Oleh Ibrahim Yahaya
KUALA LUMPUR : Tarikh 19 Oktober ini akan menjadi penentu kepada calon-calon Majlis Tertinggi dan Naib Presiden sama ada mereka dipilih untuk mengisi tiga kerusi NP dan 25 kerusi MT. Sejak mendapat pengesahan kebenaran bertanding mereka sudah bergerak ke seluruh negara menyampaikan apakah perjuangan yang ingin dilaksanakan jika terpilih menjadi NP dan MT.
Setelah keputusan sayap pada 12 Oktober menyaksikan penyandang jawatan terus kekal bagi Wanita dan Pemuda serta pemilihan ketua baru bagi Puteri, ramai yang berpendapat bahawa calon yang dikenali lebih mudah mendapat tempat terutama dari segi penilaian apa yang mereka sudah buat selama ini.
Khairy Jamaluddin kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO dan begitu juga Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menjadi Ketua Wanita UMNO. Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin dipilih sebagai Ketua Puteri UMNO.
Persoalannya apakah aliran ini berterusan dalam pemilihan NP dan MT? Jika aliran ini berterusan pada 19 Oktober ini maka muka-muka baru terutama yang pertama kali bertanding NP dan MT perlu bekerja keras untuk memastikan perwakilan mengenali mereka terutama apa yang sudah diperjuangkan selama ini.
Bagi jawatan NP, hanya seorang saja calon baru (walaupun semua sudah kenal) iaitu Dato' Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir yang kini memegang jawatan Menteri Besar Kedah. Lima calon lain pernah menjadi Naib Presiden iaitu Tan Sri Mohd Isa Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Tiga penyandang iaitu Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Afdal sudah pasti dikenali dan diketahui apa yang mereka sudah sumbangkan. Mereka kini dikatakan bergerak bersama-sama ke seluruh negara dengan hasrat agar perwakilan memilih semula tiga serangkai ini.
Bagi jawatan MT, sudah tentu penyandang akan mempunyai banyak kelebihan kerana kebanyakan mereka memegang jawatan Menteri Besar atau Ketua Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri. Ini termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Hassan Malek, Datuk Seri Idris Haron, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Datuk Razali Ibrahim.
bersambung....

No comments:
Post a Comment