Thursday, June 14, 2012

KL JADI PENGKALAN KANDUNGAN

Malam tadi, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, melancarkan MY1Content yang diusahakan oleh TM dengan kerjasama SKMM dan Finas.

Ia bertujuan mewujudkan pasar jualan bagi pelbagai barangan daripada muzik sehinggalah ke aplikasi yang bukan saja mampu mendapat sambutan di kalangan pembeli tempatan tetapi juga antarabangsa.

Usaha ini yang dianggap sebagai pemangkin industri kandungan perlu disokong dan media massa sudah pasti boleh memainkan peranan untuk menyebarkan maklumat berhubung MY1Content kepada masyarakat agar mereka segera menggunakannya.

Usaha ini secara langsung bertujuan untuk menggalakkan Kuala Lumpur menjadi pengkalan kandungan atau content yang strategik bukan saja di rantau ini tetapi juga di dunia.

Banyak kelebihan yang membolehkan KL menjadi pengkalan kandungan dan yang paling penting ialah sokongan padu kerajaan dalam memastikan impian ini tercapai.

Kini terpulanglah kepada karyawan tempatan terutama bakat muda untuk mengambil inisiatif mewujudkan lebih banyak kandungan yang boleh dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

No comments: