Monday, November 12, 2007

EDDY SUDAH KEMBALI


Ini gambar terbaru dalam blog Suhaimi Sulaiman atau nama panggilan teman rapat, Eddy. Orang Masjid Tanah ini dan rakan-rakan bergambar dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah. Turut kelihatan ialah Dang Suria Zainurdin (di sebelah DS Jeanne) yang kini bertugas sebagai pengacara Astro Awani.

Eddy (kiri sekali) yang mula mengemaskinikan blognya [ Suhaimi Sulaiman's World ] setelah sekian lama menyepi, bersedia menemui pembacanya semula. Bersedialah menikmati tulisan menarik, lucu, merapu, panas, bersahaja dan bermaklumat daripada Eddy, wartawan dan pengacara berpengalaman.

Eddy, selamat kembali mewarnakan alam siber.

Sunday, November 11, 2007

GUNA OTAK KETIKA BERTUGAS

Wartawan yang membuat liputan demonstrasi jalanan perlu sedar bahawa mereka akan menghadapi risiko tinggi jika berlaku kejadian pergaduhan atau kumpulan yang berdemonstrasi "naik angin" atau menjadi "gila babi". Ini yang berlaku pada krew TV3 pada 1988, apabila kereta yang dinaiki ditendang dan cermin kereta dipecahkan oleh pendemonstrasi jalanan. Ini menyebabkan ada diantaranya mengalami kecederaan.

Selain menghadapi "serangan" daripada pendemonstrasi jalanan, mereka juga tidak terkecuali daripada menerima "kesan" tindakan polis dalam menyuraikan demonstrasi jalanan itu. Ini termasuk pancutan air atau gas pemedih mata. Ini kerana pancutan air dan gas pemedih mata tidak memilih orang. Dalam ertikata yang lain, jika wartawan berada di tempat kejadian, sudah pasti mereka akan menerima kesan itu.

Wartawan juga perlu memakai akreditasi media atau berjaket yang memudahkan mereka dikenalpasti oleh polis yang menjalankan tugas. Jika mereka tidak memakai akreditasi atau jaket pengenalan seperti wartawan TV3 atau RTM, sudah pasti mereka akan menerima kesan tindakan polis. Ini kerana dalam keadaan yang "kelam-kabut" sudah pasti pihak polis menjalankan tugas terbaik untuk mengawal keadaan. Dalam kebisingan demonstrasi jalanan berkenaan, sudah tentu polis tidak mendengar apa yang ingin disampaikan oleh wartawan. Boleh digambarkan jika berlaku kekecohan atau pendemonstrasi melemparkan batu kepada polis, sudah pasti pasukan keselamatan akan bertindak pantas mengejar "mereka yang membuat kacau". Tidak hairanlah wartawanpun boleh menjadi "mangsa" daripada kekalutan itu. Oleh itu, wartawan perlu mencari tempat yang sesuai dan strategik untuk mengelakkan diri mereka menjadi mangsa.


Malaysiakini melaporkan beberapa wartawan yang membuat liputan perhimpunan Bersih semalam ditendang dan dipukul oleh anggota polis anti-rusuhan yang bertindak meleraikan perhimpunan di kawasan Masjid Negara.

Kekecohan berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika polis menembak meriam air dan gas pemedih mata ke atas lebih 2,000 orang. Dalam keadaan kelamkabut tersebut, beberapa orang wartawan tempatan dan wartawan asing, turut menjadi mangsa.

Seorang wartawan wanita, yang enggan namanya disebut, berkata dia dipukul dengan cota oleh seorang anggota polis yang cuba meleraikan orang ramai di situ. “Dia pukul...punggung saya dan dia kata kepada saya' Pergi, pergi, pergi, seolah-seolah saya ini kaldai," katanya.

Seorang lagi wartawan, yang juga tidak mahu namanya disebut, berkata dia ditendang dua kali oleh anggota polis -- di belakang dan bahagian pahanya. Beliau kesal terhadap pihak berkuasa yang menggunakan "kekerasan yang tidak sepatutnya berlaku'" terhadap wartawan. "Saya terkejut dengan tindakan ganas pihak polis itu," tambahnya.

Mereka berdua adalah antara lima wartawan yang sedang berdiri di belakang barisan anggota polis sebelum mereka tiba-tiba dipukul oleh kira-kira 10 anggota polis.
Seorang daripada mereka, wartawan wanita dari sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan, cedera akibat dipukul. Seorang anggota polis menendang lehernya ketika dia terbaring dan enggan berhenti walaupun dirayu oleh wartawan-wartawan lain.

(Renungan Rimau : Wartawan perlu berhati-hati sepanjang masa. Carilah kawasan yang strategik untuk membuat laporan. Jika perlu berada betul-betul di tempat kejadian, fikirkanlah plan B jika berlaku keributan. Oleh kerana sesuatu perkara itu berlaku pantas, tidak mustahil kita akan menjadi mangsa. Wartawan mungkin menjadi mangsa "batu" yang dibaling oleh perusuh kerana batu tidak ada mata atau perasaan. Tiba-tiba ia singgah di kepala dan darah mula mengalir.)

