu. Penuh, bukan sebelah je.

Iniah tips untuk memastikan pelanggan puas hati. Selamat mencuba.

RESTORAN BERSIH, PELANGGAN SIHAT

Pernahkah anda menegur seseorang yang "kotor" mengambil makanan sendiri di restoran? Kotor itu dalam pengertian tangannya penuh dengan tanah atau lumpur. Bajunya comot dan tidak bersih. Kasutnya diselaputi tanah. Orang sebegini biasanya baru selesai mencangkul,menggali lubang, memotong rumput, mengangkat sampah atau pekerja binaan.

Sudah tentu anda tidak akan menegur. Sudah pasti anda tidak mahu mencari pasal. Maka...anda biarkan saja. Makanan pun akan tercemar.

Pemilik restoran atau warong harus memastikan pekerja mereka saja yang menyediakan makanan, sama ada untuk makan di restoran atau dibawa balik. Dalam ertikata lain, ada pekerja khas untuk menceduk nasi, lauk dan membungkus makanan.

Restoran yang sering dikunjungi oleh "orang kotor" ini ialah yang berdekatan dengan kawasan pembinaan atau projek perumahan. Ini penting kerana jika pemilik restoran tidak mengendahkan perkara itu, maka "orang kotor" itu akan bermaharajalela. Akibatnya, makanan yang disediakan akan dicemari oleh kekotoran yang dibawanya.

Oleh itu, pihak berkuasa tempatan perlu kerap membuat tinjauan di restoran atau warong untuk memastikan pemilik menjaga kebersihan. "Orang kotor" tidak seharusnya dibenarkan mengambil makanan sendiri. Mereka juga tidak harus dibenarkan masuk ke dalam restoran. Tunggu saja di luar. Jika ada pemilik yang tidak menjaga kebersihan, maka tarik balik permit berniaga. Tidak guna terpampang Restoran Kelas A, jika biarkan "orang kotor" bermaharajalela. Jagalah kesihatan pelanggan.

ANAK HILANG....TOLONG BANTU



[Gambar MUHAMMAD NAZRIN]

Sembahyang hajat diadakan di Masjid Abu Bakar, Bangsar selepas sembahyang Jumaat untuk memohon Allah SWT membantu mencari anak ini.

Berita kehilangan itu disiarkan oleh The Malay Mail [ di sini ] dan beberapa blogger termasuk [ Rocky ].

Sesiapa ada maklumat mengenainya silalah segera beritahu pihak berkuasa.

Friday, April 6, 2007

BARU LANDING

Selepas try beberapa kali call handphone...dapat sms pada jam 22.55.

BARU LANDING

Alhamdulillah.

BELUM TERBANG LAGI....MAKAN KACANG


(gambar hiasan)

Dah sampai ke?
Belum..tengah makan kacang.
Mengapa?
Masuk kapalterbang...kemudian kena keluar balik.
Rosak ke?
Tak tahu...dia orang kata keluar balik
Bila nak terbang?
Tak tahu...keluar dan bagi makan kacang dan air.


Penerbangan ke Alor Setar malam ini....lewat.

Banyak bersabar. Ada hikmahnya.

ADA GAMBIR SARAWAK TAK?

Ini cerita pasal lelaki. Wanita pun boleh baca. Tetapi kalau tidak faham boleh tanya suami mengenai code word, alat-alat atau bahan yang dibincangkan.

Dalam perbualan di Mahbud petang tadi (lepas sembahyang Jumaat) maka kawan-kawan berceritalah mengenai kehebatan kawan masing-masing. Ada yang menyebut hebatnya bagi orang yang berkahwin dua. Mereka ini adalah golongan ada teloq atau anak jantan. Kalau tidak masakan berani untuk tambah satu lagi.

Ada yang menyampuk kawin dua ini ibarat membuat dua kerja. Satu, umpamanya sebagai wartawan di siang hari dan pada sebelah malam bekerja pula sebagai pengawal keselamatan. Kalau difikirkan memanglah penat untuk buat dua kerja. Tetapi ramai yang sanggup melakukannya. Ramai yang ok, selamat dan bahagia. Good luck sir...

Dalam pada itu, ada yang menceritakan kehebatan seorang kawannya. Maka bersuaralah. Aku ni power...kalau tiba masanya nak..isteriku tak tahan...dia menolak. Perrrgggh. Hebatnya. Namun, apabila pasangan itu bercerai...maka kawan itu bertanya dengan bekas isterinya. Mengapa cerai, tak tahan ke penangannya? Selamba saja menjawab. Tak naik pun. Power tiada. Macam mana ni? Perrrgggh.

