Saturday, June 27, 2009

TAN SRI MAZLAN WARTAWAN BERFIKIR

Tengahari ini, saya menghadiri majlis penyampaian anugerah kepada tokoh wartawan, Tan Sri Mazlan Nordin di Petaling Jaya. Ramai kawan-kawan lama yang hadir termasuk Datuk Hafifi Hafidz, Mior Kamarul, Radzi, Yusof Manaf, Salleh Hamzah, Hanafiah, Rahim, Hamzah Hurmin, Yusof, Kak Bedah, Rosniza dan Amin. Turut hadir ialah Dr Alias Mohamed dan Datuk Rejal Arbee.

Anugerah itu diberikan oleh Persatuan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia kerana mengiktiraf sumbangan TS Mazlan dalam bidang kewartawanan dan dunia penulisan. Ia amat bertepatan dan TS Mazlan seharusnya menjadi 'role model' kepada wartawan sekarang. Wartawan yang sentiasa berfikir dan banyak membaca.

Beliau seorang wartawan yang gigih dan serbaboleh. Berkeupayaan menulis dalam bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik membolehkan beliau antara beberapa orang wartawan yang mampu berbuat demikian. Yang lain ialah AKJ, Ahmad T dan Rejal Arbee.

Wartawan sekarang perlu memahami dan menghayati tugas serta tanggungjawab mereka agar segala hasil karya bermutu tinggi. Penulisan yang bermutu menimbulkan rasa minat pembaca untuk terus mengikuti tulisan kita. Jika hambar, ia tidak akan diendahkan.

Wartawan juga perlu fokus dalam tugas mereka supaya apa yang ingin disampaikan mampu difahami oleh pembaca atau pendengar jika mereka bekerja dengan radio atau televisyen. Fokus ini membabitkan usaha menyediakan latarbelakang dan juga pandangan pelbagai pihak. Bukan tangkap muat atau padding.

Pada masa lalu, wartawan mampu meningkatkan kebolehan mereka kerana mendapat didikan daripada wartawan tersohor seperti Pak Samad atau TS Mazlan. Sekarang ini, bilangan golongan ini sudah semakin pupus atau sudah meninggalkan gelanggang.

Oleh itu, wartawan dan pengarang lama yang 'masuk' semula dalam gelanggang selepas perubahan pucuk pimpinan perlu memberikan tunjuk ajar kepada wartawan baru terutama peraturan yang tidak tersurat seperti 'sembang-sembang' selepas bekerja. Suka bertanya dan gemar mencari idea baru.

Jangan jadi wartawan yang ingin hendak balik cepat atau setakat makan gaji di hujung bulan. Jangan malas dan sentiasa memberikan yang terbaik. Hayati dengan mendalam tugas wartawan yang adakalanya seperti seorang wakil rakyat - tempat rakyat mengadu dan meluahkan perasaan.

Dalam pada itu, Sdr Mior Kamarul akan mula berkhidmat di Berita Harian sebagai Pengarang Kumpulan mulai 1 Julai ini.

Selamat berjuang.

6 comments:

Unknown said...

Tahniah kepada TS Mazlan,

Saya ssentiasa mengikuti Tulisan TS Mazlan setiap Ahad di Mingguan Malaysia. Semoga Allah panjangkan umur TS Mazlan dan memberi kemampuan untuk menulis

Anonymous said...

Datuk Tiger,
Sebenarnya ramai wartawan boleh menulis dwi-bahasa dengan baik terutama dari BERNAMA.
Lihatlah hasil penulisan Datuk Syed Jamil, Datuk Jaafar, Datuk Azman, Datuk Yeong, Rachman, Salbiah, Michael Raj, Kuda Kepang dan ramai lagi. BERNAMA adalah gudang menerbit wartawan-wartawan terulung negara ini. Nama-nama yang Datuk sebut pun adalah produk BERNAMA.
Tolonglah bagi kredit sikit dekat kawan-kawan di BERNAMA. Jangan dok lihat Jalan Riong sahaja. You should be fair in your writing.

Mimi

ibrahim yahaya said...

Sdr Mimi,

Saya mohon maaf. Bernama memang sebuah institusi yang melahirkan ramai wartawan tersohor. Kawan saya, Datuk Seri Azman Ujang juga amat dikenali satu masa dulu dengan cerita TS Ahmad Nordin. Semua akhbar menggunakan berita beliau di muka hadapan. Datuk Yong pula apa kurangnya, malah beliau antara penulis ucapan Menteri yang baik ketika DASC menjadi Menteri MOI. Begitu Datuk Rahman Sulaiman, SJ, Mikhail dan yang lain.

ibrahim yahaya said...

Boyot,

Jika tulisan itu baik, sudah pasti ramai yang ingin membacanya. Saya duduk bersebelahan TS Mazlan tengahari ini di Majlis Perkahwinan anak profesor saya, Dr Safat Hasim. Tahniah Dr.

IES Agencies said...

Maaf off topic skit


Bro, tolong plug sikit my entry about Kelantan oil Royalty


I have included some evidence that the oil platform on the Kelantan Thai border is indeed a JV with out northern neighbour.

Funny how Haji Hadi can 'visit' the platform on fishing vessels... the truth is he saw it from a distance lah on fishing vessels, because visiting means actually going on to the platform... ye tak...


http://marahku.blogspot.com/2009/06/kelantan-oil-roylaty-what-is-truth.html

Anonymous said...

salam semua..saya Norizan bt Karim.. saya amat mengkagumi TS Mazlan.. andaikata saya ingin menebual beliau untuk portal berita kami.. www.ikdn.org.my.. saya berharap dapat menghubungi beliau secepas mungkin.. ini alamat email saya.. norizankarim@ikdn.com.my

sekian dari saya..