Sunday, November 11, 2007

SCS LAMBANG KECEMERLANGAN MELAYU


Saya bertemu kawan lama, Syed Zahari Syed Hamzah Al-Jamalulail (gambar) ketika menghadiri Perhimpunan Agung UMNO minggu ini. Beliau kini bekerja sebagai perunding dengan System Consultancy Services Sdn Bhd (SCS), syarikat teknologi maklumat Bumiputera terulung di negara ini. Syed banyak menceritakan kejayaan SCS dalam mewujudkan sistem teknologi maklumat yang digunakan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan negara luar. Sistem SCADA digunakan oleh TNB untuk menguruskan penghantaran elektrik di Lembah Klang. Sistem ini dieksport ke Iraq dan Bosnia Herzegovina.

Kejayaan SCS yang diterajui oleh orang Masjid Tanah, Haji Khalilur Rahman Ebrahim, amat membanggakan dan memaparkan keupayaan anak Melayu untuk bersaing dengan bangsa lain termasuk di persada antarabangsa. Keupayaan Haji Khalilur Rahman ini dihormati pesaing dan kerajaan pernah melantik beliau sebagai Pengerusi Kumpulan Kerja Informasi, Komunikasi dan Teknologi Majlis Industri Pertahanan Malaysia (MIPM). MIPM bertindak sebagai platform di mana agensi-agensi utama kerajaan dan syarikat-syarikat industri pertahanan tempatan dapat berinteraksi dan membincangkan kepentingan bersama serta mencadangkan strategi ke arah pembangunan industri pertahanan tempatan.

Dalam pada itu, Syed juga menceritakan mengenai "masalah" dan halangan tertentu yang boleh membantutkan usaha untuk melangkah ke tangga yang lebih tinggi. Mungkin saya akan membincangkan mengenai perkara itu pada penulisan akan datang.

Syabas Khalilur Rahman dan SCS.

No comments: