Oleh AgendaDaily
Kalau dalam bab dakwaan liwat dan video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelak bersumpah di masjid...sekarang bagaimana dengan cabaran terbaru daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Cabaran itu bukan libatkan isu seks seperti sebelum ini tetapi ekoran dakwaan yang beliau buat sendiri terhadap bekas Perdana Menteri itu melibatkan surat Bank Dunia.
Anwar mendakwa semasa krisis kewangan tahun 1999 Dr Mahathir menulis surat kepada Bank Dunia untuk memohon bantuan pinjaman.
Ketua Umum PKR itu membuat dakwaan berkenaan dalam ucapannya di satu majlis makan malam yang tutut dihadiri oleh para duta asing Khamis malam.
Dakwa Anwar beliau mengetahui hal berkenaan selepas dibebaskan dari penjara kes liwat pertama semasa membuat kerja perundingan untuk Bank Dunia.
Bercakap pada satu majlis di Butterworth Sabtu, Dr Mahathir menegaskan tunjuk surat berkenaan jika dakwaan itu betul.
"Saya cabar dia bersumpah junjung Al-Quran di sebuah masjid dan saya sedia berbuat demikian jika perlu," katanya.
Bekas Perdana Menteri itu sebaliknya mendakwa bekas Menteri Kewangan itu yang selalu menguar-uarkan langkah-langkah yang diperkenalkan oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam menyelesaikan krisis kewangan waktu itu.
Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Mohamad Nor Yakcop yang hadir sama di majlis itu mengesahkan bahawa Dr Mahathir telah menolak bantuan pinjaman Bank Dunia.
Katanya ada wakil Bank Dunia datang jumpa Dr Mahathir untuk bincang cara Malaysia dapat elak krisis kewangan pada tahun 1999.
Namun katanya bekas Perdana Menteri itu suruh dia meninggalkan pejabatnya.
Anwar ialah Menteri Kewangan dari tahun 1993 hingga 1998 semasa pentabiran Dr Mahathir.-17/12/2011
(Renungan Rimau : Mengapa negarawan ulung perlu bertindak sedemikian? Jawapannya mudah. Beliau tidak mahu Ada orang buat dakwaan tanpa bukti. Rakyat perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku).
Sunday, December 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment