Tuesday, March 13, 2012

PM BAYAR SENDIRI


Oleh Aidila Razak (Malaysiakini)

KUALA LUMPUR : Bil katering bagi majlis pertunangan anak perempuan Datuk Seri Najib Abdul Razak dibiayai oleh Perdana Menteri dan bukannya oleh Kerajaan Persekutuan, kata Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

"Majlis ini berakhir pada 17 Jun dan bayaran penuh dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bukannya pada 30 Jun dan bukannya oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO)," katanya.

Menjawab pertanyaan Malaysiakini, pengurusan hotel juga mengesahkan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang didedahkan oleh PKR adalah salinan yang sah.

Menurut dokumen itu, PMO dikenakan bayaran RM409,767 oleh Hotel Shangri-La untuk perkhidmatan katering, yang membekalkan udang karang dan daging lembu Wagyu, untuk kira-kira 900 tetamu. - MALAYSIAKINI.

(Renungan Rimau : Mesti tahu bezakan 'siapa yang bayar' dan bil yang ada alamat'surat menyurat'. Janganlah buat orang marah kat Perdana Menteri wahai pemimpin PKR. Tak baik tau).

1 comment:

Anonymous said...

Bagus juga Dunia Tiger berikan perincian kos pertunangan anak DS Najib dan DS Rosmah Mansor. Menurut Dunia Tiger bil yang dikenakan RM409,767 untuk kira-kira 900 tetamu. Bererti kos per kepala kira-kira RM455. Walaupun gunakan wang sendiri kos per kepala itu bukankah agak tinggi dan kita kena ingat ini cuma satu majlis pertunangan. Saja nak komen...