Wednesday, December 10, 2008

TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA (3)

Posting Kedua - 3.20 petang

Kerjasama antara anggota Pasukan Keselamatan untuk membantu mangsa tanah runtuh memaparkan keupayaan mereka dalam menghadapi bencana. Artikel saya dalam Sinar Harian .

Posting Asal - 11.21 pagi






(Kyoto Garden - penduduk kondominium ini turut "terkandas" selama dua hari)

Melihat kedudukan rumah dan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Ampang seolah-olah melihat kesan serangan garuda terhadap penduduk di situ. Ia juga seperti gempa bumi berlaku di negara ini. Gempa bumi ini sebenarnya dibuat oleh manusia sendiri. Amat sedih. Gambar oleh DIY kecuali gambar DIY di tempat kejadian.

16 comments:

Anonymous said...

Salam Datuk...
Kejadian tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini sebenarnya ada hikmahnya. Allah Taala nak tunjukkan pada kita bahawa Allah Taala Maha Berkuasa menjadikan apa saja yang dikehendaki. Tiada yang dapat melawan kuasaNya. Kita diperingatkan oleh Allah supaya sentiasa beringat dan jangan leka dengan keduniaan.. Mungkin disebabkan oleh kerakusan manusia mengejar pembangunan tanpa memikirkan kesan jangka panjang yang boleh menimpa kita. Mungkin juga ALLAH nak tunjukkan bahawa sistem yang digunakan sebelum mendirikan bangunan di kawasan tanah tinggi dan cerun adalah baik dan bagus tapi tiada yang dapat melawan kuasaNya yang Maha Hebat...

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Wah jaket kalis hujan menarik siap kaler pink lagi. Saya dan isteri bersama rakan Kolonel MINDEF serta isterinya juga dapat rapat hingga ke lokasi banglo ranap.

Nasib kami baik sebab kebetulan rombongan MB Selangor sampai. Apa lagi terus tumpang sekaki. Berlakon macam EXCO. Turut sama Teresa Kok dan Azmin Ali; isteri bergambar dengan Tan Sri and saya pun. Jangan risau, jiwa tetap kental dengan semangat UMNO.

Simpati pada magsa dan pasrah pada kebesaran Illahi.

Unknown said...

salam dato.

melihat pada mana-mana gambar kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa mengingatkan saya kepada satu benda - betapa majunya kita namun segalanya bergantung atas kehendakNYA.

secanggih manapun teknologi adakalanya takkan mampu melawan alam semulajadi yang dicipta untuk kita dari Dia.

tragedi yang menimpa menampakkan perangai manusia - pentingkan diri sendiri dan tuduh menuduh.contoh seperti perbalahan antara Khir Toyo dan Khalid.masing-masing menuduh antara satu sama lain dan tak mahu mengalah.buat apa hendak berbalah.patut digembeling tenaga dan buah fikirkan untuk membantu mangsa serta mengelakkan dari kejadian seumpama ini berlaku lagi.

AKULAH GHAIBMAN said...

salam....
Ini adalah sebahagian daripada musibah daripada Allah kpd umatnya supaya sentiasa ingat kepadanya...

ibrahim yahaya said...

Sdr KB,

Baju lama yang diberikan oleh Berita Harian Sdn Bhd ketika bertugas di Berita Harian dulu. Ada tiga warna saja yang ditawarkan. Saya pilih pink, macam warna Puteri UMNO. Ketika itu, tiada lagi Puteri UMNO. Takpelah.

Boss lama, Datuk Nazri Abdullah, telah menyediakan baju itu untuk semua petugas BH beraksi di lapangan terutama ketika waktu hujan. Terima kasih boss. Saya simpan buat kenangan.

Sediakan baju kalis air sebelum hujan.

daddy-wafiah said...

Salam Dato,
Inilah musibah yang melanda akibat dari kelalaian dan sikap sambil lewa manusia dengan alam semulajadi...sepatutnya pembinaan perumahan di lereng bukit mesti mendapat kelulusan dari jabatan alam sekitar untuk melihat kesesuaian tanah tersebut...ambil lah iktibar kejadian tanah runtuh kali yang kedua ini selepas tumbangnya highland tower dulu...ada hikmah di sebalik tragedi ini

Anonymous said...

Assalamualaikum.

sekarang ini ada yang komplen tentang mangsa-mangsa Bukit Antarabangsa yang mula mengada-ngada.

ada penduduk yang marah kepada tentera gara-gara hanya kerana tentera tidak mahu menolong untuk mengangkat beg mereka.alahaiii.manjanya.tidak terfikirkah mereka tentera tersebut ada lagi kerja yang lebih penting untuk dilakukan.

