Sunday, April 1, 2007

DOA ELAKKAN SASARAN FITNAH

Semalam, seorang rakan memberitahu dirinya difitnah melakukan sesuatu yang beliau tidak buat. Tidak pernah terlintas dihatinya untuk berbuat demikian.

Fitnah bukan satu perkara luarbiasa. Ia berlaku dan akan terus berlaku...selagi ada manusia, langit dan bumi.

Dalam perbualan itu juga, seorang teman lagi menyatakan bagaimana rakannya menggunakan maklumat yang diberikan untuk mengenakannya. Maklumat itu hanya diberikan sebagai maklumat saja. Tidak lebih dari itu. Cuma, rakannya yang suka "mengenakan" orang itu tidak tahu bahawa dialah "satu-satu" nya di mana maklumat itu diberikan. Tiada orang lain lagilah yang menyebarkan maklumat itu untuk mengenakannya....

Rakan taulan, dalam dunia ini, ada pelbagai jenis manusia. Ada yang baik di hadapan tetapi mengata di belakang. Biasalah. Oleh itu, hati-hati ketika menceritakan hal peribadi kepada kawan. Sabarlah dan banyak berdoa. Biarlah tuhan yang menentukan....

Diperturunkan doa untuk dijauhkan fitnah orang zalim.

"WAHAI TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU JADIKAN KAMI SASARAN FITNAH BAGI KAUM YANG ZALIM, DAN SELAMATKANLAH KAMI DENGAN RAHMAT ENGKAU DARI (TIPU DAYA) ORANG-ORANG YANG KAFIR." ( YUNUS : 85:86)

5 comments:

Fauziah Ismail said...

Tiger
Ramai orang kita yang ada PhD (perasaan hasad dengki), yang tak boleh tengok orang lain senang dari mereka in all aspects of life. They may be our friends, our family members.
Is this a culture or have become a culture?

ibrahim yahaya said...

Sdr Fauziah,

phd perlu dilemparkan jauh-jauh sebelum ia menjadi barah.

dalam pekerjaan pun, perlu tahu membezakan profesional dan emosional dalam kenaikan pangkat.

jangan kerana rakan teh tarik, kita naikkan pangkatnya, sedangkan kerja tidak seberapa pun..

kerana tidak suka dengan individu tertentu, dia tidak dinaikkan pangkat, walaupun ia cekap.

namun, jika kebetulan rakan teh tarik itu yang terbaik, itu berlainan ceritanya.

itupun, pertimbangan perlu diberikan untuk membiarkan orang lain membuat pemilihan.

Anonymous said...

boss
i baru saja tahu boss admitted di hospital. sakit apakah itu? maaf sebab baru tahu jadi tak dapat menziarah.

bercakap tentang fitnah. fitnah dan dikata, sama saja impaknya. pedih menusuk.

kerana kekurangan diri, saya dikata, sama ada secara terang-terangan atau bisik-bisik. sekali tu, dalam bilik air, mereka tidak tahu saya ada di dalam. saya terdengar umpatan keji itu sendiri. siap gelak2 sekali.

saya tak keluar, walau sudah lama mereka itu pergi. saya menangis...

eheh, ini kisah sedih. rasanya bos pun tahu ttg keadaan saya yang satu tu.

imune? tak pernah boleh, walau telah cuba.



www.jendelaku.com

ibrahim yahaya said...

Sdr Kusyi,

tulang belakang. ia berlaku begitu cepat..ramai yang tak tahu...tak sempat takpe...saya semakin pulih...

banyak bersabar. hari ini, dia gelakkan kita. esok, dia gelakkan kita lagi. lusa, dia gelakkan kita semula. lama-lama, dia akan letih.

yang Kusyi sedih tu..memang tak tahu. kalau tahu lama dah saya nasihatkan orang yang ketawakan u tu bertaubat..

cakap siang pandang-pandang...sebelum nak mengumpat, mengeji orang dalam toilet...periksa dulu semua bilik toilet...kalau kotor cucilah dulu....kan lagi baguss....

ibrahim yahaya said...

Sdr Kusyi,

tahniah.. buku dan novel baru.

saya dah senaraikan nama u dalam blog ini.