Wednesday, June 10, 2009

MANIS DI BIBIR, PAHIT DI HATI

Posting Kedua - 10.50 pagi

Tahniah kepada Rocky, orang Mastana yang dah balik ke Malay Mail. Bro, buatlah yang terbaik untuk memastikan negara kita ini terus aman dan sentosa. Jangan biarkan mereka yang berfikiran politik sempit menjahanamkan negara ini. Jangan biarkan mereka yang hanya memikirkan kepentingan politik peribadi menghancurkan keamanan yang dibina oleh bapa pejuang kita seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Sambanthan dan Tun Tan Cheng Lock. Ada orang yang memberikan pelbagai alasan untuk merusuh dan membuat kacau. Orang ini mesti kita ketepikan. Selamat berjuang bro.

Posting Asal - 7.54 pagi

Mungkin ramai yang bertanya kemanakah gerangan si rimau ini? Jawapannya ialah 'sedang bertapa dan menenangkan fikiran'di satu tempat yang jauh daripada sahabat, rakan, musuh, pemerhati dan peminat. Ada peminat ke? Bukan membawa diri tetapi hanya menenangkan hati daripada kesibukan kerja. Lari daripada golongan yang 'otak berbuih besar', 'perangai entah apa-apa' dan 'berjiwa kecil'.

Ramai yang bertanya mengapa bercuti panjang?

Jawapannya tentulah penat bekerja tanpa berhenti. Isteri selalu berkata, "Awaklah Ketua Pengarah yang kuat bekerja di Malaysia." Tanyaku, "Betul ke? Ramai lagi yang kuat bekerja di luar tu". Jawabnya ringkas, "Apakan tidaknya, bekerja tujuh hari seminggu. Daripada pagi sehingga ke tengah malam.".

Ada jawapannya. "Sudah biasa dan akan diteruskan bagi memberikan yang terbaik di tempat kerja. Yang terbaik." Tuhan pun tahu. Ada masa bekerja. Ada masa melayan tetamu dan rakyat. Ada masa pula menghadiri majlis kementerian. Ia perkara biasa.

Bukan untuk membangga diri. Sejak 1980an, sebagai wartawan saya memang bekerja hingga lewat malam. Kadangkala, sudah habis bekerja jam 8 malam tetapi masih duduk di pejabat untuk bersembang dengan rakan-rakan mengenai perkembangan terbaru di tanahair. Banyak perkara membabitkan ekonomi, sosial dan politik.

Daripada perbualan itulah kita mengetahui apa yang berlaku di sekeliling kita. Bukanlah katak di bawah tempurung. Untuk menjadi wartawan yang baik, kita perlu menjadi 'jack of all trade, master of everything'. Kadangkala macam wakil rakyat pun ada. Tetapi hendak jadi ahli politik....jauh sedikit. Lain kalilah.

Bertapa memberikan satu kenikmatan. Jauh daripada segala gangguan kerja dan kepenatan fikiran. Ada perkara yang kadangkala meresahkan kita kerana perangai sesetengah pihak. Adakalanya amat jengkel dengan sikap individu tertentu. Perkara begini yang selalu mengusutkan fikiran dan memendekkan umur.

Apapun, kita harus kuat dan tabah menghadapi segala masalah dan kekusutan itu. Adakalanya kita tewas dengan permainan mereka yang ada 'berpura-pura' menjadi sahabat di depan kita tetapi di belakang, hanya tuhan saja yang tahu bilakah mereka mahu 'menusukkan pisau tajam ke dada kita dari belakang'. MasyaAllah.

Saya selalu menasihatkan isteri agar sentiasa berhati-hati dengan sesiapa saja termasuk rakan rapat. Bukan curiga, sekadar berhati-hati. Dalam pesanan itu, saya sering menyebut bahawa hanya ibu bapa saja yang boleh kita percaya kerana yang lain, adakalanya 'manis dibibir tetapi pahit di hati'. Berjaga-jaga.

14 comments:

PUTRA MERDEKA said...

pedih jer tok... biasa lah tok lagi lah dalam politik dan budaya masyarakat malaysia ni... datuk pon dah betah...kalau datuk di london atau new york mungkin jauh berbeza..
sebab disana soal politik tidak melangkaui urusan hidup yang lain berbanding kita semua dalam hidup mesti dipolitikkan...
salam

Anonymous said...

