PM, DS Mohd Najib Tun Razak hari ini minta pemimpin parti komponen membuang empat penyakit atau tabiat bagi memastikan rakyat tidak membenci mereka.
Khayal - fikir rakyat menerima mereka sedangkan tidak.
Amnesia - lupa asas perjuangan. buat perkara yang menyakitkan hati rakyat.
Inertia - enggan berubah. berperangai macam biasa sedangkan rakyat amat berbulu dengan kita.
Arrogance - tidak mahu menerima teguran. merasakan mereka saja yang betul sedangkan rakyat sudah meluat dan menyampah.
Fikir-fikirkanlah jika mahu menang PRU13.
(Renungan Rimau : Nak tambah - 1. Jangan beli hartanah di luar negara tetapi labur wang di negara sendiri terutama membantu rakyat miskin. Seperti membeli rumah kedai untuk menempatkan penjual nasi lemak dan mi sup. 2. Hisap cigar mahal-mahal setiap hari sedangkan rakyat hisap jari. Sekali-sekala tidak apa. Jangan hisap cigar di lobi hotel, gelak ketawa dan tidak buat apa, sedangkan ketika itu orang sibuk berkempen untuk menang pilihan raya. 3. Jangan sibuk nak menang pemilihan parti sedangkan PM bertungkus-lumus untuk menang PRU13. 4. Penyakit yang akan menjadi barah kepada BN.)
Sunday, December 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Yg paling penting lapurkan pemimpin yg gila pangkat dan habuan tapi tak mahu berpeluh
kalau ada gambar upload je kat youtube supaya big boss dan rakyat jelata dapat tenguk
tak boleh nak elak - berpati ke, berjoli ke, minum arak, berjudi, berpoya, semua di papar
Post a Comment