Seorang lagi menyampuk, dia pula ada kawan katalah si M yang suka cakap besar boleh control sampai satu jam. Wahhh...terrornya. Namun, yang membuat kawan saya tergelak ialah apabila M secara diam-diam mencari seorang kawan lagi yang baru pulang dari Sarawak. Apabila ditanya apakah benda yang dicari. Maka kawan itu menjawab gambir....Perrrgggh. Tak yah pergi Sarawak, kat KL pun ada...itu kata orang.

Thursday, April 5, 2007

DUNIA BLOGGER DALAM DUNIATIGER

Walaupun DUNIATIGER tidak ramai pengunjung, hakikatnya, saya bangga menjadi seorang blogger. Setidak-tidaknya, saya adalah antara rakyat Malaysia (terlewat sikit) yang terbabit dalam dunia blogging, yang kini menjadi perhatian ramai.

Seperti RPK, AKJ, AT, Jeff, Ron, Rocky, Nuraina, Marina, SS dan blogger lain, mereka mempunyai tujuan tersendiri untuk terbabit dalam dunia blogging. Yang utama, ia bersempadankan undang-undang dan adab sopan negara ini.

Oleh itu, saya rasa biarlah blogger terus menulis tanpa sebarang peraturan tertentu kecuali mereka yang melanggar undang-undang negara.

Seperti yang saya nyatakan pada peringkat awal, blog adalah medium yang MUDAH dan CEPAT.

Friday, February 23, 2007
SALAM SEJAHTERA

Salam sejahtera. Panjat kesyukuran kepada Tuhan kerana memberi peluang untuk terus menulis dalam medium yang MUDAH dan CEPAT. Semoga dapat menyumbang kepada pembangunan negara tercinta. Tiada masalah dengan kritikan membina kerana ia sudah menjadi asam garam sebagai wartawan sejak lebih 20 tahun lalu. Terima kasih kepada ramai guru kewartawanan terutama AKJ dan CSH yang banyak memberi bimbingan dan panduan.


Saya juga yakin blogger di negara ini tidak akan berbohong kecuali mereka yang tidak takut dengan undang-undang negara. Saya pernah menulis sembilan sebab mengapa mereka tidak akan berbohong.

Sunday, March 11, 2007
MENGAPA BLOGGERS TAKLEH BOHONG

SEMBILAN SEBAB BLOGGERS TIDAK BOLEH MENIPU

1. NAMA SENDIRI. Blogger yang menggunakan nama sendiri tidak boleh menipu. (Namun, ini tidak bermakna mereka yang menggunakan nama samaran akan menipu). Jika menipu, ini akan menjejaskan nama baik mereka. Mereka mungkin boleh menipu sekali tetapi jika sering berbuat demikian, lama-kelamaan orang akan mengetahui tembelang mereka. Ramai blogger yang mengemukakan facts and figures untuk memperkuatkan hujjah dalam tulisan mereka.

2. GAMBAR TERPAMPANG. Ada blogger yang menggunakan nickname atau nama samaran, memaparkan gambar mereka. Sejak kes Rocky dan Jeff Ooi, ramai yang keluar daripada kepompong mereka dengan memperkenalkan diri sebenar. Identiti mereka mula diketahui. Namun, mereka masih menggunakan nickname kerana popular dengan nama berkenaan.

3. TERKENAL. Ada blogger yang terkenal dalam bidang masing-masing seperti bekas ahli Parlimen, ketua pengarang, pengarang, ahli korporat, wartawan dan ahli perniagaan. Mereka sudah pasti tidak akan memperjudikan integrity atau maruah dengan membuat berita palsu atau menyiarkan bahan bacaan yang tidak masuk akal. Melainkan mereka yang mempunyai agenda tersendiri dan sanggup menggadaikan maruah.

4. ANAK TOKOH. Ada blogger yang mempunyai ibu bapa terkenal. Sudah tentu mereka tidak akan memperjudikan nama baik ibu bapa mereka dengan menulis bahan-bahan palsu. Jika mereka berbuat demikian, ini akan memalukan ibu bapa mereka apatah lagi jika tokoh itu masih hidup dan disegani ramai.