Muhyiddin pula mahu memberikan bilik-bilik hotel kepada para mangsa.ini sudah dikira double standard.takkanya semata-mata terdiri dari kalangan orang kenamaan dan orang kaya-kaya maka mereka diberi layanan yang lebih dari mangsa bencana alam lain?.

Syuk said...

Kenapa Perlu “Double Standard”??

Pertama sekali saya ingin merakamkan takziah kepasa semua penghuni-penghuni kawasan Bukit Antarabangsa yang terjejas akibat tanah runtuh.

Tapi ada satu perkara agak mengusik hati saya, tempoh hari mengikut apa yang saya lihat didalam berita TV1, kerajaan telah menyadiakan penempatan sementara, tapi tidah begitu mendapat sambutan, jelas kelihatan dikaca TV, banyak tilam-tilam sumbangan pihak korporat masih elok berbalut tanpa digunakan. Yang duduk dipenempatan sementara hanya beberapa keluarga sahaja. Keadaan penempatan sementara memang agak class juga kalau kita bandingkan denagn penempatan sementara yang kita lihat sebelum ini (tragedi banjir, tsunami etc). Ye la, standart Bukit Antarabangsa la, siap ada kedai nasi kandar lagi, free of charge.

Tahniah kepada kerajaan kerana menyediakan penempatan yang agak hi class, begitu juga dengan syarikat-syarikat korporat yang banyak beri sumbangan.

Cuma apa yang agak mengganggu fikiran saya, kenapa perlu ada beza dalam layanan untuk mangsa-mangsa bencana dinegara kita?? Nie siap penduduk Bukit Antarabangsa nak suruh kerajaan bayar perbelanjaan hotel ni dah ape crita nie?? Dulu mangsa tsunami tak mintak duduk kat hotel pun??
Mangsa banjir yang beribu-ribu orang setiap tahun tak mintak duduk kat hotel pun?? Adakah kerana mereka duduk dikawasan yang hi class seperti Bukit Antarabangsa, kerajaan kena sediakan hotel dan bukan penempatan sementara seperti amalan biasa. Adakah perbezaan kalau tanah runtuh berlaku di Banting Selangor misalnya(mintak-mintak jangan la) dengan berlaku di Bukit Antarabangsa??? Saya rasa semua pun rakyat Malaysia!

Saya sangat bersimpati dengan orang-orang Bukit Antarabangsa, tetapi permitaan untuk ditempatkan dihotel dan bukan penempatan sementara adalah tidak masuk akal bagi saya.

Saya setuju denagn T. Murugiah
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Mutakhir/20081210154947/Article

MAWAR BERDURI said...

salam mr. tiger?

tenguk umah2 mewah ni di timpa tanah sayu pulak hati mawar..tapi bila tenguk post Mr. tiger pERH........sampingan dengan jaket pink oooo ada bakat jadi model o!

semoga kajian2 ni kan memberi seribu satu pengajaran buat kita bersama..

akhir kata. pink warna kegeramanku.

ibrahim yahaya said...

Sdr Mawar Berduri,

Dah tua baa. Mana ada layak jadi model. Tapi kalau jadi model hisap cigar saya mahu. Dengan syarat bekalan cigar satu tahun baa. Sabah ada cigar ka baa?

ibrahim yahaya said...

Sdr Daddy-Wafiah,

Semua perkara yang berlaku dalam dunia ini mesti ada hikmah di sebaliknya. Oleh itu, kita perlu mencari apakah hikmah di sebalik sesuatu kejadian yang menimpa kita.

rayliew said...

Semua malapetaka tidak dapat dielakkan, yang boleh dilakukan adalah mengenalpasti lebih awal dan mengambil langkah untuk mengurangkan masalah yang akan berlaku.

AKULAH GHAIBMAN said...

Salam...
Kejadian ini membolehlan setiap insan yang hidup di dunia ini supaya sentiasa berfikir dan sentiasa mengingati kebesaran Allah yang maha esa

MAWAR BERDURI said...

salam tiger?

takat cigar? bazigar pun ada bah.

Anonymous said...

Salam,

Sendiri mau pikiaq la apa2 yg terjd pada zaman skrg..muhasabah diri yg penting.

LIMAUDONG said...

Salam

Deepest Condolence To Bukit Antarabangsa Landslide Victims.