Thursday, December 16, 2010

SEJARAH BENTUK JATIDIRI

Pelajaran sejarah penting.

Dulu hendak masuk Fakulti Undang-undang UM mesti bijak sejarah.

Mesti dapat markah terbaik dalam sejarah baru boleh dibenarkan masuk UM.

Ini penting untuk memastikan mereka faham mengenai sejarah.

Mereka perlu tahu mengenai sejarah perjalanan negara ini.

Perlu dihayati oleh pelajar, mahasiswa dan bakal pemimpin.

Jika buta sejarah, maka butalah hati.

Semuanya tidak betul dan terus menerus membantah apa yang sudah dipersetujui.

Buta sejarah menyebabkan mereka mahu pelbagai perkara.

Membangkitkan perkara yang sensitif dan berbaur perkauman.

Pelajaran sejarah penting.

Penting kepada mereka yang buta sejarah.

7 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Orang melayu kini tak tau sejarah Islam.

Tak tau sejarah orang2 yang zalim.

cermin2mirror said...

Sejarah tu penting..

Anak2 zaman sekarang suka ikut buta tuli.
Kalau di lihat di dalam keluarga yang sudah kaya (dulu mak bapak berasal dari keluarga miskin)pun kadang2 tidak tahu asal usul mak bapak dia.
Sebab keluar saja kedunia ni..mak dan bapak ada kereta mewah,rumah bungalow,apa saja yang di minta semua dapat..Sebab mak bapak tak nak anak2 melaui apa yang mereka lalui..
Kalau satu keluarga macam ni..bayangkan 1malaysia macam ni..
Orang berpolitik,yang tak ada ILMU sejarah ni pun nak berpolitik..Inilah yang jadi di Malaysia sekarang..
Bukan setakat sejarah MALAYSIA,sejarah maka bapak dia pun dia tak tau..

afyassin said...

Dato' saya menjengah sebentar di blog Dato'. Saya senang, komen pendek dan tak membosankan. Blog Dato' ini saya senaraikan dalam blog list saya yang baru http://alongabe.blogspot.com di bawah tajuk Tok Bah Online.
teruskan menulis walaupun saya faham akan tugas yang berat menanti Dato' saban hari

Tok Abah said...

Betul..orang kata budak-budak tak akan berbohong tapi kadang-kadang depa cakap tak betoi juga. Tapi sejarah comfirm tak mungkin berbohong.....

Anonymous said...

Tuan DUNIATIGER,
DS Najib pun perlu di ingatkan sejarah. PRU 98 punahsihat beliau kata 'no problem'.Dapat keputusan nyaris maut nasib baik hari tu posmen kerja dapat la undi pos.Tak silap saya undi majoriti 298 (maaf klau tak betul).PAS kata wakil Pekan wakil Pos lo..Rakyat..He..
-sender Rakyat Penang lo.

Gelandangan Sepi said...

Tok Abah.. Memang sejarah tak pernah berbohong. Namun perlu diingatkan, sejarah negara ini banyak yang diceritakan dari sudut pandang berbeza. Apabila ini terjadi, akan wujudlah sedikit pembohongan yang tidak ketara. Cubalah himpun pakar sejarah di negara ini. Pastinya mempunyai pandangan dan persepsi berbeza mengenai perjalanan sejarah negara. Kita ambil contoh mudah mengenai sejarah Sarawak. Di dalam buku teks di sekolah atau buku teks subjek Pengajian Malaysia di IPTS, dinyatakan dengan jelas bahawa penubuhan Malaysia bertujuan membebaskan Sarawak dari jajahan British. Itu di dalam buku. Saya pernah berdebat mengenai sejarah dengan seorang Profesor dari Sarawak. Beliau menyatakan Sarawak sebenarnya tidak pernah dijajah. Sebaliknya, British berada di Sarawak sebab dijemput oleh negeri itu untuk membantu dari aspek pentadbiran. Itu satu contoh. Ada lagi yang lain. Semua ini berdasarkan persepsi dan pandangan masing-masing.

pushpanathan said...