5. CINTAKAN NEGARA. Semua blogger tidak kira di mana mereka berada, wanita atau lelaki, sudah pasti cintakan negara mereka sendiri. Kemana mereka hendak pergi kerana ini tanah tumpah darah mereka. Tujuan mereka menulis ialah untuk menegur atau ingin memperbetulkan apa yang difikirkan tidak berjalan dengan baik. Ini dibenarkan dalam negara yang mengamalkan ketelusan dan freedom of the press. Jika teguran itu tidak benar, pihak yang ditegur perlu membetulkannya dalam blog mereka yang membuat teguran.

6. PENGALAMAN. Ramai blogger yang menulis pengalaman dan pemerhatian mereka sendiri. Mereka tidak akan menulis bahan yang direka-reka terutama mengenai diri dan keluarga mereka. Umpamanya, jika emak mereka sihat takkanlah mereka akan menulis yang bukan-bukan untuk mendapat simpati.

7. KEWARTAWANAN. Wartawan yang menjadi blogger sudah pasti akan mengamalkan etika kewartawanan yang dipelajari di universiti. Antaranya tidak boleh menulis berita palsu atau mereka-reka bahan berita. Jika mereka membuat berita palsu, lama kelamaan pembaca akan tahu sama ada berita yang ditulis itu benar atau sebaliknya. Pelajar kewartawanan juga diberikan pendedahan dalam ilmu perundangan untuk memahami istilah-istilah seperti defamation, slander, plagiarism dan libel.

8. MAHKAMAH. Negara ini mempunyai undang-undang. Mereka yang merasakan diri mereka difitnah boleh menyaman golongan yang dirasakan membuat fitnah. Begitu juga mereka yang disaman boleh membela diri dengan membuktikan bahan yang ditulis itu adalah benar.

9.ISA. Kerajaan boleh menggunakan ISA untuk menangkap penulis yang boleh mengancam keselamatan negara menerusi penulisan mereka. Umpamanya, jika blogger menulis sesuatu isu yang mengapi-apikan sentimen antara kaum, mereka boleh dikenakan tindakan termasuk ISA. Begitu juga mereka yang menghina agama orang lain.

nota: mungkin ada lagi sebab lain...


Saya juga menurunkan beberapa faktor menyebabkan rakyat negara ini membabitkan diri dalam dunia blogging termasuk diri sendiri.

Monday, March 19, 2007
KITA ORANG BACA BLOG TAPI.....

Minum petang dengan beberapa orang rakan dari RTM di Restoran Syed,Lucky Garden hari ini. Macam-macam topik dibincangkan sehinggalah ke Dunia Tiger. "Apalah bos ni, dalam blog tulis mengenai handphone hilanglah..cakap dengan anaklah, bahasa kampunglah... tulislah perkara yang sensitif sikit..cuit sana cuit sini. Barulah best. Kita orang baca blog bos...tapi tak syoklah nak komen.." Pandangan yang ikhlas dan ada logiknya.

Bagi saya menjadi blogger ini membenarkan kita untuk memaparkan apa saja yang terfikir untuk dimuatkan dalam blog asalkan ia bersempadankan kepada undang-undang dan adab sopan di negara ini.

Ada blogger menulis pengalaman mereka dan ada juga mengutarakan isu gender. Ada pula yang membuat teguran kepada kerajaan. Ada blogger yang mempersoalkan tindakan menteri yang dianggap kurang bijak. Ada yang menulis mengenai politik. Tidak kurang juga yang menulis mengenai nasib golongan berpendapatan rendah.

Kesimpulannya, ada pelbagai jenis dan ragam dalam penulisan blog. Ia tidak stereotype atau perlu mengikut prosedur dan manual tertentu. Tulislah mengikut selera sendiri.

Saya menulis mengikut apa yang terlintas di fikiran....yang boleh memberi nasihat, teguran, sindiran atau pedoman kepada pembaca. Saya juga melontarkan persoalan sosial dalam bentuk mudah difahami di samping mengutarakan pengalaman sebagai anggota masyarakat. Yang baik akan dipuji. Ada tulisan saya umpamanya mengenai kad kredit adalah jujur kerana tidak mahu lebih ramai rakyat Malaysia amnya dan Melayu khasnya menjadi muflis.

Bahan yang ditulis bermatlamat untuk dikongsi bersama untuk memperbaiki kehidupan kita. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.


