Wednesday, January 9, 2008

DATUK IBRAHIM DAN THE MALAY MAIL

Minggu lalu seorang teman menelefon saya mengucapkan tahniah kerana membeli The Malay Mail. Wow... (seperti kata Husin Lempoyang, penjual unta dalam filem Tan Sri P Ramlee) Silap oranglah beb. Saya tidak ada duit dan belum bercadang untuk membeli mana-mana akhbar di negara ini. Apatah lagi akhbar yang popular satu masa dulu. Sudah tentu harga berjutalah.

Sebenarnya, orang yang membeli The Malay Mail ialah rakan lama, Datuk Ibrahim Mohd. Beliau kini memiliki Blue Inc yang menerbitkan beberapa majalah termasuk Going Places, majalah rasmi Penerbangan Malaysia (MAS). Tahniah brader.

Sumber memberitahu saya perjanjian pembelian The Malay Mail itu ditandatangani minggu lalu. Ia membabitkan jumlah kecil (bagi sesetengah orang) tetapi besar bagi saya (boleh makan seumur hidup). Difahamkan ada beberapa pilihan diberikan kepada petugas The Malay Mail sekarang termasuk berpindah ke NST atau diberikan VSS. Difahamkan juga lebih kurang 16 orang di Jabatan Pengarang akan diminta mengundur diri kerana pelbagai faktor. Timbalan Pengarang The Malay Mail, Yushaimi Yahaya akan dikekalkan dan ada ura-ura dinaikkan pangkat manakala seorang lagi Timbalan Pengarang tidak diketahui nasibnya.

Apapun tahniah kepada Datuk Ibrahim Mohd. Long live brader.

3 comments:

Anonymous said...

BEGINILAH, tiger, Ibrahim punya tugas amat besar.

Dia pam duit RM5 juta nak beli akhbar yang dah tak relevan lagi dah.

Orang sekarang dah ada internet, dah ada mobile phone. Zaman Ibrahim jaga circulation di NSTP tak de ni semua.

Malay mail bukan Her world, Glam…Malay Mail akhbar The paper that cares that nobody cares, especially within the NSTP group.

Bagi mereka yang buta sejarah akhbar ini,

Tahun terakhir MM bawak untung pada syarikat secara terkumpul ialah 1997. Masa tu OT budak-budak Metro dan BH MM yang tanggung, babe.

Start jatuh pada 1998 apabila anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah dan MM terpaksa lapor one-sided. Circulation dari 60,000 jatuh 35,000. Drastik.

Classifieds lari ke Star, yang tawar harga cukup rendah.

MM susah nak bangkit. Lepas Salehuddin Othman, Fudzi alias Fauzi Omar jadi Editor. Tak naik jugak. Rocky kononnya banyak sgt spend time kat power-base dia di press club, maka MM pun kena press dengan NSTP management dikepalai Kalimullah.

Susah sangat nak get rid of Rocky, jual aje lah. Senang cerita. Nobody cares after all. Biro di Penang, Johor tutup.

Hujung 2005, setuju ubah konsep MM. Masuklah Mzul, kacukan Melayu-Filipino dari Johor yang ada kena-mengena dengan Tun Musa Hitam. Bekas majistret berusia 35 tahun dilantik pada awal 2006. Rocky ambik VSS, katanya CEO Syed Faisal Ali Rethza albar masukkan cek RM500,000 dalam poketnya.

Ubah konsep, muka surat terbalik dan banyakkan gambar tayang dada dan paha. Ini mesti boleh jual. Tapi pembuat dasar tak fikir budak2 lebih minat internet dan tak nak buang duit beli MM tiap2 hari.

Turunlah circulation 27,000. Print order pun 30,000. Lepas tu, Weekend Mail pulak buat hal. Isu seks. MM digantung, Mzul dipromote ke Media Prima.

Tinggallah beberapa kerat wartawan yang dulu pun memang tak setuju MM diubah konsep kekal setia banting tulang macam nak rak!

Masa tu CEO kata C.L.U.E.D. Entah ke apa jadahnya, rupa-rupanya C.L.U.E.L.E.S.S. Dulu CEO tiap2 malam turun tengok budak2 MM buat kerja. Lepas MM kena gantung, tak nampak pun batang hidung.

Budak2 yang kekal cuba bawak balik konsep paper that cares. Muka depan pun diubah sikit. Nampak la ada kelas sikit. Tapi too late.


