Saturday, December 20, 2008

MANUSIA HANYA BERANI DENGAN BUMI

Bunyi ombak laut di Teluk Cempedak, Kuantan pagi ini mengingatkan saya semasa kecil berkelah di dua pantai utama di Masjid Tanah. Pantai Pengkalan Balak dan Pantai Tanjung Bidara.

Selepas peperiksaan MCE, bersama rakan-rakan saya berkhemah di Pulau Besar, Melaka. Pulau yang ketika itu masih asli tanpa pembangunan. Amat indah.

Bunyi ombak sungguh mengasyikkan. Memaparkan kesibukan alam menjalankan tugasnya.

Walaupun, manusia mampu menghancurkan keindahan bumi dengan meratakannya atau merosakkan pemandangan di atas bukit dengan membina rumah atau pangsapuri mewah, laut biasanya terselamat sedikit.

Manusia mungkin berani dengan bumi tetapi takut dengan laut. Mungkin kos tinggi untuk memusnahkan laut, menghalang mereka seketika.

Kerakusan memusnahkan bumi menyebabkan banyak nyawa terkorban.

Kegilaan memuja wang dengan mencari untung banyak di bukit dan gunung, merosakkan harta benda sekelip mata.

Manusia memusnahkan manusia lain.

Manusia akan sedar seketika apabila berlaku malapetaka.

Mereka mudah lupa dan setelah suasana reda, terus menggila.

Jadilah manusia sebenar.

Manusia budiman - berbudi dan beriman.

9 comments:

MAWAR BERDURI said...

salam mr. tiger?

post hari ni buat mawar menjadi syahdu lah pulak...

pa pun setiap yang berlaku pasti terselit pengajaran utk kita renungi bersama.

ibrahim yahaya said...

Sdr Mawar Berduri,

Kesyahduan Mawar timbul pasti kerana Mawar adalah antara mereka yang menentang kemusnahan alam.

Marilah kita bersatu untuk menentang golongan yang rakus dan gemar memusnahkan alam demi untuk kepentingan anak cucu kita.

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Kemusnahan di muka bumi tuhan berada di mana2.. kadang2 bila sesuatu berlaku baru kita sedar betapa pentingnya menjaga bumi tuhan ini...tapi adakalanya adat manusia sudah terhantuk baru hendak terngadah..
justeru itu mari kita sama2 menjaga bumi tuhan, sama ada laut mahupun daratan...
Rasanya perlu juga Datuk, untuk kita ada kan kempen sayangi bumi kita...macam kempen sayangi bumi hijau..tapi ini melibatkan semua laut dan darat...jadi bumi kita akan bersih dan segar...

Malaysian Hollywood 2.0 said...

saya pernah mendengar Mr Tiger menyanyikan lagu2 klasik Kadazan Dusun Murut di Kota Kinabalu..... merdu sungguh........ Mungkin saudara satu satunya teruna dari semenanjung yg mampu menyanyi dalam bahasa Kadazan Dusun Murut.. tabik Tuan...

bungaraya said...

Saya sengaja memberkikan alasan KEMURKAAN TUHAN adalah penyebab utama dan maha utama kepada apa yang berlaku kepada kejadian di BA, ACEH dan UTARA TANAH MELAYU.
Itu adalaj jawapan yang paling tepat sekali. Masalahnya kenapa kita nak tunjuk pintar lagi dengan mencari beberapa alasan saintifik?. Nak tunjuk bijakkah? Apa alasan saya tadi tu tak betul?
Kalau bijaksana sangat, buatlah bangunan dan Prasarana diatas kayangan/awam.

Anonymous said...

nama pun manusia........:) apa khabaq? bila nak mai Penang tengok more kemusnahan bukit and laut? :)

-AAA-

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Mr Tiger,

bercakap mengenai politik tanah air, ada satu soalan - tahukah kia semua, parti politik apa yang paling berpengaruh di Malaysia?? UMNO - bukan, MCA - juga bukan, PKR - bukan juga. Sebaliknya parti politik paling kuat pengaruhnya di Malaysia adalah parti Gerakan. Parti itu lebih berkuasa dan lebih ampuh berbanding apa juga parti dalam komponen Barisan Nasional, BN mahupun parti dalam pakatan rakyat, PR.


Mengapa demikian???

Sebabnya, parti Gerakan boleh dilihat di setiap ruang kerja mahupun ibupejabat semua parti politik di Malaysia. Tak percaya ??? Semua parti politik pasti mempunyai bilik gerakan masing2. Bilik gerakan adalah tempat di mana pengaturan strategi, mesyuarat, perbincangan, musyawarah, dialog, sesi maklum balas, soal jawab dan macam2 lagi diadakan.

Semua parti seperti UMNO, MIC, MCA, PKR, DAP, PBS, PBRS, LDP, PPP, UPKO, SAPP, SUPP, PBDS, PRS, PBB dan PAS sudah sememang dan pastinya mempunyai bilik gerakan masing masingkan..?? Betul tak?? hehehe Selamat Tahun Baru 2009.... sekadar lawak ye... jangan marah

panglimapitas said...

Salam...Salam tok...
Saya setuju tok, jangan hanya pandai cakap ja...

Anonymous said...

TOK,
dulu maso kito kocik, usahkah tg bidara dan pgkln balak, dalam sawah pun buleh mandi.

malang eh haghi ni, orang tlk cempodak pulak buek hal.

PS... boto ko nisbah binatang tu dgn penduduk melako samo banyak eh?