Yang terakhir sekali ialah mengenai 11 juta orang di negara ini yang boleh membaca pelbagai blog, bukan saja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

Friday, March 30, 2007
11 JUTA ORANG BOLEH AKSES INTERNET

Jika satu peratus daripada penduduk negara ini yang mempunyai akses internet membaca blog ini, maka jumlah pembaca akan menjadi 110,000 orang. Betul tak?

Ini kerana menurut [ Jeff Ooi ] ada lebih 11 juta orang, satu pertiga daripada penduduk negara ini, mempunyai akses kepada Internet. Selain itu, ada kira-kira 100 juta bloggers dalam dunia sekarang dan jumlahnya semakin meningkat.


Diharapkan lepas ini ramailah orang memahami mengenai dunia blogger dan blogging.

Tuesday, April 3, 2007

TEKSI OH...TEKSI.

Cari teksi di Sungai Wang. Dapat. Beritahu tempat.
.....Belapa sanggup bayar?
Pakai meterlah.
....Tak booleeh...jemmm oooo
Pakai meterlah...u tak takut kena tangkap ke.
.....Sekalang suumma naikk...tambanngg pun naiklaa.

Perrrggghh (pinjam trademark dergak)


Siapa perlu jawab? Mengapa mereka bertindak begini?

IKLAN DAN TANGGUNGJAWAB MORAL


(Iklan orang ke? Siapa ni? Lukisan oleh Iyra)

Ketika memandu terpandang perkataan "SENTIASA PENUH" di badan bas. Namun, di dalam bas hanya ada dua penumpang. Perlahankan kenderaan, barulah terlihat iklan kad TnGo dan bank yang menawarkan perkhidmatan tertentu di belakang bas. Hanya iklan...

Sebut iklan, teringat tindakan kanak-kanak 14 tahun di [ New Zealand ] yang menyaman syarikat pengeluar minuman kerana iklan membabitkan sejenis vitamin. Kanak-kanak itu mendakwa hasil kajiannya minuman berkenaan tidak mempunyai vitamin seperti yang diiklankan.

Iklan terbaru di radio ketika ini ialah mengenai seorang pekerja "menipu" bosnya yang menyatakan isteri dan anaknya sakit semata-mata ingin membeli-belah di sebuah pasaraya besar. Apabila bos itu bersetuju membenarkannya bercuti, maka kedengaran suara kanak-kanak menjerit kegembiraan kerana dapat pergi ke pasaraya besar itu.

Pengiklan perlu memastikan mereka mempunyai tanggungjawab moral untuk tidak membuat iklan sebegini. Pemilik radio juga perlu menentukan pengiklan tidak memberikan iklan seumpama itu. Ini kerana ia akan mengambarkan seolah-olah "menipu" sakit untuk pergi membeli-belah adalah tindakan yang betul. Jangan menipu....

Sunday, April 1, 2007

DOA ELAKKAN SASARAN FITNAH

Semalam, seorang rakan memberitahu dirinya difitnah melakukan sesuatu yang beliau tidak buat. Tidak pernah terlintas dihatinya untuk berbuat demikian.

Fitnah bukan satu perkara luarbiasa. Ia berlaku dan akan terus berlaku...selagi ada manusia, langit dan bumi.

Dalam perbualan itu juga, seorang teman lagi menyatakan bagaimana rakannya menggunakan maklumat yang diberikan untuk mengenakannya. Maklumat itu hanya diberikan sebagai maklumat saja. Tidak lebih dari itu. Cuma, rakannya yang suka "mengenakan" orang itu tidak tahu bahawa dialah "satu-satu" nya di mana maklumat itu diberikan. Tiada orang lain lagilah yang menyebarkan maklumat itu untuk mengenakannya....

Rakan taulan, dalam dunia ini, ada pelbagai jenis manusia. Ada yang baik di hadapan tetapi mengata di belakang. Biasalah. Oleh itu, hati-hati ketika menceritakan hal peribadi kepada kawan. Sabarlah dan banyak berdoa. Biarlah tuhan yang menentukan....

Diperturunkan doa untuk dijauhkan fitnah orang zalim.

"WAHAI TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU JADIKAN KAMI SASARAN FITNAH BAGI KAUM YANG ZALIM, DAN SELAMATKANLAH KAMI DENGAN RAHMAT ENGKAU DARI (TIPU DAYA) ORANG-ORANG YANG KAFIR." ( YUNUS : 85:86)