Friday, December 9, 2011

APAM - ANWAR PEMBELOT MELAYU?

Dengar cerita DS Anwar Ibrahim hendak melancarkan ABU - Asalkan Bukan UMNO untuk memastikan rakyat negara ini menolak UMNO pada PRU13.

Majlis pelancaran itu akan diadakan di seluruh negara.

Rasanya tindakannya itu sudah semesti menimbulkan kemarahan bangsa Melayu yang mengetahui bahawa UMNO lah parti keramat yang banyak menolong orang Melayu dan rakyat di negara ini sejak merdeka. Beliau juga dibantu oleh UMNO untuk menjadi orang penting di negara ini.

Oleh itu, ada pihak yang mencadangkan agar eloklah diadakan pelancaran APAM iaitu Anwar Pembelot Melayu. Mungkin ada bahagian UMNO di Selangor yang akan melancarkan perkara itu.

Dalam satu blog ada juga menyebut supaya pelancaran DAM iaitu DAP Anti Melayu dan kemudiannya MADAM iaitu Melayu Anti DAM.

Nampaknya banyak pelancaran singkatan akan diadakan.

Apapun, ABU tu nama rasmi untuk ASIA PACIFIC BROADCASTING UNION yang dianggotai oleh agensi penyiar negara-negara di Asia Pasifik.

Pasti anggota ABU tidak suka DS Anwar atau sesiapa saja menggunakan ABU untuk kepentingan politiknya.

1 comment:

Anonymous said...

Datuk, dengar kata ada juga pelancaran kumpulan AjendaTOP - AjendaTolakPeliwat - oleh bekas ahli2 PKR yang sememangnya tahu tentang kegemaran Ketua Umum PKR terhadap orang2 muda jambu. Ramai juga ahli kumpulan ni datang dari Bukit Mertajam.

Benar atau tidak berita angin ni kita tunggu sajalah. Katanya akan bermula di Sg Petani, Kedah.