Ada jawatan, susah.
Takde jawatan pun susah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Putera Merdeka,

Bagi saya, buat yang terbaik. Jika dalam proses itu, kita terpaksa menjadi individu tidak popular, apa nak buat. Jangan jadi populist tetapi satu kerja pun tak jalan. Nak buat apa begitu. Habiskan boreh saja.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Ada kerja susah. Tiada kerja lagi susah. Tak caya, cuba berhenti kerja, tahulah apa akan jadi pada nasib kita. Ada orang terpaksa melepaskan kerja, kini mungkin termenung memikirkan apa akan jadi pada hari muka. Macam saya dulu. Berhenti kerja dan kemudian melopong. Maka jadi blogawan, sampai sekarang. Ada juga hikmahnya jadi blogawan. Sesetengah orang kata senang nak jadi KP, jadi blogawan, bodek menteri kemudian jadi KP. Wah, macam itu mulalah jadi blogawan.

Cucu Tok Selampit said...

Dato' IY,

Saya bersetuju dengan pendapat Dato' dalam rangkap yang terakhir. Saya seorang auditor dan mungkin Dato' boleh menggunakan falsafah kami - In God we trust, others we audit. Terima kasih.

epain said...

"Lari daripada golongan yang 'otak berbuih besar', 'perangai entah apa-apa' dan 'berjiwa kecil'."

tertarik lah dgn statement ni tok...

dah tau mcm tu, buat apa gi lepak ngan diorang...

gilah dok ngan golongan "otak tak berbuih tapi berisi"..."perangai apa-apa" n "berjiwa besar"...

confirm tok takkan membawa diri jauh "entah ke mana tapi sebenarnya tak kemana-mana"....

bih baik pekena cendol....

Anonymous said...

salam

bilo kau nak balik ni?

den tipon banyak kali pun tak dapek.


semugo sihat.

- bujai -

MAWAR BERDURI said...

salam mr. tiger?

manis di mulut pahit di hati??? uhmmm. Mudah2an tidak smua rakan yang rapat kan jadi begitu.

apa pun semoga mr. tiger terus menjadi ketua pengarah yang d best lah.

Asyamee Boy said...

Kenapa nak takut dengan cakap cakap orang, kita yang lebih tau kemahuan dan kemampuan kita. Buat je...selebihnya kerja Tuhan, Insya Allah

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Adat manusia memang macam tu..tapi nak heran apa.? yang penting kita jalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sebab yang akan berdepan dengan tuhan ialah kita yang telah diberi tanggungjawab bukan orang-orang yang otak berbuih tu...
Berbuih tu agak2 ada belon tak tok?

orgkpgdoha said...

Salam Datuk Tiger.

Dah agak dah..senyap berapa hari..Orgkpgdoga hari-hari buka blog datuk, balik-balik dok macam tu jaaa....hari ni buka baru tahu Datuk pergi rehat....

Elok laaa tu..asyik berkerja , nanti kram otak..susah lagi..bini komplen senang nak tackle tapi otak kram heheheee.

Biasa laa Datuk Tiger, bila ada ramai pegawai dibawah kita..Dulu Datuk ada seorang jer pegawai.laa ni dah ada banyak pegawai..ada juga yang hati suka berpura-pura mahupun yang iklas..Tapi Datuk boleh nampak dan agak, yang mana ikhlas dan yang mana berpura-pura.

Berhati-hati laa datuk Tiger oiiii....saya doa jer dari jauh..

aimdaim said...

DIY,

Dah bertapa tu moga fikiran terus tenang. Bila fikiran tenang dapat susun semua jadual kerja lepas tu boleh luang banyak masa bersama2 keluarga terutama anak2 yg sedang membesar.

Besar pahalanya kalau anak perempuan di kasihi & dijaga sebaiknya... wallahualam.

Kulupbana said...

Salam,
Ada ketikanya kita diuji Tuhan. Berkat kesabaran serta berdoa tanpa henti akhirnya Tuhan Maha Kuasa lagi Maha Penyayang telah memberikan ganjaran. Bersyukurlah.

Di ketika rakan-rakan yang sama-sama susah dahulu telah mula mengecapi kemakmuran, saya masih 'struggle' mencari arah. Mungkin hukuman Tuhan belum reda..

Real Woman said...

salam, memang dunia ni penuh onak dan duri. Masa depan sukar diduga. Walaupun kita ikhlas menjalankan tugas, yg berkuasa tetap berkuasa.Memang betul rakan karib bisa jadi musuh, yang tinggal hanya ibubapa dan keluarga yg setia bersama.