COW ATTACK (6)





SCS LAMBANG KECEMERLANGAN MELAYU


Saya bertemu kawan lama, Syed Zahari Syed Hamzah Al-Jamalulail (gambar) ketika menghadiri Perhimpunan Agung UMNO minggu ini. Beliau kini bekerja sebagai perunding dengan System Consultancy Services Sdn Bhd (SCS), syarikat teknologi maklumat Bumiputera terulung di negara ini. Syed banyak menceritakan kejayaan SCS dalam mewujudkan sistem teknologi maklumat yang digunakan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan negara luar. Sistem SCADA digunakan oleh TNB untuk menguruskan penghantaran elektrik di Lembah Klang. Sistem ini dieksport ke Iraq dan Bosnia Herzegovina.

Kejayaan SCS yang diterajui oleh orang Masjid Tanah, Haji Khalilur Rahman Ebrahim, amat membanggakan dan memaparkan keupayaan anak Melayu untuk bersaing dengan bangsa lain termasuk di persada antarabangsa. Keupayaan Haji Khalilur Rahman ini dihormati pesaing dan kerajaan pernah melantik beliau sebagai Pengerusi Kumpulan Kerja Informasi, Komunikasi dan Teknologi Majlis Industri Pertahanan Malaysia (MIPM). MIPM bertindak sebagai platform di mana agensi-agensi utama kerajaan dan syarikat-syarikat industri pertahanan tempatan dapat berinteraksi dan membincangkan kepentingan bersama serta mencadangkan strategi ke arah pembangunan industri pertahanan tempatan.

Dalam pada itu, Syed juga menceritakan mengenai "masalah" dan halangan tertentu yang boleh membantutkan usaha untuk melangkah ke tangga yang lebih tinggi. Mungkin saya akan membincangkan mengenai perkara itu pada penulisan akan datang.

Syabas Khalilur Rahman dan SCS.

Saturday, November 10, 2007

MENGHARIMAUKAN LEMBU


Ini patung lembu yang diwarnakan dengan belang harimau. Dalam ertikata lain, lembu itu ingin dipaparkan sebagai harimau. Tetapi sudah tentu anda tidak akan terkeliru kerana lembu tetap lembu. Lembu tidak boleh jadi harimau walaupun dicat dengan belang harimau. Jika kita lembik jangan fikir kita kuat atau garang.

Menonton saluran Animal Planet, kita akan dipaparkan dengan kisah di India, di mana ada golongan yang minum kencing lembu kerana menganggap perbuatan itu suci. Itu keyakinan mereka dan tidak siapa perlu pertikaikan. Biarlah dia minum, mungkin untuk kesihatan dan kesegaran minda. Walaupun ada sesetengah pihak yang menganggap lembu itu suci tetapi bagi bangsa Melayu, lembu selalu dikaitkan dengan kebodohan. Ungkapan bodoh macam lembu sering diutarakan untuk memaparkan seseorang yang bodoh atau lembab.

Lembu sejak dulu digunakan untuk menarik kereta beroda yang dinamakan kereta lembu. Kereta lembu masih ada di Melaka Bandaraya Bersejarah untuk membawa pelancong bersiar-siar di sekitar Bandar Hilir, Melaka. Manusia menggunakan lembu untuk menarik kereta lembu yang memberi pendapatan kepada mereka.

Dalam zaman moden ini, kita jangan jadi lembu di mana orang memperalatkan kita untuk membuat sesuatu demi kepentingan mereka. Jika dia suruh kita terjun gaung, kita pun terjun gaung dan bersepailah kepala kita apabila terkena batu di bawahnya. Orang yang menyuruh kita terjun itu tidak mati tetapi orang yang bodoh macam lembu terjun ke gaung kerana mengikut arahan seseorang itu akan menjadi mangsanya. Oleh itu, jangan jadi bodoh macam lembu. Fikir-fikirkanlah.

COW ATTACK (5)





Friday, November 9, 2007

GAMBAR SEKITAR PERHIMPUNAN UMNO






(Terpaksa berdiri kerana dewan penuh sesak)


(IY dan Jaafar Rahim)



Thursday, November 8, 2007

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI


(Saudara Thilinadan (dua dari kiri) dan rakan-rakannya)

SELAMAT BERGEMBIRA MENYAMBUT DEEPAVALI KEPADA RAKAN SAYA, M THILINADAN, SWAMINATHAN, MURU, GANESAN, UTHAYA, DATUK SERI S SAMY VELLU DAN KELUARGA SERTA MASYARAKAT INDIA DI NEGARA INI. SEMOGA SEJAHTERA NEGARA KITA - MALAYSIA.

PAKAR PERMAIDANI JADI PENUNGGU PWTC


(Shaheen dan permaidaninya)

Naeimi Morteza atau Shaheen adalah pakar permaidani dari Iran yang berniaga di PWTC lebih 10 tahun lalu. Malah beliau boleh diibaratkan sebagai "penunggu tetap" PWTC yang menunggu dengan setia pelanggan daripada pelbagai lapisan rakyat. Saya mengenali beliau ketika berniaga kasut berjenama di PWTC pada tahun 2000.

Pemilik NAEEN CARPET SDN BHD dan HALAL COSMETICS & HYGIENICS (M) SDN BHD menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti menjual permaidani, barangan kulit, sutera dan kraftangan. Pengarah Urusan dua syarikat ini juga menjual kosmetik, minyak wangi, buah-buahan segar dan dalam tin. Syarikatnya juga menyediakan perkhidmatan membasuh, memperbaiki dan membersihkan permaidani.

COW ATTACK (4)