Oleh Ibrahim Yahaya
KUALA LUMPUR : Debu-debu yang berterbangan sejak 12 Oktober lalu sudah melata di tanah. Kedai kopi yang dulunya dikerumuni pelbagai bentuk manusia sudah mula kehilangan pengunjung. Lobi hotel yang dulunya ramai insan mundar-mandir mencari sebatang cigar cohiba No 2 sudah mula tidak sibuk lagi. Yang kelihatan tetamu hotel saja. Keputusan sudah diketahui. Kini siapa cari siapa?
Keputuan Pemilihan UMNO 2013 memperlihatkan ahli UMNO mahu barisan kepemimpinan dahulu dikekalkan dengan tambahan beberapa orang yang sudah mula dikenali berikutan 'penangan' sering keluar di media dalam pelbagai bentuk termasuk iklan yang menampakkan gigi. Ada yang senget, ada juga gigi yang tersusun. Gambar calon baru yang terpampang hampir saban hari membolehkan ahli UMNO kini mula mengenali mereka sebaris dengan Pak Menteri dan timbalannya.
Pengekalan barisan pemimpin ini memaparkan manifestasi apa yang sentiasa dilaung-laungkan oleh Presiden UMNO diterima dalam bentuk bersegi-segi. Tidak bulat. Dalam ertikata lain, ada yang ditunaikan secara rencah dan lebih banyak mengikut cara lama berpolitik. Pemimpin yang dikenali dan banyak mengunjungi mereka diberi tempat untuk mengerjakan 'transformasi' yang diidam-idamkan oleh saf pemimpin tertinggi parti.
Bagi ahli UMNO terserahlah kepada pemimpin dipilih untuk melaksanakannya. Yang penting 'perniagaan timbal balik' yang biasa berlaku dalam pemilihan sudah tamat. Aku dapat yang apa aku hendak...dan kau dapat apa yang kau idamkan selama ini. Jika ada pemimpin yang berjanji itu dan ini, kini masanya mereka mencari mereka sehingga ke lubang cacing terutama yang menang dan mendapat tempat.
Pemimpin tertinggi UMNO kini perlu menggunakan barisan pemimpin yang dipilih dengan sebaik-baiknya untuk memastikan parti terus diterima pada PRU14. Peperangan minda yang sering disebut oleh Presiden Parti memerlukan perancang strategi yang benar-benar mampu melaksanakannya kerana kini ia tidak boleh dibuat dalam keadaan 'menembak dalam gelap' atau pun berdasarkan 'output' iaitu beberapa seminar atau kursus menghadapi memenangi peperangan itu diadakan. Yang penting ialah OUTCOME.
Hasrat parti untuk menubuhkan Jabatan Media Sosial untuk menyediakan soldadu maya menghadapi peperangan ini perlu benar-benar berkesan. Jeneral yang dipilih perlu mempunyai kebolehan melihat menembusi dinding agar segala tindakan yang dibuat tidaklah berbentuk stereotaip atau dalam ertikata mudah......orang lain pun dah lama buat perkara itu.
Pemimpin tertinggi parti perlu mengasingkan 'antah-antah' yang ada di kalangan pemimpin untuk kerja-kerja yang tidak strategik kerana barisan pemimpin yang dipilih sudah tentu dalam perjalanan jauh itu akan cepat letih, melatah dan hilang pedoman sehingga tidak dapat memberi sumbangan yang baik. Apatah lagi ada yang dalam proses untuk menjadi pemimpin parti terpesong atau tergelincir ke dalam longkang moral.
Jika pemimpin ini tidak diasah sepanjang masa terutama minda mereka bahawa kini sudah tiada 'zaman berbulan madu' kerana pembangkang sudah menggerakkan kerja mereka selepas PRU13 termasuk mendaftar pengundi baru, parti akan terus berada di tahap lama dan tidak mampu menghadapi rentak peperangan minda yang lebih dasyat.
Pembangkang menerusi kumpulan R&D mereka membuat pelbagai pendekatan termasuk umpan memberikan wifi percuma untuk mendapatkan maklumat dan penyediaan alat untuk memastikan kedai-kedai kopi menyediakan bahan-bahan terancang disiarkan oleh televisyen web mereka.

No comments:
Post a Comment