Monday, February 18, 2008

TIDAK TERPILIH, JANGAN MENANGIS

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, adalah antara ahli politik yang amat digemari oleh wartawan. Ini kerana setiap kenyataan yang dikeluarkan sesuai dijadikan bahan berita apatah lagi jika beliau menggunakan "kata-kata" yang menarik termasuk yang paling popular sedikit masa lalu iaitu "membakar jambatan" ketika dalam Semangat 46.

Semalam, Dr Rais yang terkenal sebagai seorang jurufoto berpengalaman, yakin Pak Lah akan membuat pilihan tepat mengenai calon PRU12 kerana Perdana Menteri mempunyai cara tersendiri dalam menilai pretasi seseorang ahli politik. Dalam ertikata lain, Pak Lah mengetahui apa yang Dr Rais lakukan selama ini di KEKKWA. Oleh itu, beliau menyerahkan "nasibnya" kepada kebijaksanaan Pak Lah berhubung kedudukannya sebagai calon pada pilihanraya ini.

Apapun kenyataanya yang menarik ialah apabila Dr Rais memberi nasihat ini kepada ahli politik agar tidak menangis jika tidak terpilih.

2 comments:

ahm said...

kalau tak terpilih, jangan menangis, itu biasa...

kalau terpilihpun usah lah menangis juga kerana nampak 'fake'

ibrahim yahaya said...

Sdr Ahm,

Kalau terpilihpun menangis, sudah pasti akan mendapat anugerah pelakon terbaik atau ahli politik air mata.

Apapun, siapa yang terpilih menjadi calon dan kemudian menang PRU, mesti bersumpah untuk berkhidmat kepada rakyat. Jika tidak memberi perkhidmatan yang cemerlang, akan menerima balasan sumpahan. Amacam? Berani ke?