Akhirnya MM kena jual. Ibrahim pulak bawak masuk Anthony Vengethesan sebagai CONsultant, siapa…Tony Francis la, tu nama surat beranak dia…

Tony Francis sports editor MM 1984-88. Masa dia dulu senang la, tak de internet, tak de apa, jadi orang baca MM nak latest result bola aje…story foreign dan newsbreaking dulu bukan kerja Tony Francis. Itu kerja orang lain,

News desk aziz Hassan, Ho Kay Tat, Frankie D Cruz, Lam Seng Fat, R. Nadeswaran….


Tony Francis nak bawak masuk kawan2 seangkatan dengan dia zaman MM mencanak naik. Frankie D Cruz, Sheila Natarajan, Terence Netto, elok lah tu,

Agaknya yang setia dan selama ni buat kerja bodoh dan tak boleh pakai kot!

Kena ingat NSTP management menjadikan MM paper yang melukut di tepi gantang, dibiar macam anak tiri. Apa mintak semua tak dapat.

Elok lah tu. Dengan Ibrahim, MM mungkin boleh bangkit. One last chance. Kalau tidak Gabungan Kesturi yang diterajui anak saudara bekas Peguam Negara makan limau kasturi lagi elok la.



Apabila MM dijual, ramai wartawan Melayu yang boleh menulis dalam bahasa penjajah tak keruan. Mereka menulis agar sampai kepada pengundi dan rakyat yang middle class. Yang faham Bahasa penjajah. Umno tak tengok ni semua. Sibuk buat duit dan bina itu bina ini.

elok lah tu...

Ibrahim ada track record.

Bernas diperbadankan.
tapi dia tarik diri last minute daripada beli TV3 dulu.

Rumah besar ada swimming pool lagi...

elok lah,

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Saya rasa Datuk Ibrahim tahu apa yang dia buat. Beliau ada "tok guru" yang pandai.

Dtk Ibs ni, kalau hendak buat business dengannya, pelbagai perkara ditanya, diteliti dan diperhatikan sebelum bersetuju dengan sebarang proposal.

Saya pernah ajak beliau tanam longan dulu tetapi pada masa tu beliau tidak berminat. Takpelah.

Semoga berjaya brader. Jangan lupa kawan...

Anonymous said...

Betul Datuk Mohd Ibrahim Mohd Nor, berkelulusan Matematik di Ilinois dan MBA di Iowa punya guru yang hebat.

Guru hebat bergelar Tun ni selalu solat Jumaat belakang Istana Negara, bukan?

Kita jugak tidak pertikai kemampuan biznesnya. Bahkan kepakarannya memang dalam bidang distribution.

Sebagai orang kira-kira, memang Datuk Mohd Ibrahim Mohd Nor sudah cukup berkira-kira sebelum mengambil langkah seberani ini.

Cabaran utama bagi Datuk Mohd Ibrahim Mohd Nor ialah mengimbangi tuntutan bisnes dengan kebebasan editorial.

Adakah beliau akan menitikberatkan keuntungan semata-mata dengan memikirkan ad revenue sedangkan adex tahun ini dijangka merosot secara keseluruhannya?

Atau adakah beliau akan menyandar harapan kepada berita-berita sensasi, isu, kontroversi dan eksklusif dan corak distribution yang berbeza bagi memasarkan MM?

Jika demikian, satu editorial team dan circulation network yang betul harus diutamakan.

Kalau nak team editorial yang bagus, boleh ke budak-budak sekarang ni buat kerja?

Orang kata boleh, tinggal lagi selama ini mereka tidak mendapat sokongan management tertinggi NSTP.

Separuh orang kata diaorang pun contributed to the downfall of the paper.

Datuk Mohd Ibrahim Mohd Nor harus pandai memastikan yang boleh buat kerja kekal, dan yang tak boleh buat kerja VSS atau masuk balik NSTP.

Tapi kena ingat, kalau nak kekal di MM, Datuk Mohd Ibrahim Mohd Nor sudah tentu harus bayar lah.

Yang boleh buat kerja takkan nak dibiar berdepan kemungkinan hanyut selepas dua atau tiga tahun.

Yang rasional sudah tentu mahukan kestabilan ekonomi yang ditawarkan NSTP. Buat apa nak terjun dalam kegelapan, unless you are amply compensated.


Dan adakah orang atau rakan-rakan Tony Francis terbukti? Mereka yang masuk dengan gaji yang tinggi sudah tentu manakala terms and conditions soldadu-soldadu yang kekal remain mcm kat NSTP!

Apapun kita ucap selamat berjaya kepada mereka yang terbabit.

Sdr tiger, saya cukup suka makan longan...