Tuesday, March 6, 2012

PUSPAL SELARAS ARTIS LUAR (1)

Oleh Ibrahim Yahaya

Pembatalan konsert penyanyi Erykah Badu baru-baru ini menimbulkan kemarahan di kalangan peminat penyanyi berkenaan dan dari situ bermulalah tindakan menuding jari kepada pihak tertentu. Antara yang mendapat tempias kemarahan dan rasa tidak puas hati ialah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Menterinya yang membuat pengumuman menerusi tweeternya disambungkan kepada kenyataan rasmi.

Tanpa mengetahui latarbelakang pembatalan konsert itu terutama punca kemarahan masyarakat Islam setelah disiarkan paparan grafik Allah di badan penyanyi dalam The Star, ada golongan yang mengambil kesempatan melepaskan perasaan tidak puas hati mereka terhadap kerajaan, Menteri dan KPKK. Ia dihamburkan dalam pelbagai medium termasuk dalam media sosial terutamanya tweeter. Bagaimanapun, ramai juga yang menyokong tindakan pembatalan itu demi untuk memastikan tiada kejadian buruk berlaku berikutan kemarahan umat Islam di negara ini seperti yang dinyatakan oleh Menteri dalam satu sidang media mengumumkan sokongan Kabinet terhadap pembatalan konsert itu.

Bagi memudahkan rakyat memahami pihak yang bertanggungjawab terhadap konsert artis luar negara ini, DUNIATIGER akan berusaha menerangkan agensi yang bertanggungjawab terhadap persembahan artis luar negara ini iaitu - PUSPAL - Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara.

Mari kita lihat latarbelakang penubuhan PUSPAL. Berdasarkan keputusan Kabinet pada 2001, sebuah jawatankuasa agensi pusat perlu ditubuhkan bagi menyelaras dan menimbangkan semua permohonan bagi penggambaran filem dan persembahan artis luar negara (ALN). Proses permohonan penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara hendaklah melalui satu proses setempat yang diurussetiakan oleh satu kementerian dan ketika itu ialah Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan.

Kerajaan melalui kementerian, telah menubuhkan agensi setempat untuk menyelaras permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara yang dikenali sebagai PUSPAL. Sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai JK-PUSPAL yang diletakkan dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) pada 2002 untuk mempertimbangkan permohonan filem dan artis luar negara yang melalui PUSPAL. Untuk itu,sebuah buku Garis Panduan PUSPAL bagi mempermudahkan urusan dikeluarkan pada 200dan ditambah baik pada 2007. Pada 3 April 2009, KEKKWA digabungkan dengan Kementerian Penerangan dan dikenali sebagai KPKK.

Puspal adalah sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada beberapa agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam mempertimbangkan permohonan penggambaran filem dan persembahan Artis Luar Negara dan satu lagi iaitu Jawatankuasa Rayuan ( JK-Rayuan ) pula adalah sebuah jawatankuasa bagi menimbang rayuan terhadap permohonan yang ditolak oleh Puspal.

Fungsi Puspal ialah untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara.

Ia dianggotai oleh Ketua Setiausaha KPKK yang bertindak sebagai pengerusi atau pengerusi ganti iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), KPKK atau mana-mana pegawai KPKK yang diarahkan oleh Ketua Setiausaha.

Ahli tetap yang mewakili KPKK ialah Setiausaha Bahagian Dasar Kebudayaan atau wakilnya, Ketua Pengarah Istana Budaya atau wakilnya, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara atau wakilnya, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia atau wakilnya, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri atau wakilnya, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri atau wakilnya, Bahagian Kawalan Filem, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau wakilnya, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Malaysia atau wakilnya, Ketua Polis Negara atau wakilnya, Cawangan Khas, Cawangan Perhubungan Awam, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia atau wakilnya, Ketua Pengarah Kastam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia atau wakilnya, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau wakilnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia atau wakilnya, Cawangan Penaksiran, Cawangan Tidak Bermastautin, Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Wakilnya, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau wakilnya manakala hli Bersekutu (ex- officio) ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia atau wakilnya, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau wakilnya, Ketua Pengarah Jabatan Ketua Menteri Sabah atau wakilnya, Ketua Pengarah Jabatan Ketua Menteri Sarawak atau wakilnya, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau wakilnya, Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia atau wakilnya dan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) di negeri-negeri ( Pegawai pelesen yang dilantik secara sah melalui mana-mana enakmen hiburan bagi negeri di mana persembahan artis luar negara akan diadakan).

....bersambung.

2 comments:

NSK said...

Datuk...
TQ atas penjelasan ttg fungsi dan siapa dlm PUSPAL.

Dlm isu penyanyi tersebut, terbukti menteri telah melaksanakan tanggungjawabnya di saat2 akhir... Mungkin pada kaca mata politik ini HEBAT.

Tetapi hakikatnya ianya LEMBAB dan mendatang byk implikasi terhadap mereka yg berkenaan.

Datuk pasti tahu kesannya terhadap penganjur... banyak kos yg terpaksa ditanggung dan pelbagai lagi hal2 yg berkaitan... Bukankah mereka rugi kesan daripada tindakan MENTERI PANTUN Datuk itu.

Apakah hal seperti ini wajar berulangkali berlaku... Tidakkah pihak MENTERI PANTUN perlu kaji dgn mendalam setiap permohonan melalui PUSPAL... atau sekadar lepaskan aje.. Bila masyarakat bantah, desak dll baru MENTERI PANTUN batalkan... maka keluarlah kat TV1 MENTERI PANTUN hebat, prihatin dan ampulah secukupnya..... Sampai bila nak maju.

Sy bukan ingin menafikan mengapa konsert itu dibatalkan... Tetapi ingin menyatakan pandangan betapa hari ini agensi2 terbabit kian gagal melaksanakan harapan kerajaan dan rakyat... Apakah hanya DS Najib bergerak kearah menDAHULUkan rakyat, sedangkan yang lain leka BERPANTUN...

ibrahim yahaya said...

NSK,

Dalam sidang media menjelaskan pembatalan konsert itu, DSU Dr Rais Yatim menyatakan bahawa pihak penganjur memahami segala peraturan di bawah garis panduan Puspal termasuklah menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Bagi penulis, penganjur juga perlu memastikan artis luar negara yang dibawa masuk mestilah yang terbaik untuk rakyat negara ini dan bukan sebaliknya. Apatah lagi jika konsert itu bukan ditempat khusus atau tertutup di mana diadakan di tempat khalayak ramai yang akan dihadiri oleh segala lapisan masyarakat terutama golongan remaja.