Wednesday, January 2, 2008

DR CHUA SOI LEK LETAK JAWATAN

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang membuat pengakuan beliau adalah lelaki dalam satu video yang disebarkan, meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan dan semua jawatan dalam parti serta Ahli Parlimen Labis berkuatkuasa serta merta.

Berita itu disiarkan oleh RTM dalam news flash dan Warta Jam 4 RTM.

1 comment:

Anonymous said...

Angkat topi kepada Dr Chua kerana menunjukkan beliau seorang jantan yang sejati apabila meletak jawatan setelah meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas perbuatannya yang terlanjur itu. Tindakan beliau sepatutnya menjadi contoh kepada ramai lagi pemimpin politik sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang yang pekung di dada belum lagi pecah. Jangan jadi macam sesetengah pemimpin yang masih lagi menaruh harapan untuk memegang jawatan dalam parti walaupun hanyir di badan akibat perbuatan kotor lalu masih berbau kuat. Tapi itulah dunia politik...kulit muka mesti tebal dan mesti pandai berlakun buat selamba walaupun seluruh badan dah hanyir dengan dosa yang dilakukan.