Gendang perang sudah dipalu oleh DS Najib Razak semalam.
Ia petanda bahawa peperangan akan bermula tidak lama lagi.
Bila?
Itu tidak penting kerana jika sudah bersedia, esok pun boleh.
Oleh itu, mereka yang masih berpenyakit dan dibuai mimpi perlu berubah.
Mereka yang masih berkhayal perlu memperbetulkan diri.
Mereka yang sudah lari dari asas perjuangan perlu kembali ke jalan yang betul.
Mereka yang sombong dan bongkak perlu insaf dan bertaubat.
Yang menakutkan ialah sikap mereka yang tidak mahu berubah dan khayal.
Golongan ini adakalanya tidak berpijak di bumi nyata.
Golongan ini juga tidak mahu mendahulukan rakyat.
Bagi pemimpin yang masih khayal, degil, bongkak dan tidak mahu mendahulukan rakyat, mereka perlu turun menjadi rakyat bukan menjadi pemimpin.
Ini penting demi kelangsungan hidup BN.
Monday, December 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Kita dah lama siap sedia betempur...
kali ni rakyat mesti beri pusingan 'KO' kepada pakatan haprak.
biar solid.
PM ni dah banyak kali palu gendang perang.
Tapi hasilnya hempeh.....
minyak naik, gula naik...
kata pelarasan harga....apasal tak kata kenaikan harga. Tak payah nak spin orang....jujur sikit gayanya.
Tentang jambatan Johor, asyik kata nak kaji je.....lepas tu senyap.
Saya penyokong kuat Umno yang menyokong kalau membina.
Nampak gayanya kali ni aku tak turun mengundi lagi la....
Salam takzim DIY,
MINYAK NAIK,
GULA NAIK'
BARANG NAIK,
DSN DAN GEROMBOLAN NYA
T U R U N !!!!
Pemimpin yang sombong dan bongkak tu patut malu pada diri sendiri dan tak layak menjadi wakil kepada rakyat!
Ramai lagi bakal- bakal pemimpin
yang berjiwa rakyat di luar sana yang menunggu untuk dipilih...kena teropong betul-betul baru nampak!
Sdr Jebat,
Maklumat mengenai penyelarasan harga barang-barang itu perlu diperolehi agar kita tidak membuat tuduhan semborono.
Ada pihak memberi maklumat separuh benar saja. yang separuh lagi disimpan untuk kepentingan mereka.
Post a Comment